Header Ads

Sayur Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api Campur Ikan Kembung


Seikat pucuk paku dah selamat masak lemak cili api campur udang. Seikat lagi yang tinggal kononnya nak tumis je. Lepas tu goreng ikan kembung garing sikit. Lawankan dengan sambal gesek. Mesti sedap!

Tapi tiba tiba rasa malas pulak nak tumis dan goreng ikan bagai. Masak pucuk paku masak lemak cili api stail negeri sembilan jelah. Sayur dan ikan senang jadi menu 2 in 1, tak payah fikir lauk lain. Nak cepat punya pasal asalkan lauk sedap dan mengenyangkan. 

Lagipun masakan lemak cili api ni campak campak masuk, kacau sikit tunggu siap je. Mudah sangat! resipi boleh ikut cara masak sayur pucuk paku masak lemak cili api campur udang yang saya dah kongsikan sebelum ni. 

pucuk paku masak lemak cili api campur ikan kembung

Cumanya sayur pucuk paku masak lemak campur ikan kembung ni saya campurkan belimbing buluh sekali. Tengah musim buah belimbing buluh kan sekarang ni. Tapi saya guna yang frozen je. Stok baru tak ambil lagi kat kampung.

Kalau malas malas, buat lauk macam ni pun okay dah kan. Dalam malas malas pun rajin menumbuk cili api dan kunyit. Bertambah sodap ea!

22 comments:

  1. Replies
    1. Alamak, silap tingkap ni kak nor. Rumah Kak Syaz sebelah ๐Ÿ˜Š
      Pucuk paku jarang jumpa. Sekali dapat tu memang sedaplah makan.

      Delete
  2. dah baca 2 entry masak lomak dari page awak harini...buat ktia geram je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berlemak lemak kita dua kali. Pasni cuti masak lemak. Masakan lemak pergi rumah Ammi pulak lepas ni.

      Delete
  3. woww sedapnya makan dgn nasi panas pastu letak kicap sket. fuyoo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lauk masak lemak cili api pedas, nasi panas tuang kicap sikit memang mabeles mamapp. Boleh makan bertambah tambah

      Delete
  4. Alamak, Fiza.. dah jangkit penyakit M akak ke ni???

    Tapi tetap sedap ni, memang betul, ni la lauk yg paling senang masak, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..agaknya lah tu :p

      Lauk masak lemak 2 in 1 jarang tak sedap kan.

      Delete
  5. goreng plak ikan masin ke...pergh..laju menanmbah nasi

    ReplyDelete
  6. Sedap buat pedas-pedas.
    Senang sekali buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pedas pedas baru best makan kak. Betul, sekali masak senang.

      Delete
  7. sedapnya nengok.... sejak tak sihat belum lagi masak yang pedas-pedas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap kak dana. Kena pantang kak Dana. Lepas dah okay nanti baru makan pedas pedas ye.

      Delete
  8. Selera plak tekak ni nengok, lemak pucuk paku masak dengan ikan gitu.. nanti nak cubalah...

    ReplyDelete
  9. Aduhai... sedapnya! Kena masak gulai juga nampaknya ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah nanti tambah menu akan datang kak. Selamat menggulai :)

      Delete
  10. kalau malas memang selalu macam ni kan. campur je sayur dengan protein. bestnya pucuk paku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Sal, kerja senang dan cepat. Tulah, sesekali dapat pucuk paku berselera makan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.