Biasanya kalau tanya macam tu nak datang rumah lah. Sebab kadang kadang bila outstation kerja berdekatan dengan rumah saya, dia rajin singgah. Ehh lupa pulak dia pun belum habis quarantine lagi baru balik dari Kathmandu, Nepal.
Dah siap bagitahu dia, saya dan suami tak sihat. Risau kalau nak datang singgah. Rupanya nak hantar surprise aiskrim belated birthday.
Berpakat lah 4 beradik sekali hantar untuk ucu.
Ingatkan satu pint, rupanya 2 pint dorang hantar. Alhamdulillah..rezeki birthday datang lagi. Birthday kan ibarat raya sebulan.
Yang ni macam cookies n cream. Plus, bawah dia ada label CNC, kira betullah kot. Haritu baru makan. Mesti ingat haritu saya pernah cakap dengan dia cookies n cream ice cream sedap.
Cookies n Cream
Vanilla ice cream with lots of cookie chunks throughout.
Alhamdulillah... Orang memberi kita merasa. Nampaknya birthday tahun ni tahun untuk aiskrim birthday bukan kek birthday.
Terima kasih anak anak fruit sekalian along, angah, kakak dan adik. Semoga dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan. Semoga sihat semuanya. Aaaminn...
perghh dedua perisa pun sedappp!!! alhamdulilah rezeki tak pernah putus.. :)
ReplyDeleteA'ah KakRet. Dua dua perisa sedap!
DeleteAlhamdulillah..rezeki jangan ditolak :)
Mesti Fiza mak sedara yang baik dan kesayangan anak buah. Nak kena ucap happy birthday lagi sekali ni, selagi tak habis sebulan, hihi.
ReplyDeleteAlhamdullillah..syukur disayangi.
DeleteHehehe..tapayah macam tu sangat kak :)
Woww... Sebulan birthdayyy.. Hahahaha. Tahniahhhh.. bestnyaaa . sy baru sekali makan BR... Merasaaa
ReplyDeleteAla sebulan setahun sekali gitu. Alhamdulillah...
DeleteLepas ni moga moga ada rezeki nona lagi makan BR.
yum yum sedapnya dpt makan BR. appy birhday fiza
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteTerima kasih mamapp :)
sedapnya eskrim tu hehe.
ReplyDeleteSangattt sedap! :)
DeleteWaaa bestnya kalau ramai yang sayang.. nahagia kann bila ada yang mengingati.. minta cikitttt
ReplyDeleteAlhamdulillah..bahagia disayangi dan diingati.
DeleteMeh lah :)
Rezeki dapat aiskrim dari fruit child. Hehe. Banyak tu 2 tub. Selamat menikmati
ReplyDeleteAlhamdulillah..fruit child dah besar besar bolehlah belanja :)
DeleteWah sedapnya eskrem...baskin robbin lagi...x kisah lah perisa apa semua sedap...hehehe
ReplyDeleteKan kak, mostly sedap sedap perisa aiskrim Baskin Robbins.
DeleteWah! BR! Kayangan tu!
ReplyDeleteAlhamdulillah..ini kayangan biasa je uncle. Ada yang betul betul kayangan lagi :)
DeleteWah…bahagianya Ucu ya, anak-anak buah semua ingat birthday Ucu.
ReplyDeleteAlhamdulillah...ada yang ingat :)
Deletewahhh 2 pint tu. bleh mkn seminggu hehe
ReplyDeleteHihi..kannn..cukup stok seminggu :)
DeleteHappy belated birthday, Fiza! Yes, kita sambut birthday kena sebulan hahahah
ReplyDeleteSweet dan thoughtfulnya anak buah :)
Terima kasih Kak Farrah. Ya, sebulan setahun sekali apa salahnya kan. Hihi..Alhamdulillah..anak anak buah yang yang sweet :)
DeleteSeronok betul dapat birthday surprise!
ReplyDeleteRezeki sangat dapat anak buah yang sporting.
Alhamdulillah...
DeleteItulah tu, rezeki anak anak buah dah besar semua dah keje kak Amie :)
Aameen buat anak-anak fruits :) Fiza yang penyayang. Alhamdulillah rezeki dapat aiskrim sedap, baca pun terliur.
ReplyDeleteAlhamdulillah..
Deleterezeki dibulan hari jadi :)
Happy birthday dear Fiza, moga dirahmati dan dilindungi Allah swt sentiasa. Aameen.
ReplyDeleteTerima kasih kak untuk doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaminn...
DeleteTahun ini makan aiskrim BR sahaja untuk sambut harijadi.
ReplyDeleteAlhamdulillah puas makan 2 tub lagi.
Eh cantik bekasnya.
A ah kak. rezeki aiskrim lebih berbanding kek. Alhamdulillah..puas makan buat stok bila teringin makan. Kannn..cantik design tu colourful :)
Deletesyok tu dpt surprise busday aiskrim kayangan...lama tk beli ...slalu bli time 31hb sbb diskaun extra tp aritu flavour fav xde plak..out of stock
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteAda rezeki nanti boleh beli lagi. Harap ada rezeki dapat flavour fav akak :)