Drama Takdir Cinta Dhia

Tonton Drama Takdir Cinta Dhia bermula pada hari Isnin, 12 September 2022 pukul 6:00 petang di Slot Tiara Astro Prima atau strim di Astro Go/ Ultra Box lakonan Dato' Aaron Aziz, Datin Elvina Mohamad, Shah Jaszle dan ramai lagi. Ulangan Drama Takdir Cinta Dhia pada pukul 11:00 pagi.
 
Drama Takdir Cinta Dhia, drama terbaru Astro Prima membawa penceritaan yang sarat dengan kisah konflik keluarga dan permainan perasaan. Bermula daripada kematian ayah Dhia dan ayah Huzair.

drama takdir cinta dhia

DRAMA TAKDIR CINTA DHIA

Jumlah episod : 40
Mula siaran : 12 September 2022
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, jam 6:00 petang
Siaran TV: Slot Tiara Astro Prima
Penulis skrip : Nieza Nahar
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Produksi: Suhan Movies & Trading

PELAKON DAN  WATAK

  • Dato' Aaron Aziz Sebagai Fayyad
  • Datin Elvina Mohamad Sebagai Dhia Zahra
  • Shah Jaszle Sebagai Huzair
  • Nada Nur Syuhada Sebagai Natasha
  • Nazrief Nazri Sebagai Fikri
  • Khalida Balqis Sebagai Nadia
  • Faez Nick Sebagai Nick
  • Hanis Husna Sebagai Dr Intan

SINOPSIS DRAMA TAKDIR CINTA DHIA

Selepas kehilangan ayahnya, Dhia Kamelia tertanya-tanya, ayahnya mahu berkahwin dengan siapa? Kehadiran Nadia yang menyamar sebagai Dhia menjadi penghalang untuk Dhia dan Adrian bersatu. Bolehkah mereka bersatu? Atau Dhia hanya berserah kepada takdir?

Dhia Kamelia, kehilangan ayahnya pada usia yang sangat muda akibat kemalangan. Dhia sepatutnya bertemu Huzair Adrian tetapi tragedi malam itu menghalang mereka untuk bertemu. Dhia bertemu Fayyad Mi-khael melalui rakan lamanya, Maya. Hari demi hari, Dhia dan Fayyad saling ber-temu secara tidak sengaja sehingga Fayyad jatuh cinta padanya.

Suatu hari, Huzair Adrian bertemu Nadia yang telah mengaku dirinya sebagai Dhia. Gelang emas milik arwah ibunya adalah bukti bahawa Nadia adalah bakal tunangnya. Fay-yad akhirnya mengetahui tentang tipu daya adik perempuannya. Adrian akhirnya mengetahui kebenaran mengenai penipuan Nadia dan Dhia adalah tunangnya yang sebenar.

Akhirnya, Adrian menemui bukti yang Fayyad adalah orang yang membunuh ayah Dhia. Jam tangan di pergelangan tangan Fayyad Mikael adalah jam tangan yang sama seperti yang dilihat Dhia semasa kejadian. Fayyad ditangkap oleh polis sementara Dhia dan Adrian akhirnya bersatu melalui perkahwinan.

LAGU TEMA (OST) DRAMA TAKDIR CINTA DHIA

Lagu : Cinta Pasti Bersatu
Penyanyi : Aepul Roza

6 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.