Misteri Sebuah Mini Hand Blender

Balik dari bercuti di Melaka, masing-masing kepenatan. Letak bag semua, mandi dan tidur. Sedang lena dibuai mimpi tiba-tiba terjaga ada orang bagi Salam. Ingatkan jiran sebelah. Sekali ada panggilan masuk. Saya pun angkat, rupanya courier kat luar.

Minta dia letakkan atas tembok. Sekali dia campak daaa...Dengar bunyi kotak jatuh lantai. Apoooo..letak elok elok tak boleh ke? Sah sah ada sticker fragile kat luar kotak tu masa saya ambil barang tu.

Kotak tak berbungkus dengan balutan. Kotak set cawan. Eh, biar betul cawan dalam ni. Tak pecah ke? Sebenarnya saya tak tahu pun siapa yang bagi. Kotlah hadiah birthday sesiapa bagi tu kan. Dua tiga hari dok fikir siapa yang bagi.

Then baru teringat kak SA ada inform yang dia ada beli barang dari GoShop, hadiah untuk saya sempena Pemenang Top Komentator January 2022. Tak ada pulak logo GoShop pada consignment note tu. Tak puas hati, terus tanya kak SA je.

Yaaaa..betul pun  Kak SA yang bagi. Selesai sudah misteri sebuah mini hand blender, dah tahu siapa yang bagi. Suka betul dapat hadiah barang barang masak ni. Dulu teringin juga ada mini hand blender ni. Konon tak payah guna elektrik senang kerja kan.

Lepas ni boleh exercise tangan guna mini hand blender je. Boleh dijadikan mini portable hand blender atau mini travel hand blender bawa bila travel atau camping. Teringin nak camping tapi satu hapah barang keperluan pun non hado. Hangat hangat tahi ayam je rasa teringin pun.

Nak tidur dalam khemah pun tak berani. Ada hati nak camping, kan. 

Bagus juga ada mini blender ni. Mana tahu tak ada elektrik tiba-tiba. Boleh juga guna mini chopper hand blender ni. Orang panggil chopper ke blender sebenarnya? Ke sama je?

Mini Hand Blender

Mini blender ni taklah mini sangat. Lebih kurang pengisar kering tapi besar sikit dari tu. How to use mini hand blender ni just tarik je pemegang yang bertali tu. Nanti automatik pisau dalam container tu berpusing macam blender.

Lagi laju kita tarik berkali kali, lagi lajulah pusingan pisau tu. Inilah dinamakan exercise tangan.

Mini Hand Blender

Rupa dalam container blender ni. Pisau yang tajam, of course lah kann...Warna putih tu saya tak tahu nak panggil apa. Apa ek?

Mini Hand Blender

Alhamdulillah...terima kasih kak SA berkongsi rezeki. Semoga bertambah tambah rezeki akak dan keluarga. Aaaminn...

Yang belum kenal dengan blogger Suriaamanda, mohlah ke blog Suriaamanda.

26 comments:

  1. Ada jugak satu ni kat dapur. Sangat mudah bila nak blend bawang atau cili.

    ReplyDelete
  2. Kita ada blender ni dulu, agak pakai ganas, sekali tarik, tertanggal hahahahahaha.. terus beli mesin chopper elektrik mini huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..mungkin dah lama pakai tu kot sis lin. Agaknya dah reput tali tu, itu yang putus tu.
      Ada mesin chopper pun senang. Tekan suis on je :)

      Delete
  3. senang nak buat kerja dapur lepas ni. tahniah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kalau takde elektrik boleh guna ni je.
      Terima kasih :)

      Delete
  4. Nama je mini tapi saiz besar juga. Naniey ada satu kat rumah tapi tak tahu mana tercampak dalam kotak mana tak guna guna lagi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan jugak saiznya. Hihi..kurang guna itu yang tersimpan tu kan.

      Delete
  5. Alhamdulillah rezeki, rasa mudah penggunaannya, macam nak jugak :) Tahniah Fiza, moga pemberi dan penerima diberi rezeki melimpah ruah, InshaAllah Aameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah tak mudah jugak. Kena gunakan tenaga sendiri. Cuma portable ni mudah nak gunakan.
      Terima kasih kak.
      Aaaminnn...

      Delete
  6. Alhamdulillah sampai jugak akhirnya ..ingat x sampai2 lagi sbb kat email pun diorang x update ..mmg tahun ni azam nak bg hadiah barangan dapur yg bleh di guna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Oh ye ke kak? Dorang tak update lansung ye. Susah jugak macam tu kan tak dapat trace.

      Terima kasih sekali lagi kak :)

      Delete
  7. hhahahha dulu rajin gak beli mende2 camni hehehe...!!
    Pastu masak nya malas :p
    Tahniah Fizah, rezeki tu kan:)

    "Nasi goreng cili padi, SATU!"
    aahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..biasalah tu KakRet. Kalau datang mood rajin memang rajin. Kalau dah M, takleh buat ape.

      Alhamdulillah..Terima kasih KakRet.

      Wahh terus order nasi goreng satu. Baik, siap!!!

      Delete
  8. Tahniah Fizah!
    Cute hadiahnya. Moga murah rezeki pemberi dan penerima hadiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Cute saiz dan rupa dia.
      Aaaminnn... Terima kasih Kak Amie.

      Delete
  9. Alhamdulillah rezki tu...
    Seronok dapat hadiah ni lain macam kan..
    Semoga yang memberi juga dapat menuai pahala diakhirat nanti🤲

    ReplyDelete
  10. Haha terhibur baca post ini, boleh lah mula exercise tangan tu. Mini chopper / mini hand blender ni memang mudah. Lagi lagi bila kita nak cincang benda benda sikit, kalau guna blender besar sangat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..itulah, boleh mula exercise tangan pasni guna blender tarik tarik ni. Yep, mudah kalau nak tumis bahan sikit sikit tu.

      Delete
  11. aida br teringat nak beli hand blender gini.
    nak beli jenama tupperware, mcm mahal naw, fiza.
    yes, tujuan utk bwk camping. now aida bwk je elektrik hand blender tu.
    mostly camptsite ada elektrik, kan.
    skit skit blend tu boleh la :)

    anyway, tahniah fiza.
    always top :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah juga beli. Stand by bila takde elektrik. Bawak camping pun ringan sikit jenis portable ni.

      Terima kasih kak :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.