Si Bunga Merah Spicy Jatropha

Uishh..kejapnya dah hari sabtu. Rasa macam je baru lagi hari sabtu lepas. Bila bercuti tu memang tak rasa lamanya. Kejapnya masa berlalu. Cliche betul ayat tu.

Berkesempatan balik kampung haritu, sempat juga lah membelek pokok-pokok tanaman mak. Dah lama perasan ada pokok bunga merah menyala. Warna merah banyak ong untuk kaum Cina. Tak tahu sebenarnya nama bunga merah ni.

Google punya google, jumpalah maklumat bunga merah ni. Lupa pula nak tanya mak apa nama pokok tu.

Peregrina/Spicy Jatropha

Peregrina/spicy jatropha dikenali juga dengan nama Jatropha integerrima dikenali juga dengan nama jatropha hastata, bunga betawi, bunga batavia, bunga jarak cina, Shanghai Beauty, Rose-flowered Jatropha dan Nanyang Cherry.

Scientific name: Jatropha integerrima
Synonym: Jatropha panduraefolia

Common names: Spicy Jatropha, Shanghai Beauty, Rose-flowered Jatropha, Peregrina, Nanyang Cherry
Chinese name: 琴叶珊瑚 (qin ye shan hu - zither leafed coral), 日日樱 (ri ri ying - day cherry)
Malay name: Bunga Jarak Hias, Jarak Ros

Family: Euphorbiaceae
Origin: West Indies
Category: Perennial shrub

kredit : https://myniceflowers.blogspot.com/2011/09/jatropha-integerrima-pink.html

Bunga Merah Spicy Jatropha

Tumbuhan jatropha sejenis tumbuhan seperti semak dan spesies tumbuhan yang berbunga berasal dari Cuba dan Hispaniola dalam keluarga euphorbia/Euphorbiaceae.

Dipanggil spicy mungkin kerana warnanya yang merah seperti cili merah yang pedas tu. Spicy jatropha ni jenis pohon tahan lasak dan tak perlu dimanjakan sangat. Perlukan cahaya yang cukup untuk hidup subur.

Mak Fiza tanam tepi pagar dalam tanah, elok je tinggi dan hidup subur. Pokok ni pun rajin keluarkan bunga merah yang cantik ni.

Bunga Peregrina

Musim hujan ni nampak cantik pula bila bunga ni digambarkan. Tapi itulah, lighting tak berapa nak onz, kelam dan kelabu je lah hasilnya.



9 comments:

  1. Tak putus berbunga-Bunga sepanjang tahun. Ada yang warna merah Jambu juga.

    ReplyDelete
  2. rumah mak mentua ada ni,..MY dan suami tak minat sangat pokok berbunga..suka pokok daun daun je...

    ReplyDelete
  3. tenkiu fizah, akak dapat ilmu baru harini

    ReplyDelete
  4. Cantik bunga tu. Apa-apa pokok yang ada bunga merah, akak suka. Hehe. Bunga ros kat rumah akak pun color dia merah macam bunga kat atas.

    ReplyDelete
  5. Subhanallah! Cantiknya! Boleh la nak mintak nenek tanam.. mesti cantik rumahnyaaaa ... tambah berseri gituh

    ReplyDelete
  6. cantik juga bunganya tu..tapi ni first time nampak..

    ReplyDelete
  7. mnyerlah si merah ni..buka2 entri ni nmpak dia dulu hehee..cantik :)

    ReplyDelete
  8. cantiklah bunga ni. tak pernah nampak before ni. Merah delima gituuu :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.