Drama Janji Pada Hati

Drama Janji Pada Hati, drama lakonan Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah, Hazwani Helmi, Raysa Sofea dan ramai lagi. Drama Janji Pada Hati disiarkan setiap hari Isnin dan Selasa, jam 6:00 petang di slot Qalbu TV AlHijrah.

Drama Janji Pada Hati Full episode TV Alhijrah

DRAMA JANJI PADA HATI

Jumlah episod : 13
Mula siaran : 7 Februari 2022
Waktu Siaran : Isnin-Selasa, jam 6.00 petang
Siaran TV : TV Alhijrah slot Qalbu
Pengarah : Sham Jr.
Produksi : MDAG Marketing Production Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Azwan Kombos sebagai Ezani
  • Ezzaty Abdullah sebagai Dahlia
  • Hazwani Helmi sebagai Laila
  • Raysa Sofea sebagai Maira
  • Puteri Rayyana Rayqa sebagai Aina

SINOPSIS JANJI PADA HATI

Kisah tentang seorang wanita bernama Dahlia yang amat tabah dalam memelihara rukun kebahagiaan di dalam rumahtangganya.

Dahlia adalah seorang suri rumah sepenuh masa yang amat menyayangi anak tunggalnya Aina. Walau luaran kelihatan bahagia, namun Dahlia sering kali merasakan dirinya terkurung. Tidak seperti suaminya Ezani yang bekerjaya serta senantiasa sibuk dengan kariernya.

Rasa kelompongan yang ada di dalam hati Dahlia tambah buruk apabila dia mengetahui Maira, kekasih lama Ezani akan memulakan kerjasama dengan suaminya di tempat kerja. Maira akan menjadi peguam kepada syarikat Ezani.

Disebabkan itu, Dahlia berpakat dengan Laila, rakan sepejabat Ezani untuk mengintipnya di tempat kerja. Bukan itu sahaja, Laila turut memberi amaran kepada Maira agar menjauhi Ezani kerana dia sudah berkeluarga. Laila turut menasihatkan Ezani agar tidak rapat dengan Maira demi Dahlia.

Sedikit sebanyak nasihat Laila meninggalkan kesan di dalam hati Ezani. Untuk menjernihkan keadaan, Ezani membuat kejutan dengan menghadiahkan jambangan buat Dahlia. Ezani berjanji untuk meluangkan lebih banyak masa dengan Aina, anak mereka.

Walau gembira, Dahlia masih rasa ragu-ragu. Perasaan curiganya bertambah teruk apabila mereka terserempak dengan Maira di pasaraya. Dahlia nampak reaksi Ezani yang terkedu melihat Maira. Bahasa tubuh mereka berdua meyakinkannya bahawa Ezani curang.

Konflik semakin tegang apabila Dahlia terjumpa penyata bank tempahan hotel dan pembelian barangan berjenama daripada kad kredit Ezani. Dahlia meminta kepastian dengan Laila berkenaan hal tersebut dan Laila mendakwa Ezani membelikan barangan tersebut untuk Maira.

Dahlia tekad untuk bersemuka dengan Maira di pejabatnya. Saat melihat kelibat Ezani dan Maira yang kelihatan mesra, hatinya hancur. Dia melulu pulang ke rumah. Malang tidak berbau, kereta yang dipandu Dahlia kemalangan.

Dahlia koma. Ezani mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga isterinya yang terlantar di hospital. Dia juga perlu menjaga Aina.

Takdir Allah Dahlia tersedar dari koma yang Panjang. Namun begitu, segalanya kelihatan amat mengelirukan.

Saat terjaga, Dahlia terkejut apabila terbau nasi goreng kegemarannya yang sering dimasak oleh arwah ibunya. Apabila ke dapur, dia melihat sosok tubuh ibunya Hajah Siti yang telah meninggal dunia.

Kehidupan Dahlia seperti berputar kembali ke zaman silam. Malahan jeritan ibunya agar dia lekas pergi ke kelas pengajian benar-benar membuatnya keliru. Dahlia terkejut kerana dia masih pelajar di universiti. Dia juga bukan isteri Ezani. Malah, Aina juga tidak pernah wujud sama sekali.

Apakah yang sebenarnya sedang terjadi? 
Adakah ini semua adalah khayalan Dahlia? 
Benarkah Dahlia pernah menjadi isteri Ezani?

8 comments:

  1. Cantiknya.... hidup ini bukan untuk jatuh cinta dengan seseorang tetapi jatuh cinta lagi dan lagi dengan orang yang sama! Itulah orang yang teguh hati sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah nama jodoh, tetap berjodoh juga walau apapun.

      Delete
  2. Aduh.. Macam complicated je dramanya.. Bermimpi ke Dahlia..

    ReplyDelete
  3. Drama tema time travel ke ni? Bestnya kalau bangun-bangun je muda balik

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.