Coolblog Tanpa Pearl

Siapa masih suka minum minuman coolblog? Manalah tahu kot ada yang dah berubah arah dengan lambakan minuman yang trending lagi viral. Coolblog, minuman ice blended dan bubble tea yang terawal bertapak di Malaysia ni.

Dulu berkerumun orang datang membeli di coolblog. Masa tu tak banyak pilihan lain. Sekarang macam dah berkurang sebab dah banyak persaingan minuman ice blended dan bubble tea. Banyak pilihan membuatkan tak tahu nak memilih mana satu. 
  • sedap
  • murah
  • jenama

Ada orang suka pilih rasa sedap tak kisah harga dan jemana. Ada orang suka pilih yang murah. Ada orang suka pilih ikut jenama. Kau orang kategori mana satu?

Walaupun dah banyak sangat pilihan minuman bubble tea. Ada yang belum pernah cuba pun. Tapi masih lagi suka dengan minuman coolblog. 

Jujur cakap, kalau suruh order memang pening. Mostly, husband yang belikan. Janji rasa sedap, for me okay dah.

Lately suka coolblog menu tiger tu. Tiger King Of Fire. Ada 3 jenis iaitu :
  • Fire black tiger
  • Fire oreo tiger
  • Fire baby tiger
Fiza beli fire oreo tiger. Harga RM8.90

Satu lagi beli Strawberry oreo dalam range Cheesy Pinky Berry. Harga RM8.80. Murah RM1 daripada range Tiger king of fire. Cheesy pinky berry ada 3 jenis juga iaitu : 
  • Strawberry milk
  • Strawberry cheese
  • Strawberry oreo

Pening tau kalau nak order minuman yang banyak sangat jenis ni. Boleh rujuk Coolblog menu Malaysia 2020

Coolblog-Fire Oreo Tiger-Strawberry Oreo

Walaupun coolblog terkenal dengan bubble tea tapi setiap kali order mesti taknak letak pearl. Sejenis tak suka dengan pearl. Plus, nak pearl kena tambah duit kan. Untung juga tak suka pearl tu kan.

Coolblog-Fire Oreo Tiger-Strawberry Oreo

Well, masih suka juga dengan packaging cup yang masih lagi comel. Yeah, stay in love with coolblog.

Coolblog-Fire Oreo Tiger-Strawberry Oreo

Kedua dua rasa fire oreo tiger dan strawberry oreo ni sedap. Fire oreo tiger ni agak manis mungkin sebab dah lama tak minum benda manis. So, dia rasa manis sikit. Tapi mungkin bagi orang lain manis biasa je.

Strawberry oreo tu sedap. Kurang manis. Rasa masam manis macam makan aiskrim wall's strawberry cheesecake tu. Nice lah rasa dia. Suka sangat! Bolehlah recommend menu coolblog paling sedap.

Coolblog tanpa pearl memang sedap. Tak mengganggu nak minum. 

16 comments:

  1. Sekali sahaja minum yang ada mutiara. Lepas itu takde teringin. Asal lepas tahu rasa macam mana.

    ReplyDelete
  2. Betul, kita akan minum tanpa gangguan minuman yang tanpa pearl. Ada pearl nak menyedutnya satu hal. Eza lebih gemar minuman yang tiada pearl. :)

    ReplyDelete
  3. rasanya d sini takda brand tu.. yg ada cuma cool city n golden fish sebelum kemunculan brand2 baru skrg ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke Litah? Lebih kurang je kot rasanya tu. Banyak sangat brand untuk dicuba kan.

      Delete
  4. oh no... i am a big fan of pearl.. klu tadak pearl utk this type of drinks kan .. spoiled jer rasa

    ReplyDelete
  5. sedap. suka beli coolblog tanpa pearl.

    ReplyDelete
  6. Cool blog tetap di hati, suka sangat honeydew

    ReplyDelete
  7. ammi tak suka mana-mana sbb ntahlah... penah beli pastu mcm takde perasaan je minum.

    anak-anak pun haritu ammi belikan tealive sbb dorang tolong buat house chores..sekali 2 hari air tu dlm icebox dorang minum sikit2 je.

    ReplyDelete
  8. Tak pernah beli mungkin faktor usia dah kurang benda manis.
    Anak-anak pun dapat rasa bila makcik dia belanja.

    ReplyDelete
  9. Cam dah lama tak minum cool blog.. last minum masa start Covid bulan 3 harituu...Teringin pulak bila tengok ni...and sy pun kutang jugak dengan pearl..malas nak ngunyahhhh..hahahahaha...tapi in case dia terletak, i amek aje la..lol

    ReplyDelete
  10. eh cantik pulak cawan dia yang ni..coolblog ni bagusnya sentiasa update menu dan penampilan air diorang, ikut trending semasa..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.