Mister Potato Paling Hot

Tuesday, November 03, 2020

Bila zaman kanak-kanak ribena telah berlalu, minat terhadap keropok jajan semakin pudar. Tak sekerap masa zaman sekolah rendah dulu. Almaklumlah dulu anak tokey kedai. Nak makan keropok ambil je tak payah bayar.

Itu dulu...sekarang makan keropok bila rasa teringin je. Pernah rasa craving gila nak makan sampai rasa nak nangis kalau tak dapat. Mengalahkan orang mengidam kaedahnya. Boleh buat moody masa tu juga lah kalau tak dapat.

Bila husband keluar, siap siap pesan beli apa apa yang teringin nak makan. Pesan beli potato chips/keropok mr potato yang ada flavour pedas pedas sikit. Siap mention sekali beli yang dalam pack  plastik tu. Cukuplah buat lepas rasa teringin nak makan. 

Balik dari beli barang. Lain pula dibelinya. Dia beli mister potato packaging jenis macam pringles tu. Mister Potato Paling Hot! Katanya beli keropok mister potato packaging plastik tu tak banyak isinya.
 
Tapi kalau beli packaging macam ni untung lagi katanya. Haa ye lah. Janji keropok potato ada rasa pedas-pedas.

Mister Potato Paling Hot

Persoalannya, rasa dia sama tak dua dua packaging tu?. Tapi setahu Fiza lah, kalau dalam plastik tu rasa dia lain sikit kot kan. Lagi crispy dan original. Kalau jenis macam ni bentuk dia sama dan ada rasa lemak lemak sikit dan sedikit tebal. Betul tak?

Ke pada kau orang sama je dua dua packaging tu. Bukan satu je mister potato paling hot dia beli. Beli sekali mister potato the boss, original flavour tu sekali. Ini memerli ke apa ni? Tapi yang paling hot tu tak pedas sangat pun. Aduh, kecewa!

Mister Potato The Boss

Ini kira rezeki lah kan request satu tapi dapat dua sekali. Yang Original ni so so je lah rasa dia. Rasa yang plain tanpa perasa tambahan macam spicy ni. 


19 comments

  1. Cik TK pun jarang makan keropok jajan ni. Beli bila teringin je. Biasanya sama ada rasa sour cream and onion, atau rasa cheese ke tomato ke kan... Eh dok cakap pasal ni tetiba teringin.. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Bila teringin je baru beli. Yang cheese tu sedap. Dah pernah rasa.

      Delete
  2. Memang beza. Dalam plastik itu kerepek kentang nipis. Selalu rasa tidak puas makan satu..
    Suka bentuk 'crinkle cut' jenama Wise.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak NA. Rasa macam berbeza je sebab yang teringin makan yg dalam plastik tu.crinkle cut tu best kak. suka gak makan. crunchy gila

      Delete
  3. Replies
    1. yup, sama taste kita. original too plain lah rasa dia..huhu

      Delete
  4. Plastik punya lebih nipis. Yang botol lebih tebal. Tapi dua dua sedap. hehe

    ReplyDelete
  5. Saya suka yang perasa sweet potato, ubi ungu. :)

    ReplyDelete
  6. yang dalam paket tu banyak sangat serbuk . akak tak suka rasa kotor jari. kalau yang dalam bekas gini rasa lebih tebal, tak mudah patah, makan dalam kereta pun tak berterabur.heheheh

    ReplyDelete
  7. Saya suka yang botol gini.. bawak g bercuti, siap letak dalam bag roda tu, x pecah.. nice je conditonnya...tapi dedua sy suka aje..

    ReplyDelete
  8. Suka yang dalam bekas selinder. Lebih tebal dan tak patah, rasanya pun lebih ummpphhh! Anak-anak suka beli, bawa masuk kereta kalau jalan jauh, buat kudap-kudap.

    ReplyDelete
  9. Nasib baik saya dari kecik sampai besar ni tak minat makan jajan. Tapi sekali sekala bila teringin tu beli jugaklah. Bolehla try super hot tu nanti kalau Fizah kata tak hot mana pun

    ReplyDelete
  10. kak pip suka yang dalam botol silinder ni.
    travel friendly.
    tapi ni sebotol tak cukup, kena beli dua tiga botol kalau time craving.

    ReplyDelete
  11. saya walaupun tak suka makan pedas.. tp kalo jajan mcm ni cari yang pedas. rasa2 ayam ke apa ke kureng hehe.. yang pedas baru sedap. bgus x pedas sngt.. sesuai untuk tekak macam saiyaaa ini..

    ReplyDelete
  12. shida dah lama xmkn jajan mcm ni..selalu gi bercuti baru fefelling nk mkn hahahaa

    ReplyDelete
  13. Kak pun ada rasa sama macam Fiza, ada perbezaan sikit dalam packaging bentuk botol dan plastic.
    Kalau kat rumah Kak, suami Kak yang suka beli keropok2 ni.

    ReplyDelete
  14. bila fiza amek gambar, macam terlebih sedap pulak mister potato ni..hahahahha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.