Header Ads

Susu Pisang Farm Fresh Terpaling Sedap!


Semasa encik suami singgah membeli kopi kaww bus stand Pilah, sekembalinya ke kereta dia bawa 4 jenis minuman dalam kotak keluaran Farm Fresh selain Kopi Kaww. Semua tu lain lain perisa dan tak pernah saya rasa. Boleh lah buat content blog nanti. Eh..perli ke memang saja beli?

Haha...begitulah suami seorang blogger. Dah faham sangat kan. Kita pun ting! lah keluar mentol untuk dijadikan modal cerita dalam blog nanti. So kita cerita satu-satu lah ye. Tak lah bercelaru.

Bagus jugak dia beli, kita jugak yang dapat rasa. Bukan senang nak dapat stok susu Farm Fresh yang berperisa. Lagi lagi banana milk ni. Terlajak laris betul sejak keluar dan viral. Mana mana kosong je rak susu Farm Fresh tanpa kehadiran banana milk ni.

Farm Fresh Banana Milk

Susu Farm Fresh banana milk 200ml dengan harga seperti yang tertera pada kotak, RM2.90. Ambil gambar lupa nak buang tanda harga pulak. Sekotak 200ml ni bagi saya tak cukup, sekali teguk boleh habis. Inikan kongsi berdua.

Beli tak terus minum. Simpan dalam peti ais bagi sejuk baru minum. Nikmat sungguh lah minum susu pisang Farm Fresh sejuk sejuk. 

Pada saya susu pisang terpaling sedap yang pernah saya rasa. Rasa pisangnya tak rasa gas pisang yang kuat. Macam susu pisang fresh gitu dengan rasa buah sebenar bukan esen perisa pisang.

Encik suami pun setuju rasa susu pisang ni sedap. Patutlah cepat habis kat rak. Menepati selera orang ramai. Lepas ni asal balik Pilah, kita cari susu pisang Farm Fresh ni kat pembekal Kopi Kaww ni.

Susu pisang Farm Fresh ni another level sedap susu pisang, level up sikit dari susu pisang goodday.

18 comments:

  1. Replies
    1. Yang oat saya tak pernah merasa lagi. Nanti nak cari jugalaha.

      Delete
  2. memang sedap! memang tak pishang.

    kawan-kawan yang tau saya ada blog pun selalu cakap gitu.."ha, nantilah bolehlah update di blog". sabar jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan yang Farm Fresh ni. Tak cukup pulak rasa separuh kotak.

      Hahaha. Memahami sangat orang disekelilingi kita ni :)

      Delete
  3. Kalau tanya ank no 2 akak memang kesukaan dia susu pisang ni
    x kira brand apa

    ReplyDelete
  4. masa mula2 perisa ni dikeluarkan oleh farm fresh, tersangat susah nak cari.. sekarang ni dah senang nak beli dkt kedai yang berdekatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang pun rasa macam susah jugak nak dapat. Ini baru dapat jumpa.

      Delete
  5. Duuuuh pengen cobaaaa kak 🀣. Sayang tak ada di Jakarta lah... So far susu pisang itu tak semua sedap memang. Ada yang bikin mual kadang. Saya suka susu pisang yg Made in Korea, kebetulan ada masuk ke Indonesia. Rasanya tak bikin mual. Jadi ingin compare dengan susu pisang farm fresh iniπŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua ni inspired by susu Korea Pisang tu rasanya. Tapi saya belum pernah cuba lagi susu pisang. untung sekali ye ada susu pisang original dari Korea kat Indonesia.

      Delete
  6. Anak-anak saya pun suka susu pisang ni.
    Dulu zaman depa sekolah,saya selalu buatkan banana milk shake untuk depa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banana milk shake lagi sedap tu. Fresh lagi. Cuma tu lah tak rajin nak buat, beli ready to drink je lah :)

      Delete
  7. Walaupun tidak pernah rasa susu pisang kena cuba untuk tahu ikut selera akak ke tidak. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah cuba yang ni nanti kak. Rasa dia balance dan macam rasa pisang sebenar.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.