Resepi Potato Fritters Mudah dan Cepat

Saturday, January 10, 2015

Dah sampai masa untuk minum petang kan? Apakata petang ni kita cuba resepi potato fritters atau lebih mudah dikenali dengan nama 'cucur kentang' yang mudah dan cepat ni. Tak kisahlah untuk menu breakfast ke,lunch ke, tea time ke dinner ke boleh di makan bila bila masa sahaja.


Kalau dah terliur jangan malas malas nak mencuba.

Bahan²
  • Beberapa biji kentang [3 biji atau lebih-bergantung pada besar kentang]
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung gandum 
  • 1 biji telur
  • Daun bawang
  • Daun Sup 
  • 2 tangkai cili merah besar 
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Garam
  • Minyak masak
Cara²
1. Kentang disagat halus,daun bawang dan daun sup dipotong halus,cili api dipotong dadu. 
*Daun bawang dan daun sup boleh letak salah satu. Kalau nak letak dua dua pun boleh.[optional]


2. Campurkan kesemua bahan² [kentang, daun bawang, daun sup, cili merah, tepung jagung, tepung gandum ,telur, serbuk lada hitam dan garam] dalam satu bekas besar.


3. Gaulkan adunan


4. Panaskan minyak. Setelah minyak panas, cedukkan adunan dengan menggunakan sudu besar satu persatu [macam goreng cucur] dan goreng sehingga kekuningan.

5. Toskan potato fritters yang dah siap digoreng di atas tisu masakan untuk menyerap minyak. Siap untuk dihidang :)

Sekali hadap je terus habis ni..


Selamat Mencuba!

19 comments

  1. sedapnya tngk fiza..tgk cara mudah..insyaallah... akan cuba nanti..xpernah lagi makan style2 mcm ni..hehe

    ReplyDelete
  2. sedapnya..... kalau letak daun kucai boleh tak... hihihi..... daun sup n bawang xde la pulak... tanam2 x rajin hidup... huhuhu...

    ReplyDelete
  3. nampak macam menyelerakan... macam sedap! teliurrr..

    ReplyDelete
  4. wah...resepi baru lh...mcm mudah jer cara buat dia..

    ReplyDelete
  5. sedapnya kak. Kena cuba ni. hehe. tq share resepi kak ^_^

    ReplyDelete
  6. dah pernah try! memang sedap! cepat je ngap n abes..

    ReplyDelete
  7. Alahai tetiba pulak tgk makanan kat sini ..terliur la kita ...Sedapnyerr ,.Boleh cuba nanti untuk suami dan anak2..

    ReplyDelete
  8. Kalau dapat ni mesti sedap, nak buat jugalah nanti. Thank for resepinya kak Fiza!

    ReplyDelete
  9. nampak macam sedap...nak cuba buat utk 3Q la..mesti diaorang suka...

    ReplyDelete
  10. kene cuba nie, dah lama mengidam nak makan cucuq kentang!tenkiu ya!
    Resepi Sotong Goreng Tomyam

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.