Hadiah Geng Kuat Komen Blog DuniaShida.Com

Selamat pagi. Lewat bersiaran hari ni sebab kemengantukan sikit lalu idea pun susah nak generate pagi pagi ni. Mood tak sihat betul pagi Isnin ni. Tak cukup tidur lagi. Haihh...Apelah yang banyak sangat nak fikir dalam kepala ni entah.

Wake up! Wake up! Banyak kerja perlu diselesaikan sebelum balik kampung beberapa hari uruskan apa yang patut. Bila kerja sendiri dah selesai. Baru rasa senang hati sikit nak balik. Kalau tak, ada je yang teringat-ingat nanti. Mengganggu betul!

Okay, berbalik kepada tajuk. Last week (tak ingat hari apa) dapat kiriman sampul surat berwarna putih. Sedikit tebal macam ada 'benda' dalam tu. Buka buka ada pendrive dan juga sekeping note. Dari blogger Shida rupanya.

Kira hadiah misteri juga ni sebab tak tahu hadiah apa yang Shida kirimkan. Alhamdulillah..syukur dapat rezeki hadiah pendrive 512GB jenama HUAWEI yang comel ni. Sekali lagi tersenarai dalam geng kuat komen blog duniashida.com.

Pendrive HUAWEI 512GB (72mmx20mm)

  • USB 2.0 : Support USB version 2.0 and high-speed transmission
  • Micro interface : Its durable USB port let users securely carry this drive everywhere they go with their new devices.
  • Rotate : 360 degree rotation. Shell is made of aluminium alloy not only light. Surface is also special polished.

Seiring dengan teknologi zaman sekarang, pendrive ni boleh digunakan untuk Phone, Tablet, PC, TV, Telematics dan Sound. 

HUAWEI 512GB PenDrive

Terima kasih banyak-banyak Shida untuk kiriman hadiah pendrive ni. Semoga dimurahkan rezeki yang berpanjangan dan penuh keberkatan. Aaminnn

Blog Dunia Sebenar Shida

43 comments:

  1. Tambah koleksi pendrive... alhamdulillah... tahniah fiza

    ReplyDelete
  2. Waaa bestnyaa, cute laaa siap ada tali pemegang, senang nak sangkut bawa pi travel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki :)
      kannn..senang ada tali senang nak sangkut. tak hilang

      Delete
  3. Tahniah fiza.. cantik warna pendrive tu 😍

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah rezeki..semoga terus semangat berblogging

    ReplyDelete
  5. tahniah.....512G banyak juga boleh isi tu....

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, dan tahniah pada Fiza! Pendrive memang banyak kegunaannya. Save lagu dalam tu, bila on the way balik kampung dan radio frequency dah hilang, boleh cucuk saja pendrive. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Betul kak Nur, banyak boleh disumbatkan dalam ni :)

      Delete
  7. Mesti tidak sabar hendak balik kampung.
    Nampaknya saya tidak sabar hendak tunggu bungkusan Shida. Adakah sama? Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, dalam mood packing barang nak balik kampung. Mesti akak pun tak sabar menunggu bungkusan tu..kita nantikan :)

      Delete
  8. Bestnyaaaa... rezeki betul.. moga dilimpahkan lagi rezeki si pemberi

    ReplyDelete
  9. Tahniah Fiza.
    Bila nak balik tu? Hati-hati di jalan raya ya.

    ReplyDelete
  10. Murah rezeki Fiza. Tahniah. Moga dapat mudah tidur nyenyak malam ni ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Mudah mudahan sentiasa tidur nyenyak. Aaminn

      Delete
  11. Alhamdulillah fiza :)
    Selamat juga sampai ke tgan penerima :)
    moga dapat manfaat sebaiknya dgn tuan baru :)

    Terima kasih juga fiza sudi jd sahabat blogger sejak 2009 smpai la skg ni..moga jadi kenang kenangan utk fiza <3

    ReplyDelete
  12. Wah!! tahniah ! bestkan dpt hadiah rasa mcm comment2 kita dihargai :)

    ReplyDelete
  13. adoiii gambar pendrive pun canti..macam mana ni...hahahhaha

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah.. murah rezeki fiza dan shida selalu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.