Filem Hantu Mok Joh

Filem Hantu Mok Joh, sebuah filem seram komedi lakonan Aloy Paradoks, Amerul Affendi, Fauziah Nawi, Aprena Manrose dan ramai lagi. Filem Hantu Mok Joh mula ditayangkan pada 17 Februari 2022 di saluran 480 Astro First.

Filem Hantu Mok Joh Full Movie

FILEM HANTU MOK JOH

Tarikh tayangan : 17 Februari 2022
Siaran TV : Astro First saluran 480
Penulis skrip : Engku Seri Kelantan, Aloy Paradoks
Idea asal : Engku Seri Kelantan, Aloy Paradoks
Pengarah : Asri Baq'u Tajudin
Produksi : Kentang Hijau Universal Production
Genre : Seram komedi

PELAKON DAN WATAK

  • Aloy Paradoks sebagai Heri
  • Amerul Affendi sebagai Yem
  • Fauziah Nawi sebagai Mok Joh
  • Aprena Manrose sebagai Dek Na
  • Kamarool Hj. Yusoff sebagai Pok Nik
  • Hushairy Hussein sebagai Cikgu Wan
  • Amir Raja Lawak sebagai Joe Bidin
  • Mek Yun sebagai Stawa Li
  • Kodi Rasheed sebagai Ustaz Hilal
  • Kuna Munzani sebagai Mek NabPak Duan sebagai Pak Duan
  • Asrulfaizal Kamaruzaman sebagai Peli Ayam
  • Bea Rameshan sebagai Mok Joh Muda
  • Norhamiza Md. Nor sebagai Mama As
  • Cikgu Mat Nasi Ulam sebagai Suami Mama As
  • Ahmad Abila Ariffin sebagai Tok Cha
  • Xid Haixal sebagai Yem Muda
  • Damak Peran sebagai Pok Nik Muda

SINOPSIS HANTU MOK JOH

Pelbagai andaian mula muncul rentetan dari kehilangan Mok Joh (Fauziah Nawi). Antara yang paling popular ialah Mok Joh mati kerana melanggar sumpah Saka Mak Yong yang dipeliharanya. Namun yang menjadi misteri ialah, sehingga kini jenazah Mok Joh masih belum ditemui.

Dalam masa yang sama, penduduk kampung mula diganggu makhluk yang dikatakan sebagai hantu Mok Joh. Kedai Kopi Pok Heng yang selama ini kekurangan pelanggan, kini menjadi ruang para penduduk membincangkan isu panas tersebut. 

Yem (Amerul Affendi) yang mendapat khabar tentang berita kehilangan ibu saudaranya itu segera berangkat pulang dari Kuala Lumpur ke Kelantan untuk mencari cerita yang sebenar.

12 comments:

  1. Menarik tengok Fauziah Nawi jadi hantu.

    ReplyDelete
  2. Meh layan cerita hantu. Lama tak tengok hantu berlakon hehehee.

    ReplyDelete
  3. Kalau yg ni first time dengar.
    Maklum la terpisah benua kan..
    Selalu cuma terbaca filem Hantu Kuat Ketawa by si Mawi tu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham faham. Filem hantu kuat ketawa tu pun macam baru jugak.

      Delete
  4. Menarik ni. Ada MekYun berlakon pulak tu

    ReplyDelete
  5. Haaa.. mesti best ni .. Lama x nampak Amerik tu beelakon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam best juga. Banyak jugak dia berlakon drama sekarang ni nona.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.