Drama Scammer 2

Drama Scammer musim kedua (Scammer 2), sebuah drama sekual kedua Scammer menampilkan pelakon Beto Kusyairy, Farah Nabilah dan Zahiril Adzim. Drama Scammer 2 mula bersiaran pada 18 April 2022 jam 11:00 malam di Astro Ria.

Drama Scammer 2 Astro Ria

DRAMA SCAMMER 2

Jumlah episod : 24
Mula siaran : 18 April 2022
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 11:00 malam
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Mr. Labu
Produksi : Radius One Sdn Bhd

PELAKON DAN  WATAK

  • Beto Kusyairy sebagai Taqriz
  • Farah Nabilah sebagai Liya
  • Zahiril Adzim sebagai Rudi
  • Norlia Ghani
  • Iman Corinne Adrienne
  • Azwan Ali
  • Rosli Rahman Adam

SINOPSIS SCAMMER 2

Taqriz (Beto Kusyairy) mahu menuntut bela atas kematian ayahnya, Cikgu Shah, yang menjadi mangsa fitnah dalam urusan penjualan tanah di kampung mereka.

Arwah Cikgu Shah dituduh menipu orang kampung dan mengaut semua duit jualan tanah. Rudi (Zahiril Adzim), kawan sekampung Taqriz tawarkan diri untuk membantunya tetapi Taqriz tidak percayakan sesiapa.

Sasaran Taqriz ialah Muna (Iman Corinne) pemilik syarikat hartanah dan Hanif (Azwan Ali), peguam yang dipercayai telah menipu pemilik tanah dan jadikan arwah ayah Taqriz sebagai kambing hitam.

Untuk menyelinap masuk dalam syarikat Muna, Taqriz mempergunakan Liya (Farah Nabila), seorang bekas ‘scammer’ yang diburu polis untuk menyamar sebagai pekerja baru syarikat Muna untuk mengumpul bukti kes penipuan tanah itu.

Manakala Taqriz pula menyamar sebagai pembantu peguam dan bekerja dengan Hanif untuk mencari bukti penglibatan Hanif dalam kes yang menyebabkan kematian ayahnya. 

Satu demi satu pembongkaran didedahkan sehingga Taqriz sedar ada ramai lagi yang terlibat dalam penipuan tanah itu, termasuklah orang yang dekat dengan dirinya.

Modus Operandi 1 : Intens dan beremosi dengan visual yang cantik

Jalan cerita yang lebih intens dan beremosi dengan dibaluti dengan sinematografi yang sangat cantik. Perasaan penonton akan dibawa selari dengan cantiknya visual dan kuatnya jalan cerita yang dibawakan dalam Scammer 2. Serius cantik!

Modus Operandi 2 : Menampilkan pelakon-pelakon tahap A dan komitmen

Gabungan pelakon-pelakon hebat lagi ber-method iaitu Beto Kusyairy dan Zahiril Adzim yang membawakan pelbagai karakter dalam drama ini. Beto membawakan watak Taqriz, anak yang mahu membalas dendam terhadap kematian ayahnya. 

Manakala Zahiril membawakan watak Rudi, seorang penunggang agama. Kekuatan lakonan ini ditambah lagi dengan lakonan Farah Nabilah yang merupakan pelakon wanita kegemaran ramai dengan membawakan watak sebagai Liya. 

Lebih menarik lagi, drama ini disuntikkan elemen ‘X-factor’ apabila menampilkan Azwan Ali memainkan watak antagonis. Sangat menarik!

Modus Operandi 3 : Tetap 'Tal of the Town'

Drama Scammer 1 telah menjadi ‘talk of the town’ ketika ditayangkan kerana konsep, jalan cerita dan kualiti produksinya. Nah…. Untuk Scammer 2, ia adalah versi ‘upgrade’ dari drama Scammer terdahulu. Bayangkan!

Modus Operandi 4 : Isu-isu berkaitan dengan dengan situasi penonton

Membawakan penonton mengenali modus operandi scammer dengan lebih dekat kerana isu yang dibawakan lebih mengena dan berkaitan dengan audiens semasa. Setiap plot cerita yang diberikan membuatkan penonton boleh berasa dekat atau terkait. 

Malahan tema yang dibawakan dalam siri produksi Radius One ini seperti pembalasan dendam, hubungan kekeluargaan, persahabatan dan pengkhianatan lebih dekat dan berapi dengan pembaharuan dari Scammer 1. Namun sisi unik penceritaan Scammer 1 tetap dikekalkan indah dalam drama Scammer 2.

Modus Operandi 5: Siapa penunggang agama

Isu penunggang agama memanipulasikan anak tahfiz menjadi viral beberapa tahun kebelakangan ini dan masih berterusan menjadi percakapan ramai. Isu ini merupakan elemen penting dalam penceritaan Scammer 2. Penonton bakal bercampur emosi menonton Zahiril Adzim membawatan watak ustaz Rudi!

sumber : utusantv

18 comments:

  1. musim pertama pun tak tengok lagi ni. Ada abang bertahi lalat pujaan hatiku- Zahiril Adzim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tengok musim 1 kot baru faham jalan cerita dia. Peminat Zahiril Adzim jugak ye.

      Delete
  2. dah tukar pelakon scammer 1 ye
    kalau x salah siti saleha dan suami uqasha tu pelakon utama

    ReplyDelete
  3. Musim 1 pun belum tengok. Hihihi. Tapi beto ada mesti best ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..kalau nak follow kena tengok dari musim 1 baru tahu jalan ceritanya. Kalau berkaitan. Pelik jugak tiba tiba musim 2 bertukar pelakon.

      Delete
  4. dah ada sambungan drama scammer. yg musim ni nampak best sikit sbb gandingan mantap beto dan zahiril.

    ReplyDelete
  5. Pelakon lain langsung daripada musim pertama tapi bagus ambil pelakon-pelakon berkaliber.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah tak sama dengan musim 1. Setuju tu kak, bagus ambil pelakon yang berkaliber.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.