Siti: Are You Ready? Filem Dokumentari Dato' Sri Siti Nurhaliza

Siti: Are You Ready? sebuah filem dokumentari Malaysia 2021 menampilkan penyanyi tersohor negara Dato' Sri Siti Nurhaliza. Filem dokumentari, Siti Are You Ready? dan Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour Live In Concert terbitan Siti Nurhaliza Productions (SNP) dan Shiraz Projects mula ditayangkan bermula 30 Disember 2021 di saluran Astro First.

Siti: Are You Ready?

Siti: Are You Ready? & Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour - Live In Concert

Tarikh tayangan : 30 Disember 2021
Siaran TV : Astro First
Pengarah : M. Azhar Rot, Anz Izwan
Dibintangi :  Siti Nurhaliza
Syarikat penerbitan : Shiraz Projects, Siti Nurhaliza Productions
Diedarkan oleh : Astro Shaw
Bahasa : Melayu

Juga juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Langgan dengan harga RM19.90. Untuk peminat Brunei, boleh melanggan melalui platform Vimeo on demand dengan harga USD4.99. Boleh menonton kedua-dua filem dokumentari dan konsert selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Filem dokumentari ini memaparkan perjalanan dan situasi sebenar, bukan lakonan. Siti Nurhaliza yang sebenarnya. 

“Itulah sisi sebenar saya sebagai Siti Nurhaliza. Anda akan lihat bagaimana saya berkejar dari satu tempat ke satu tempat, gaya sederhana saya, makan juga hanya sempat dalam kereta dan sebagainya. Semua itu bukan lakonan kerana setiap gerak geri saya dirakamkan,” -Dato' Sri Siti Nurhaliza

Siti: Are You Ready? menampilkan detik-detik di atas dan di belakang pentas, persembahan langsung serta “Untold Story” sepanjang jelajah Konsert "Dato’ Sri Siti Nurhaliza on Tour" di tiga buah negara iaitu Indonesia (Jakarta), Singapura dan Malaysia (Kuala Lumpur).

Dato’ Sri Siti Nurhaliza on Tour – Live In Concert pula merupakan gabungan rakaman tiga destinasi yang difilemkan di hadapan sekitar 20,000 para peminat sepanjang konsert jelajah berlangsung di Jakarta, Singapura dan Kuala Lumpur pada tahun 2019. 

Konsert tersebut berlangsung dengan jayanya pada 21 Februari 2019 (Istora Senayan, Jakarta), 2 Mac 2019 (Singapore Expo, Singapura) dan 16 Mac 2019 (Axiata Arena, Kuala Lumpur).

sumber : astroawani

32 comments:

  1. Uncle ready nak tegok TokTi...

    Tok Ti... je yg tak ready nak tengok uncle... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..kalau dah depan mata, ready saje tengok uncle.

      Delete
  2. Hebatnya Siti Norhaliza. Saya ikuti perkembangan kerjaya seninya dari awal sehingga kini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Amie peminat Siti Nurhaliza rupanya. Hebat beliau dari biasa biasa jadi luara biasa.

      Delete
  3. Wajib ditonton peminat setia DCT, kita peminat bukan setia sangat, hihi.

    ReplyDelete
  4. Owh, patut dekat TT famous betoi siti, are you ready ni..

    ReplyDelete
  5. Mesti ramai yang nak menonton ni. Siti memang seorang insan hebat. Kagum tengok dia.

    ReplyDelete
  6. Tuhla.. setiap pergerakan dirakam ekk.. Fuhhh.. rimas jugak kalau saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah jadi selebriti kena jugaklah tahan rimas tu. Plus, dorang dah biasa dengan camera gitu.

      Delete
  7. Aktif Siri Nurhaliza. Kalau penyanyi seangkatannya agak perlahan dalam nyanyian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari mula sampailah sekarang, banyak job rezeki dia kan.

      Delete
  8. Alaaa kena beli plak kat astro first....

    ReplyDelete
  9. Siti...tak pernah bosan dengan dia dr dulu hingga sekarang

    ReplyDelete
  10. teringat satu dokumentari Siti pernah cakap dia teringin nak naik LRT. jadi selebriti banyak pula dugaan bila sentiasa diperhatikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah jugak kat jadi tumpuan mata mata. Tak senang kalau keluar di tempat awam. Kena jugak ada body guard.

      Delete
  11. Tengok iklan hari tu macam best! Tok Ti macam-macam projek dia, kan... Sayang perancangan buat teater tentang dia sikit masa dahulu tak jadi kenyataan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak perancangan dia. Semakin busy. Dengan produk lagi kan.

      Delete
  12. Dokumentari mcm ni best untuk ditonton tapi tak de Astro. Tak leh tengok. Heeee

    ReplyDelete
  13. Sedihnyaaaa tak bisa nonton lah 😭😭😭. Siti Nurhaliza nih favorit saya sangat❤️❤️. Selalu suka dengan stylenya menyanyi, suaranya, juga lagu2nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti nanti akan boleh tonton juga. Buat masa sekarang hanya di astro dan vimeo sahaja.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.