Drama Nurlaila

Drama Nurlaila menampilkan gandingan pelakon Aedy Ashraf dan Hanna Aqeela. Nurlaila episod 1 mula bersiaran pada 16 Februari 2022, jam 6:00 petang di slot Widuri TV1.

drama nurlaila tv1 full episode

DRAMA NURLAILA

Jumlah episod : 26
Mula siaran : 16 Februari 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, jam 6.00 petang
Siaran TV :  Slot Widuri TV1 | RTM klik
Penulis skrip : Aliff Firdaus & Harta Bakar
Pengarah : Heykal Hanifah, Bullart Othman, Rusdi Ramli
Produksi : Luqsar Kreatif

PELAKON DAN  WATAK

  • Hanna Aqeela sebagai Nurlaila
  • Aedy Ashraf sebagai Imran
  • Amyza Aznan
  • Zamarul Hisyam
  • Kamarool Hj Yusoff
  • Rusdi Ramli
  • Ku Faridah
  • Neera Azizi
  • Farahdhiya
  • Nor Albaniah
  • Fimie Don
  • Ruminah Sidek

SINOPSIS NURLAILA

Kisah hidup pemuda bernama Imran, anak orang kaya sering bergaduh dengan ayah tirinya, Khalid kerana tidak setuju dengan sikap ayahnya yang selalu mempersiakan ibunya, Aina yang sedang menderita penyakit barah otak.

Imran anak muda yang tidak mahu terikut dengan ayahnya dan mahu membina hidup sendiri sememangnya sentiasa panas bila berhadapan dengan Khalid. Mereka berdua sering bertelagah dan tidak pernah sependapat. 

Di tengah pergolakan itu akan ada Aina yang seringkali mencuba sedaya upaya untuk menjernihkan hubungan anak beranak itu.

Di luar pengetahuan Aina, Khalid menjalin hubungan sulit dengan Sara, setiausaha di syarikat milik mereka. Ketika Imran memutuskan keluar dari rumah untuk menenangkan diri, dia secara tak sengaja bertemu dengan gadis kampung bernama Nurlaila. 

Laila sebenarnya sedang melarikan diri daripada konco bapa ayam, Pak Tono yang ingin menjualnya sebagai pelacur.

Imran menyelamatkan Laila dan memberinya tempat menumpang teduh. Laila rasa terhutang budi terhadap lelaki itu. Hubungan mereka mulai rapat namun Laila sedar akan kedudukannya.

Satu hari Imran diberikan tawaran oleh Aina bahawa segala harta miliknya akan diberikan kepada Imran sekiranya anaknya itu berkahwin. 

Dia terfikirkan Laila dan mahu menawarkan sejumlah wang yang berguna untuk Laila melunaskan hutang keluarganya dengan Pak Tono.

Sementara itu Khalid mula tidak senang duduk mula merancang banyak muslihat dalam fikirannya semata-mata mahu menjatuhkan Imran. Dia tidak mahu Imran hidup bahagia sampai bila-bila.

Kehadiran Laila juga berjaya menyatukan Aina dengan ibunya, Nek Kiah yang lama terpisah. Aina cuba menyembunyikan penyakitnya kerana tidak mahu nenek Imran itu sedih dan terpaksa pula menjaganya.

Namun di sebalik semua itu rupa-rupanya tersembunyi satu hakikat. Apakah sebenarnya yang disembunyikan Aina daripada pengetahuan semua orang? Bagaimana pula kesudahan kisah cinta Imran dan Laila?

LAGU TEMA (OST) NURLAILA

Lagu : Jika
Penyanyi : Yaaqub Mahmood

6 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.