Pizza Hut Sweet & Sour Cheesy Bites

Sebelum 31 berakhir, semalam dah siap siap redeem free cheesy poppers Pizza Hut. Voucher valid sampai 31 Disember 2020 je. Sebelum kerugian, baiklah kita order cepat.

Alang alang dah order, order sekali pakej combo pan pizza chicken sensation, free mushroom soup and onion ring. Dapat juga free roasted drumettes berempah 4 ketul. Banyaknya free tu. Total bayar cuma RM15 je untuk pan pizza chicken sensation (regular) + free mushroom soup + free onion ring.

Lepas place order untuk self pick up. Staff Pizza Hut call, katanya cheesy poppers dah habis. Boleh tak gantikan dengan sweet & sour cheesy bites? Lepas tu onion pun habis, gantikan dengan crispy fries okay tak?

Tak banyak karenah. Okay je.

Sweet & Sour Cheesy Bites

Seperti kebiasaan, Pizza Hut akan keluarkan Sweet & Sour Cheesy Bites sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba Februari nanti. Signature dish untuk Chinese New Year lah kiranya ni. 

Sweet & Sour Cheesy Bites

Sedap ke Sweet & Sour Cheesy Bites

Nak makan dan nikmati kesedapan sweet & sour cheesy bites ni kena makan panas-panas, barulah ada cheesy tarik tu. Bawa balik rumah, kurang dah cheesy tarik. Tapi masih sedap lah. 

Roti gulung hujung tu selain ada cheesy, rasa dia macam garlic bread. Masin masin cheese dan butter gitu. Sedap! Nanas tengah tengah tu manis, saya suka!

Roasted Drumettes Berempah & Crispy Fries

Roasted drumettes berempah Pizza Hut ni boleh tahan juga sedap. Luar nampak juicy tapi dalam dia agak kering sikitlah. Crispy fries dia sedap, memang cripsy walaupun dah sejuk sikit. Macam digoreng dengan salutan tepung bukan macam fries biasa biasa tu. 

Roasted Drumettes Berempah & Crispy Fries

Pan pizza chicken sensation dan mushroom soup je tak ada dalam gambar. Itu dah biasa sangat kan. So kalau nak cuba Sweet & Sour Cheesy Bites, silakan. 

Sementara tengah musim Sweet & Sour Cheesy bites. Dah macam duta Pizza Hut pula promote. Silalah bagi saya free lagi. Hihi

Thank you Pizza Hut!

9 comments:

  1. lama tk singgah pizza hut...nmpk menarik menu tu

    ReplyDelete
  2. Murah. Kombinasi rasa dan tekstur itu yang buat rasa nak cuba.

    ReplyDelete
  3. Wah.. ada pizza baru ke.. Menarik..
    cam nak kena cuba je pizza Sweet & Sour Cheesy Bites..

    ReplyDelete
  4. since duduk lipis nie , memang tak merasa dah pizza . Huwarggggg , tengok shoot pizza akak je pun dah tau sedap. Drummet berempah tu tak pernah try lagi , biasa yg honey tu je .

    ReplyDelete
  5. Terbaik lah review nya ..terus rasa nak g order hehe

    ReplyDelete
  6. sedapnya..
    dah lama tak makan pizza hut.

    ReplyDelete
  7. sedapnya tu fiza. lama dah akak tak order pizza. teringinla pulak.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.