Header Ads

Karipap Gergasi Frozen


Besar betul karipap gergasi frozen mak mentua bagi. Ini saiz karipap gergasi paling besar yang pernah saya tengok. Tak boleh lawan besar karipap IKEA tu. Ini lagi besar. Harga karipap gergasi pun mak bagitahu RM4 ke RM5 macam tu untuk 1 biji karipap.

Standard lah kan harga karipap gergasi macam tu. Yang dah siap goreng pun lebih kurang harganya begitu kan.  Yang penting isinya padat bukan inti oksigen. Dapat inti oksigen sakit hati jugak membeli.

Karipap Gergasi Frozen

Tapi karipap gergasi ni bukan jenis karipap gergasi telur. Separuh telur pun tak nampak. Kulit karipap agak tebal. Ambil masa lama jugak nak goreng masak dan panas sampai inti dalam karipap. Kalau kulit nipis sikit lagi mesti lagi sedap rangup dia.

Karipap gergasi frozen

Inti memang padat dan penuh. Rasa macam inti kentang dan daging. Sedap boleh tahan inti karipap gergasi ni. Cuma disebabkan kurang selera nak makan, saya biarkan encik suami habiskan sorang sorang sebab dia penggemar karipap.

22 comments:

  1. amboi. besar sungguh karipap nye.. makan seketul pun pasti terlebih kenyang dah.hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar sepinggan saiznya. Memang kenyang makan sorang ni.

      Delete
  2. tgk isi dia padat... makan masa panas2 sedap tu!!
    plus teh o panas perghhh...!!

    eh jual kat mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang padat isinya. Buat minum petang boleh kenyang ni.

      Ala tak tahu pulak KakRet sebab mak mentua yang bagi. Tak pulak tanya beli kat mana.

      Delete
  3. Ooooo... nampak tebal juga kulit karipap gergasinya ye Fizah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah tebal kulitnya. Lama jugak nak tunggu masak betul kulitnya dan inti panas.

      Delete
  4. Dekata kawasan rumah akak ni, ada jugak jual karipap gergasi inti padat. Cuma masalahnya, gerainya menghala ke jalan keluar, kalau jalan balik, mesti selalu singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak singgah satu hal jugak kan. Kang nak keluar membeli mana nak letak pulak karipapnya. Kena keluar semata semata nak membeli je lah jawabnya.

      Delete
  5. karipap pon kegemaran syu jgk. lama tak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli karipap frozen je syu. Senang ada stok bila teringin tinggal goreng je.

      Delete
  6. Replies
    1. Memang share berdua ni Ammi. Kalau saya makan sorang memang tak habis.

      Delete
  7. Memang giant saiznya! Inti mewah pula tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, besar sungguh karipap gergasi ni seperti namanya. Isi pun padat.

      Delete
  8. Kulit tebal maknanya tidak rangup. Hehe besar sampai potong 2.
    Suka karipap saiz biasa, senang makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luar je rangup kak. Betul, saya pun suka yang biasa tu je senang makan.

      Delete
  9. Nampak sedap. Ni jimat masa sebab goreng 1 biji je.. hehe..
    Karipap kalau sedap kulit dan inti banyak memang orang akan repeat tapi kalau dapat karipap oksigen memang tak datang beli dah..

    Jadi lapar pula tengok inti karipap tu. Makan panas panas. Sedapnya Fiza !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jugak naniey. Lama jugak menunggu masak sebab tebal dan besar kan. Memang sedap makan panas panas.

      Delete
  10. Aaahhhhh saya suka karipap ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Dulu ini jajanan favorit lah kak , sat masih duduk Kat Penang. Dekat campuss ada yg jual. Sedaaaap. Tapi sayangnya setelah balik Indonesia, tak Nemu lagi yg jual karipap seenak di Malaysia ๐Ÿ˜…. Pernah ada yg jual, tapi biasa aja rasanya.

    Tebayang lah karipap gergasi nih pasti sedaaaap ๐Ÿคค

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disini hari hari boleh makan karipap. Ada rezeki datang Malaysia lagi boleh beli karipap frozen bawa bekal balik sana ๐Ÿ˜Š

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.