Drama Lelaki Lingkungan Cinta Episod Penuh. Lakonan Pertama Hero Remaja dan Cik B

Wednesday, October 21, 2020

Lelaki Lingkungan Cinta, drama terbaru slot Lestary TV3 menggantikan drama kegemaran ramai Kampung People 2. Mula ditayangkan bermula 21 Oktober 2020, hari rabu hingga jumaat pada pukul 9 malam. 

Drama adaptasi novel tulisan Lily Haslina Nasir. Menampilkan gandingan Naim Daniel dan pelakon pelakon baru Shasha Abedul, Ismail Izzani dan Shalma Eliana. Shasha Abedul pernah berlakon dalam Drama Chandelier. 

Drama Lelaki Lingkungan Cinta Episod Penuh
Kredit : Google

Ismail Izzani pernah juga berlakon dalam Drama Kebaya Kasut Kanvas. Shalma Eliana bukanlah pertama kali berlakon. Kalau tak silap dia ada juga berlakon dalam sebuah telefilem bertajuk Gangguan Psiko Stalker. Belum ditayangkan agaknya lah.

Drama lelaki lingkungan cinta merupakan lakonan pertama hero remaja Aniq Suhair dan Imran Aqil. Juga lakonan pertama Cik B, anak DS Vida. Tak sangka pula Cik B boleh terjebak dalam dunia lakonan.

Drama 13 episod ini diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd di bawah arahan Emi Suffian. Skrip ditulis oleh Marr Mohamad.

TONTON ONLINE DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA

Episod 1 || Episod 2 || Episod 3 || Episod 4 || Episod 5 || Episod 6 || Episod 7 || Episod 8 || Episod 9 || Episod 10 || Episod 11 || Episod 12 || Episod 13

SENARAI PELAKON DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA

Naim Daniel sebagai Adib
Shasha Abedul sebagai Esya
Ismail Izzani sebagai Zambri
Shalma Eliana sebagai Salina
Cik B sebagai Maria
Imran Aqil sebagai Hardy
Aniq Suhair sebagai Arep
Aresya Rania sebagai Esya

PELAKON TAMBAHAN : Rozita Che Wan, Ruhainies, Syazuwan Hassan, Izzrin Irfan, Asha Merican, Aisar Khaled, Chemat Raja Lawak, Nazeera Sardi, Mas Anizan, Aresya Rania, Ummar Dzariff


SINOPSIS LELAKI LINGKUNGAN CINTA

Mengisahkan Adib (Naim Daniel), seorang jejaka lepasan SPM yang nakal mencuba untuk menawan hati si jelita, Esya (Shasha Abedul). Mereka dihantar ke sebuah kem jati diri di Gopeng, Perak oleh keluarga mereka sebagai aktiviti mengisi masa lapang mereka.

Adib telah jatuh hati pandang pertama kepada Esya semenjak waktu pendaftaran lagi. Dia telah mencuba pelbagai helah dan ‘pickup-line’ untuk menambat hati Esya, tetapi gagal. Ini kerana Esya sentiasa dijaga oleh sahabat baiknya yang sentiasa sibuk dengan media sosial, Maria (Cik B) dan sepupu Esya yang ‘over protective’ iaitu Zambri (Ismail Izzani).

Walaupun Esya tidak melayannya, Adib tidak pernah menyerah kalah. Malahan Adib telah mengatur pelbagai strategi agar dia boleh mendekati Esya. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Zambri yang sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Esya, mula menunjukkan perasaan cemburu.

Esya pula mula membenci dan meluat dengan perangai Adib yang kebudak-budakan. Esya pernah memarahi Adib agar Adib hentikan cubaannya untuk memikatnya, tetapi ia hanya meningkatkan daya pemikiran ‘kreatif’ Adib untuk mengenakan Esya.

Apakah rancangan Adib seterusnya? Adakah kenakalan yang dirancangkan Adib dapat melentur kekerasan hati Esya?


SINOPSIS NOVEL LELAKI LINGKUNGAN CINTA

Nakal. Itu perkataan yang paling sinonim dengan Adib. Semenjak di kolej sehingga ke universiti, Adib sangat terkenal. Bukan terkenal kerana kecemerlangannya tapi terkenal kerana kenakalannya. Semua pernah Adib lakukan termasuklah membuat ‘dajal’ kepada Esya. 

Bagi Esya, Adib adalah musuh nombor satunya. Kerana Adib dia didenda. Kerana Adib habis pakaiannya rosak. Kerana Adib dia terkenal di kolej.

Saya mungkin tak romantik, saya mungkin tak kacak, tak kaya. Tapi percayalah, hati saya melimpah kasih untuk Esya. - Adib

Mahligai cinta terbina ketika masing-masing masih bergelar pelajar. Esya pada awalnya tidak begitu yakin dengan Adib yang sangat nakal itu. Sikap Adib yang berlainan ketika bersama dia akhirnya menambat hati Esya. 

Bahagia yang dibina menerbitkan hasad dalam diri Zamri. Zamri berusaha memisahkan pasangan muda itu. Alasannya? Hanya dia yang tahu.

Adib! Kau jangan jadi bodoh sangatlah. Si Esya tu memang terhegeh-hegeh ikut aku. – Zamri

“Orang tak datang beli kalau Esya tak menjual! Memang dasar keturunan menjalang memang macam ni agaknya!” – Adib

“Sampai hati Adib tuduh Esya macam tu. Esya benci Adib!”
– Esya.

Retak menanti belah. Rumah tangga Esya dan Adib bergolak kerana mulut Zamri sehingga Adib mengungkit tentang asal usul isterinya. Itu yang Zamri mahukan! Galau hati Esya. Dia nekad dengan keputusan untuk menjauhi Adib. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut santan binasa.

Adib nanar sendirian tanpa Esya di sisi. Ujian datang bertimpa-timpa. Esya tetap dengan rajuknya. Akan tersingkapkah kebenaran yang mampu menyatukan mereka kembali? Atau hubungan Adib dan Esya berakhir hanya kerana status hidup seorang Esya?

Baca Novel Online Lelaki Lingkungan Cinta (Bab 1-Bab 15)


9 comments

  1. Bagi la peluang Cik B berlakon... Teman masih lagi tak terjebak menonton drama nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, peluang untuk dia menceburi bidang lakonan pulak. mana tahu ada bakat terpendam

      Delete
  2. Lama x beli dan baca novel Lily Haslina Nasir

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak peminat novel Lily Haslina Nasir ye. Pasni boleh beli kak :)

      Delete
  3. memang nakal si adib ni... tak sabar nak tunggu next episod

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.