Telefilem Roda Ceketeng

Telefilem Roda Ceketeng, sebuah telefilem ulang siar di Drama On 2 TV 2 lakonan Talha Harith, Sari Yanti, Kazar Saisi, Adam Shah dan Amir Raja Lawak. Roda Ceketeng mengangkat kisah sukan rakyat yang popular di negeri Johor.

Telefilem Roda Ceketeng Drama On 2 TV2

TELEFILEM RODA CEKETENG

Waktu siaran : Jumaat, 28 Julai 2017, jam 9.30 malam
Siaran TV : Slot Citra TV2
Ulang siar : 16 Februari 2022, jam 9:00 malam
Siaran TV : Drama On 2 TV2
Penulis skrip : Ajak @ Kazar
Pengarah : Mejar Zainal Hayat
Terbitan : Trek Hasrat Sdn Bhd

PELAKON RODA CEKETENG

  • Talha Harith
  • Sari Yanti
  • Kazar Saisi
  • Adam Shah
  • Amir Raja Lawak
  • Feiyna Tajudin

SINOPSIS RODA CEKETENG

Mengisahkan niat Norman untuk menjadi pelumba motor lasak mendapat tentangan daripada ayahnya Pak Jamil sehingga beliau dihalau dari rumah. Namun tidak lama membawa hatinya yang kecewa di bandar, Norman merancang pulang ke semula ke kampung akibat kesempitan wang. 

Begitu pun hajatnya tidak kesampaian apabila beliau tercedera semasa berlumba motor. Beliau kemudiannya menumpang di rumah Johan dan tidak mahu kembali ke rumahnya kerana terkenangkan kisah dahulu dihalau ayahnya. 

Pak Jamil pula tetap dengan egonya walau dipujuk isteri dan anak perempuannya. Taib merupakan dalang yang sering memfitnah Norman kerana beliau ingin mencuri hati Sarah yang merupakan buah hati Norman. 

Sarah menghadiahkan sebuah Ceketeng buat Norman untuk memasuki perlumbaan Ceketeng Tahunan yang diadakan di kampungnya yang pernah dimenangi oleh Pak Jamil sebanyak 3 kali berturut-turut.

Ceketeng Norman telah disabotaj dan Pak Jamil menarik diri daripada perlumbaan dan memberi Ceketengnya untuk digunakan Norman. Pak Jamil menyuruh Norman kembali ke rumah dan menghadiahkannya sebuah motosikal lasak sebagai tanda kasih seorang ayah kepada anaknya

10 comments:

  1. Lama tak dengar perkataan Ceketeng tu. Ni mesti drama ulang siar sebab rasanya Sari Yanti dah lama tak berlakon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru tahu perkataan tu. Nama je orang johor tapi tak tahu. hahaha...
      Ye, seperti yang tertulis dalam entri 'ulang siar' cerita lama :)

      Delete
  2. Akak tertarik dengan perkataan ceketeng... akak pun baru tahu perkataan tu heheeh

    ReplyDelete
  3. Tambah kosa kata : ceketeng.
    Suka tonton lakonan Kazar. Hidup wataknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tahu kosa kaca ceketeng tu. Suka gak tengok kazar berlakon. Memang menjadi.

      Delete
  4. Ceketeng, baru juga dengar dan baca haha..

    ReplyDelete
  5. terima kasih kepada yang telah menonton. Saya ada niat juga untuk membuat susulan kisah Ceketeng ini.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.