Cat Repellent Berkesan Elak Kucing Berak Merata

Wednesday, July 19, 2017

Siapa ada masalah kucing jiran berak atau kencing di halaman rumah kita bukan halaman rumah tuan dia? Kita geng! Masalah berzaman yang tuan punya kucing tak fikir pun itu satu masalah sebab kucing dia tak berak kat rumah dia sendiri. Kalau tak pandai jaga kucing, jangan jaga kucing. Di sebabkan tak nak jadi masalah, kamiorang pun tak bawa kekucing kamiorang duduk rumah ni. Biarkan mereka duduk di kampung je. 

Pelik dengan mereka yang anggap kucing berak merata di rumah jiran itu perkara biasa sedangkan boleh ajar kucing berak dalam litter box. Apalah sangat keluar duit sikit demi menjaga kucing daripada ada masalah dengan jiran. Kalau rajin nak tolong cucikan tahi kucing di rumah jiran takpe juga kan.

Kalau dulu-dulu masa kucing jadikan halaman rumah kami sebagai tempat pembuangan wajib dia, rajin juga nak membuang. Bila tempat tu dia dah buat tanda port dia memberak, memang susah nak nak hilangkan tanda tu walaupun dah gunakan berbagai cara. Ehhh tetap juga nak memberak kat situ. Sakit mata tengok dan sakit hidung bau tahi kucing. Jiran membela kucing tetap buat tak tahu. 

Nak tegur beliau memang tak pernah bertegur pun sejak duduk sini, apatah lagi nak tegur pasal kucing. Serba salah dibuatnya haih. Fiza ternampak ada orang kongsi "Cat Repellent Daiso" di facebook yang di katakan berkesan elak kucing berak merata. Inilah rupa bungkusan cat repellent tersebut. Cat repellent berbentuk bar seperti coklat dan tahan lama. 

gambar ihsan dari google

Gigih ajak husband pergi Daiso semata-mata nak membeli Cat Repellent ni. Nak cuba juga mana tahu berkesan dan boleh selesaikan masalah kucing jiran berak di halaman rumah. Tapi malangnya takde kat Daiso. Mungkin habis dah ada orang borong kot. Yang tinggal hanya snake repellent dan insect repellent je. Siapalah yang borong habis terus ni. 

Kecewa tau penat-penat datang tapi takde. Baru je nak happy sebab nak selesaikan satu masalah tapi belum dapat kelegaan lagi. Sudahlah di Seremban ada satu je store Daiso di Palm Mall. Daiso berdekatan rumah kau orang ada tak stok cat repellent ni? Nanti share location ye. Nampaknya kena rajin ke Daiso je lah untuk mencari cat repellent semata-mata. Kalau kau orang ada masalah yang sama, silalah beli Cat Repellent Daiso ni dan cuba sendiri berkesan ke tidak. Harap-harap boleh settle masalah kucing berak merata tu.

6 comments

  1. I pun ada masalah yang sama. Kucing jiran suka membuang di halaman depan rumah..X suka!! Thanks sharing tau..nanti i nak pergi cari jugak dekat daiso..harap2 jumpa la..

    ReplyDelete
  2. Kalau untuk Anjing pula camne? Boleh guna juga ke?

    ReplyDelete
  3. Eh samalah kita...pergi Daiso kt Palm Mall semua sold out. Tanya kat promoter, dia cakap guna Rat Repellent pun boleh guna. Sy beli je nasib menjadi juga tapi kena letak banyaklah kat tempat tue. huhuhu

    ReplyDelete
  4. oh..kalau gitu akak pun kena beli jugaklah..sebab rumah MIL,banyak betul kucing jiran yang tumpang buat kuih kat situ..haishhh

    ReplyDelete
  5. rumah uyul tak ada kucing. kalau ada kucing memang kena beli nih heheh
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.