7 Kelebihan Bunga Kenanga

Thursday, June 04, 2020

Bunga Kenanga atau nama glamour dia ylang ylang. Sedap nama ylang ylang. Macamana nak sebut entah? Bunga kenanga in english pula namanya Cananga.  Lama betul Fiza mencari pokok bunga kenanga ni. Sebenarnya teringat pokok kenanga dekat rumah makngah kat kampung. Asal balik beraya kat rumah makngah mesti terpetik bunga kenanga dia. Shhh..harap-harap makngah tak tahu lah. 

Pokok bunga dia betul-betul tepi tangga nak keluar rumah. Memang ringanlah tangan nak memetik bunga kenanga tu. Alah, petik satu je! Lagipun mesti tak kisah punya sebab bunga kenanga berbunga banyak. Cerita dia macam ni, sebenarnya saja nak bau tapi terrrrpetik pulak. Itupun kalau ada bungalah. Tapi bila dah dewasa dah tak ada dah petik. Bau je! 

Si Kenanga Yang Sentiasa Berbunga dan Berbau Wangi!

Dari pemerhatian Fiza setiap kali datang rumah makngah, pokok kenanga dia tak pernah tak ada bunga. Sentiasa berbunga je. Nak kata di baja, rasa macam sekadar siram je. Lepas Fiza baca artikel penjagaan pokok bunga kenanga ni, rupanya pokok kenanga ni tak susah pun nak jaga dia.

Senang hidup dan senang jaga lah kiranya. Yang part susah tu, susah nak move on dengan bau wangi bunga kenanga ni. Rasa terbau-bau je bau bunga kenanga yang wangi tu. Lagi-lagi yang warna kuning tu. Tak sabar nak tunggu warna hijau jadi warna kuning. 


Itu yang beria benar nak tanam pokok bunga kenanga ni. Punyalah mencari kat mana nak cari benih bunga kenanga. Lepas dah give up nak mencari, kita beli je lah senang. Macam biasa pergi ke Seremban Lanscape & Nursery tempat favourite Fiza.

Bila PKPB ni dapatlah keluar kejap beli barang dapur dan singgah nursery kejap. Alang-alang dapat keluar tu kan.

Ramai betul orang pergi Nursery. Ingatkan tak ada orang. Masing-masing gian nak membeli pokok deko-deko rumah. Sama macam Fiza! Apapun ikut SOP lah ye. Dah dapat pokok bunga kenanga, happy lah of course! Si bunga kenanga yang di cari-cari dah dapat.

Bunga kenanga ni bukan hanya cantik dan bau dia wangi. Banyak manfaat pokok kenanga ni. Nah, Fiza kongsikan 7 kelebihan bunga kenanga yang mungkin kau orang tak tahu.

7 Kelebihan Bunga Kenanga

1. Aromaterapi

Minyak bunga kenanga (minyak esen) yang terkandung dalam bunga kenanga ni boleh dijadikan sebagai minyak wangi aroma terapi yang berfungsi sebagai bau yang menyenangkan, membantu mengurangkan perasaan gelisah, panik dan juga marah. Siapa nak beli essential oil ylang ylang, boleh contact Fiza. Fiza salah seorang Young Living Distributor.

2. Hilangkan Bau Badan

Cara untuk hilangkan bau badan dengan bunga kenanga ni mudah je. Ambil bunga kenanga dan ramas-ramas dalam air. Gunakan air tu untuk bilasan terakhir mandi. Ulang rutin yang sama untuk hilangkan bau badan dan badan kekal bau wangi. Tapi, jenuh jugalah kan nak mencari bunga kenanga melainkan kalau ada pokok sendiri kat rumah dan berbunga lebat. Nak petik pun rasa sayang haihh.

3. Memulihkan Masalah Kulit Kering

Tahu tak kau orang yang ekstrak bunga kenanga dijadikan sebagai bahan utama dalam pembuatan sabun untuk mengatasi masalah kulit kering dengan cara mengawal kulit berminyak. Kalau kau orang jenis kulit kering, nak cari produk atau nak buat sabun homemade boleh guna ektrak bunga kenanga ni.

4. Kecantikan Rambut

Jika digabungkan ekstrak bunga kenanga dengan minyak kelapa dapat membuatkan rambut bertambah cantik. Rambut kurang gugur, kurang kusut dan kurang kelemumur. Rambut pun berbau wangi. Ada yang kata gabungan ni boleh dijadikan petua untuk membunuh kutu kepala. Itu tak pastilah sebab tak pernah alaminya.

5. Sikap Positif

Point ni lebih kurang sama dengan point nombor 1 tadi. Bila kita hidu aroma yang wangi macam bau bunga kenanga ni dapat membantu kita lebih tenang. Bila tenang, kita akan jadi lebih positif. Secara tak lansung dapat mengurangkan keletihan. Tak gitu?

6. Bunga Rampai

Masih ada tak tradisi buat bunga rampai bila musim kahwin? Kalau masih ada, cuba letakkan sekali bunga kenanga sebagai pewangi semulajadi. Tak pernah dah nak spray spray perfume lagi. Tambah pulak dengan aroma daun pandan. Memang bertambah wangi lah bau bunga rampai tu.

7. Merawat Kudis

Untuk rawatan alternatif merawat kudis, boleh tumbuk bunga kenanga dan tambah minyak kelapa. Panaskan sebentar dan biarkan sejuk. Kemudian boleh disapu pada kudis sebagai ubat atau rawatan semulajadi. 

Macam banyak juga ye kelebihan bunga kenanga ni. Fiza kongsikan dari apa yang dibaca dan mana yang Fiza rasa menarik untuk dikongsikan. Bila tahu banyak kelebihan dan kegunaan pokok kenanga ni, rasa macam why not tanam bukan sekadar untuk perhiasan je.

Kalau bunga banyak tu boleh buat aromaterapi semulajadi untuk rumah kita. Siapa yang tak suka bau wangi kan.

Kalau ada laman rumah luas macam kat kampung, macam-macam Fiza tanam dah. Dah boleh buat kebun bunga kenanga. Duduk taman bandar, semua kena tanam dalam pasu. Tanah pun kena beli juga.

Aduhaiii. Kalau balik kampung ni bermacam-macam pokok dapat bawa balik sekali pakej pasu dan tanah mak bagi. Lepas PKP ni nak angkut bunga mana pulak entahlah. Tak sabar nak balik kampung!




14 comments

  1. Bunga kenanga memang wangi, masa kecik dulu selalu juga lah jumpa kat rumah jiran di kampung. Dah baca posting Fiza ni... tertarik pulak nak cari kat nursery.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kampung memang ada yang tanam. Tapi tu lah kan, rumah orang nak mintak pun segan. sila kak, jom menanam.

      Delete
  2. aku suke bunga kenangan sbb bau dia... cuma kadang seram jugak bau di di waktu malam2 tu heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. bau dia wangi betul. letak luar jauh sikit baru tak seram bila bau. hihi

      Delete
  3. teringat pantun..
    Bunga kenanga diatas kubur
    Pucuk sari pandan jawa
    Apa guna sombong dan takabur
    Rosak hati badan binasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hebat wak berpantun. Tak pernah pulak pantun tu :)

      Delete
  4. Dulu-dulu, mak kita suka bubuh bunga kenangan dalam minyak, untuk dibuat minyak rambut! Kuat baunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. campur dengan minyak apa tu kak? Bau dia bertambah wangi bila ramas-ramas tu pati dia keluar.

      Delete
  5. banyak rupanya kelebihan bunga kenanga nih
    alhamdulillah perkongsian yang bagus :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, ada banyak lagi tapi cukuplah sekadar yang general je.
      Terima kasih :)

      Delete
  6. Banyak kelebihan.. bagus ditanam ini.. nak beli jugalah.. hehehe.. bau dia memang menenangkan..

    ReplyDelete
  7. kalo tak silap, bunga ni la yang husband letak dalam poket dia masa balik kampung dulu...kampung husband kat kubang lerek tu namanya Kg Kenanga...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh ada juga ye nama kg kenanga..banyak pokok kenanga lah ni kan. siap letak dalam poket lagi tu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.