Tolonglah Cik B

Saturday, December 05, 2020

Selepas berlakon dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta memegang watak Pretty Maria, kini Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin yang juga anak jutawan kosmetik Dato Seri Vida mencuba menjadi penyanyi pula.

Cik B muncul dengan single terbaru berjudul 'Tolonglah' bergenre dark emo rap. Muzik Video 'Tolonglah' telah ditayangkan di YouTube pada 1 Disember 2020 dan #1 on trending di YouTube mengalahkan MV Dato' Sri Siti Nurhaliza yang juga keluar pada tarikh yang sama. Wah hebatnya kamu Cik B! 

Tolonglah Cik B
sumber : google



Ada yang memuji dan ada mengecam. Itu lumrah dan itu biasa. Pertama kali dengar dan tengok Muzik Video 'Tolonglah' ni. Suara Cik B seakan akan macam suara YonnyBoii.

Jangan tak percaya lagu 'Tolonglah' ni adalah lagu ciptaan Cik B yang baru berusia 15 tahun bersama ibunya Dato Seri Vida. Lagu 'Tolonglah' menceritakan tentang kisah hidup Cik B dari kecil.

Cik B menulis melaluinya pengalamannya di dera oleh pembantu rumah, isu keluarga, kehilangan orang yang tersayang dan banyak lagi kisah yang diluahkan di dalam lagu 'Tolonglah'.

Lirik Lagu Tolonglah - Cik B

Tolonglah aku
Aku tak mahu
Tolongkah aku bangkit dari mimpi ini

Tolonglah aku
Bangkit dari rindu
Tolonglah aku apa yang ku harus sedari

Apa lagi muslihat mu
Sudah cukup kau duga ku bertubi-tubi
Aku tak makan dengan egomu
Cara aku duduk diam perhatikanmu permainanmu

Sudah cukup salah pilih duniaku gelap
Gerak hati beremosi tawaku gagap
Takut apa yang berlaku dan harusku menghadap

Banyak soalan bermain di kepala tanpa ada jawapan
Hatiku susah terlalu banyak masalah yang ku simpan
Apa yang engkau tahu hidup kau dan aku berlainan
Maafkanlah aku jika diri ini menyusahkan

Masalah yang ku tempuh masa yang dah berlalu
Ilusi tak berhala tuju realiti yang celaru
Harapan punah diri tak cekal, aku sentiasa jatuh
Yang ku paparkannya senyuman, yang berputus arus

Sedalam lautan abus
Seluas gurun sahara
Ku curiga apa ku tahu
Dan apa sangat yang ku ada

Yang salah saling membuta
Kuasa manusia bersifat biasa
Adakah aku yang sama seperti
Apa yang selalu dibuah kata

Tolonglah aku
Tolonglah aku

Tolonglah aku
Aku tak mahu
Tolongkah aku bangkit dari mimpi ini

Tolonglah aku
Bangkit dari rindu
Tolonglah aku apa yang ku harus sedari

Simpan supaya tiada siapa yang tahu
Aku senang dalam susah
Kau tak perlu tahu

Hidup pelbagai liku
Mahu atau tak mahu
Jalan ku terbatas dengan perasaan malu

Kalau boleh ku mahu diriku bebas
Dari apa yang lepas
Yang selalu di tindas

Impian ku di cantas pantas
Ku terlepas dari segala peluang
Hanya sebab ku kebas

Tolonglah aku
Tolonglah aku
Tolonglah aku

Ku selalu tertanya
Kenapa aku begini
Ku hanya mampu berdiri
Termenung senyum bergigi

Diriku bergusti dengan bayangku sendiri
Takut apa yang kan jadi
Tolonglah

Tolonglah aku
Aku tak mahu
Tolonglah aku bangkit dari mimpi ini

Tolonglah aku
Bangkit dari rindu
Tolonglah aku apa yang ku harus sedari

baca juga : tonton muzi video Tolonglah Cik B

22 comments

  1. dia budak lagi, tak faham betul orang2 yang nak mengecam ni kan..huhu

    ReplyDelete
  2. Hebat cik B dah cipta lagu sendiri kan.

    ReplyDelete
  3. Rezeki tidak disangka. Harap kesusahan dialami menjadi peluang.

    ReplyDelete
  4. Yuhhuuuuu... Cik B! Akhirnya....menyerlah bakatnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemunculan Cik B dalam industri hiburan. berbakat dia.

      Delete
  5. Tersendiri cara Cik B sampaikan..tp seakan yonnyboii..tp tetap dgn cara cik B kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. bila dengar memang terus teringat Yonnyboii..

      Delete
  6. Kak awal2 dulu kat drama tu keliru mana satu Cik B. Suami yang lebih tahu hehehe...

    ReplyDelete
  7. Waahh baru tahu saya Cik B ini, bagus banget ya videonya, lagunya juga unik, dan memang mengena banget, ini juga kisah yang banyak dialami anak-anak, tanpa kita sadari hiks.

    ReplyDelete
  8. Mulanya kan ingat adiknya tau nyanyi, sebab suara macam lelaki, sekali CikB huhuhu

    ReplyDelete
  9. Oh, anak Dato seri Vida. Akak belum dengar lagi lagunya.

    ReplyDelete
  10. rupanya ada kisah di sebalik lagu dia tu ek...baca lirik tu rasa sedih pulak...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.