Cinta Hati Ayam

C.H.A Cinta Hati Ayam, sebuah telefilem lakonan gandingan Ayie Elham dan Ara Johari disiarkan pada 13 Disember 2021 jam 9.00 malam di slot Drama On 2 TV2.

Telefilem C.H.A Cinta Hati Ayam

TELEFILEM C.H.A CINTA HATI AYAM

Waktu Siaran : Isnin, 13 Disember 2021, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Drama On 2 TV2
Penulis Skrip : Zuli Ismail
Pengarah : Irwan Rauf
Produksi : Creative Eye
Genre : Romantik komedi

SINOPSIS C.H.A CINTA HATI AYAM

Acha dan Adnan, sepasang kekasih yang bahagia di awal perhubungan. Sayangnya cinta mereka putus ditengah jalan. Siapa sangka, cinta yang putus akhirnya bertaut kembali di sebuah gerai ayam.

Setahun kemudian, kehidupan diteruskan dimana Acha membantu ibunya menjalankan perniagaan menjual ayam segar di pasar. Pada suatu hari mereka dimaklumkan bahawa akan ada penyewa baru di hadapan kedai mereka.

Disini bermulanya konflik, apabila peniaga baru itu adalah ialah bekas kekasih ibu Acha yang juga bapa kepada Adnan. Ibu Acha dan bapa Adnan mempunyai sejarah silam dan telah lama tidak bertegur sapa semenjak ibu Acha meninggalkan bapa Adnan sehari sebelum menikah. 

Perkara tersebut telah mengeruhkan lagi keadaan mereka. Hubungan yang terputus di tengah jalan kembali bertaut di gerai menjual ayam. 

Jodoh atau kebetulan? Lebih menarik lagi, mereka terpaksa bersaing sengit apabila bapa Adnan juga menjual ayam segar.

PELAKON C.H.A CINTA HATI AYAM

  • Ayie Elham
  • Ara Johari
  • Catriona Ross
  • Zarul Husin
  • Eric Fuzi
  • Zharif Khan

20 comments:

  1. ok, nampam menarik artis dan jalan penceritaannya.. hehee

    ReplyDelete
  2. cerita hiburan.. tak la letih sangat otak berfikir

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, sekadar tengok bila rasa nak tengok bosan bosan tu

      Delete
  3. Haha gerai ayam pula senarionya. Hehe kelakar baca tajuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam macam idea tajuk cerita sekarang ni kak. cerita pun kelakar

      Delete
  4. Berulam jantung pisang hehe...ada saingan tu buat cemas pula..

    ReplyDelete
  5. Macam citer kelakar jer ni....kena tengok ni...

    ReplyDelete
  6. nanti nak carik kat utube.
    skang ni akak jarang dpt nonton live kat tv.
    anak2 masih lagi melekat dgn netflix.
    akak nak nonton buletin utama pon kena booking tau, fiza.
    hadoi lah...
    so byk drama rtm or tv3, akak nonton kemudian bila available di utube.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rtm boleh tengok online je kak. Banyak drama ada kat youtube jugak. Bila free baru tengok. Senang. Taklah tertunggu tunggu depan tv ikut masa :)

      Delete
  7. Cinta Hati ayam pun bolehlahhhh..HAHAHAH

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.