Header Ads

Kopi Kaww Bus Stand Pilah, Kaww Boto!


Jam menunjukkan pukul10.30 pagi. Mak dah bersiap nak pergi meeting. Bukan meeting juta juta Megah Holding tu. Meeting urusan keluarga gitu.

Lepas hantar mak, selesaikan urusan ambil ubat mak pulak. Tak lama sangat urusannya pun. Lebih kurang 10-15 minit macam tu menunggu. Encik suami yang pergi ambil, saya tunggu dalam kereta je lah.

Dah siap ambil ubat mak, lepas tu nak kemana pulak ek? Pusing pusing Pilah kejaplah. Terlalu di bus stand Pilah. Ingat nak mencendol tapi macam jalan depan sikit nampak Kopi Kaww Bus Stand Pilah.

Kita nampak kopi lupa terus cendol. Nasib kau lah cendol, lidah ni terpatah selera tiba tiba nak minum kopi melebihi cendol. Lain kali okay!

Apa yang menariknya Kopi Kaww Pilah ni menggunakan susu Master Barista Farm Fresh. Kopi dah siap dibancuh siap siap dalam balang, cuma tinggal campurkan dengan susu.

Kopi Kaww Bus Stand Pilah

Kopi kaww pekat likat memikat macam kopi klasik kampung tu. Kaww Boto! Bila dicampur dengan susu dia jadi lemak manis alah amboi amboi. Sedap dan murah dari kopi hipster yang lain. Cup besar ni RM5 je!

Kopi Kaww Bus Stand Pilah

Kopi kaww macam kopi kampung minum kat warung tu. Cuma beza dia guna susu segar. Kalau kat warung susu pekat kan. Tak ada accesoriess topping whipped cream bagai. Macam ni pun ada okay. ada jugak penggemarnya.

Pantang nampak kedai kopi, mesti nak cuba!

18 comments:

  1. Perghh betul-betul kawwww oii.. likat pekat benoo nengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangatttt..likat pekat bancuhan kopi dia. Dah campur susu fresh terasa sedapnya.

      Delete
  2. Nampak kaw boto ea tu hehehe...
    Besar banner tu dari jauh boleh nampak mestilah tergoda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaw boto kak.
      Tu lah pasal, banner tu menggoda sungguh nampak dari jauh.

      Delete
  3. Kopi sebegini minum sekali sekala ok lagi. Manis...

    ReplyDelete
  4. Kopi selalu nampak sedap kalau orang lain review. Tapi tak boleh minum. Huhuhu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pantang tu AI kalau tak boleh minum. Nanti memudaratkan pulak

      Delete
  5. Lamanya akak tak ke Pilah. Rindu shopping kat pasar pagi.
    Lately akak pun dah jadi penggemar kopi, asik nak try je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alang alang dah ada kat NS, kalau sempat bolehlah ke Pilah kejap kak.
      Hihi..samalah,pantang nampak kopi mesti nak cuba.

      Delete
  6. Manis alah amboi-amboi.. Haha sorry cendol lidah terpaut ke kopi kaw.. Mengacam betul description tu, bahasa melayu description apa ek gambarkan ke. Nampak sedap kopi susu farm fresh, dah nak hujung minggu ni macam nak cari jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..mana teringat je tu kak. Memang sedap kalau guna susu segar farm fresh. Susu yarra ni memang pilihan barista.

      Delete
  7. Samaaa lah kita kak. Liat kafe kopi baru, langsung nak coba ๐Ÿ˜‚. Selalu penasaran dengan rasa kopi. Karena pasti berbeda tiap kafe. Tapi yg rasanya biasa je, langsung lah tak nak di revisit ๐Ÿคฃ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul, rasa kopi setiap kedai tu berbeza. Mana kopi yang sedap boleh beli lagi.

      Delete
  8. Replies
    1. Ye Syu, ni jenis kopi biasa dah siap bancuh. Tinggal campurkan ais dan susu je kaedah dia.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.