KitKat Gold Edition

Tekak orang sakit walaupun tak berselera tapi teringin macam macam. Encik suami keluar beli bubur. Bubur je lah yang macam selera sangat nak makan. Balik-balik encik suami beli 2 pek KitKat Gold edition.

Dapatlah jugak rasa bila tekak ni masih rasa tak selesa. Rasa gatal je tekak ni. Stepsils cepat sangat habisnya pun. 

KitKat Gold Edition

Wafer rangup dengan lapisan coklat dan coklat putih. Wafer dah tentu rangup tapi coklat putih tu rasa macam manis betul. Tapi bila dikunyah dengan wafer tu dapat kurangkan kemanisan coklat putih. 

kitkat gold edition

Sebelum ni pernah cuba kitkat gold ice cream. Sedap tapi manis jugaklah sebab gunakan coklat putih. Lainlah kalau guna dark chocolate yang pahit pahit manis sikit.

Kalau teringin makan coklat putih, bolehlah beli sekadar untuk melepaskan keinginan makan manis manis. Pek dia kecik dan ada 4 stick. Sekejapan habis walaupun manis. KitKat kan, bukan saiz besar pun. Sekali ngap je.

kitkat gold edition

Suhu badan dah turun 36.7. Alhamdulillah...Legaaa badan tak panas dah tapi selsema dan batuk datang menjengah pula.


8 comments:

  1. suka yang dark choc punya. kurang manis sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dark chocolate sedap lagi kan bagi penggemar yang suka kurang manis macam kita :)

      Delete
  2. Tak pernah try.. Haa.. maybe sebab tak berapa minat white choc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak minat, kena pangkah siap siap lah kitkat gold ni. Hehe...

      Delete
  3. Fiza dah cakap manis sangat rasa tidak payah beli.
    Oklah rasa sahaja supaya tidak teringin lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. White chocolate memang manis sikit. Kalau nak rasa boleh je beli untuk rasa. Nak repeat beli kalau rasa teringin je lah.

      Delete
  4. Tak pernah try lagi bila baca review Fizah memang tak beli la sebab manis. Hehe..
    Kat rumah ni selalu ada kit kat biasa yang kecil kecil tu. Naura yang suka makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naura suka makan kitkat ye. Boleh beli white chocolate ni rasa sikit, selebihnya naura makan. Hehe...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.