Siaran Lansung Anugerah Juara Lagu Ke 36 #AJL36 & Keputusan AJL36

Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 36 akhir akan berlansung pada 6 Mac 2022 jam 9:00 malam di bawa secara lansung dari Dewan Merdeka , PWTC Kuala Lumpur. AJL36 tahun 2022 dengan tema 'Ini Rentak Kita' yang menyatukan 12 lagu daripada genre muzik berbeza menerusi gabungan rentak.

AJL36 akan dihoskan oleh Alif Satar bergandingan dengan Nabila Huda. Segmen karpet merah pulak akan dikendalikan oleh Sissy Imann dan Sean Lee.

AJL36 2022 hanya akan dihadiri seramai 200 penonton sahaja yang dijemput khas. Semua penonton perlu mengikut SOP dan diwajibkan menjalani ujian calitan Rapid Test Kit (RTK).

Siaran Lansung Anugerah Juara Lagu Ke 36 #AJL36 & Keputusan AJL36

Program : Anugerah Juara Lagu ke 36 Akhir
Waktu siaran lansung : 6 Mac 2022, jam 9:00 malam
Siaran TV : TV3
Penerbit : Primeworks Studio
Pengacara : Alif Satar dan Nabila Huda

Keputusan AJL36

Penyanyi pilihan popular AJL

Penyanyi : Aina Abdul & Khai Bahar
Lagu : Nafas Cinta

Persembahan terbaik

Penyanyi : Marsha Milan
Lagu : Cinta

Vokal terbaik 

Penyanyi : Aina Abdul
Lagu : Sepi

Tempat ketiga 

Penyanyi : Haqiem Rusli
Lagu : Mimpi

Naib Juara

Penyanyi : Marsha Milan
Lagu : Cinta

Juara Lagu

Penyanyi : SOG & Shila Amzah
Lagu : Pelukan Angkasa


Senarai 12 Lagu Finalis AJL36

1. Lagu : Mimpi
Penyanyi : Haqiem Rusli
Komposer : Haqiem Rusli & Datuk A. Aida
Lirik : Haqiem Rusli & Datuk A. Aida

2. Lagu : Sepi
Penyanyi : Aina Abdul
Komposer : Aina Abdul
Lirik : Aina Abdul & Wan Zakaria

3. Lagu : Nafas Cinta
Penyanyi : Aina Abdul & Khai Bahar
Komposer : Aina Abdul & Khai Bahar
Lirik : Aina Abdul & Wan Zakaria

4. Lagu : Boneka
Penyanyi : Ernie Zakri
Komposer : Omar K, Iqie Hugh & Firdaus Rahmat
Lirik : Omar K, Iqie Hugh & Firdaus Rahmat

5. Lagu : Salahku
Penyanyi : Yonnyboii
Komposer : Yonnyboii
Lirik : Yonnyboii

6. Lagu : Purnama
Penyanyi : Naim Daniel
Komposer : Amzar Razqa & Naim Daniel
Lirik : Amzar Razqa

7. Lagu : Intan Payung
Penyanyi : Bunga & Amsyar Lee (Pengganti Noraniza Idris)
Komposer : Luca Sickta, Bunga & Amzar Razqa
Lirik : Bunga & Siqma  

8. Lagu : Pelukan Angkasa
Penyanyi : SOG & Shila Amzah
Komposer : Raja Nazrin Shah
Lirik : Fazleena Hishamuddin

9. Lagu : Angkara
Penyanyi : Siti Nordiana
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Fedtri Yahya & Nana Alias

10. Lagu : Cinta
Penyanyi : Marsha Milan
Komposer : Bunga Cantik & Hang Nadim
Lirik : Hang Nadim

11. Lagu : AEWO
Penyanyi : Shiha Zikir & Noki
Komposer : Ezra Kong
Lirik : Ezra Kong & Noki

12. Lagu : Lara
Penyanyi : Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli
Komposer : Hael Husaini & MFMF
Lirik : Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli

Pemenang Juara Lagu AJL 36 akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi manakala naib juara RM50,000 serta trofi.

8 comments:

  1. Semua laguuu sedapp! Tapi of course pilihan saya Shiha Zikir, lagu Aina Abdul dengan lagu gabungan tiga suara tu, Lara tajuknya..hehe.. Marsha Milan punya lagu pun boleh tahan...Ernie Zakri tak tahu lah join ke tak...Kalau dia yg nyanyi, confirmm meletopsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak pilihan tu. Tak dapat agak siapa bakal juara kan nona. Kita tengok je lah nanti.

      Delete
  2. alamak dh lama tak tgk juara lagu. kalau dulu mmg rajin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu tengok sebab tak ada media sosial gitu kan. Sekarang ni lepas dah ditayangkan pun boleh tengok semula secara online je.

      Delete
  3. Ingat dah lepas dah...blom lagi rupanya...hehehe...leh la tengok nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kali postpone agaknya dengan SOP berubah ubah. Itu yang macam lambat lambat.

      Delete
  4. oh minggu ni AJl...mcm lama tk tgk tv...nanti bole la layan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.