Soda Juara Awesome Raja Lawak (ARL) 2022 Musim Pertama Dan Senarai Pemenang

Gelanggang Awesome Raja Lawak 2022 Akhir yang berlansung di De Showroom Studio malam tadi,9 November 2022 telah pun melabuhkan tirainya. Pemenang - pemenangnya telah pun diumumkan. 

Awesome Raja Lawak 2022 akhir bertemakan Bebas dan Muzikal. Juri Awesome Raja Lawak diadili oleh tiga juri profesional iaitu pelawak otai, Saiful Apek, pelakon, Khir Rahman dan penyanyi, Ayda Jebat. Pengacara Awesome Raja Lawak digalas oleh Chiwan dan Nizam Jentik Jentik.

awesome raja lawak 2022

Juara Awesome Raja Lawak 2022

Tahniah! Kumpulan Soda dinobatkan sebagai Juara Awesome Raja Lawak (ARL) musim pertama. Soda yang dianggotai oleh Danny (Danieal Aidid) dan Sofwan memenangi wang tunai RM50,000 serta trofi.

Naib Juara Awesome Raja Lawak 2022

Naib juara jatuh kepada kumpulan Se'eh yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM25,000 serta trofi. 

Tempat ketiga Juara Awesome Raja Lawak 2022

Di tempat ketiga pula dimenangi kumpulan Mabo yang menerima RM15,000 serta trofi.

Tempat keempat, kelima dan keenam

Tempat keempat diraih oleh peserta solo lelaki, Azhar. Manakala tempat kelima, kumpulan Sedare dan tempat keenam, kumpulan Manja. Masing-masing menerima hadiah berupa trofi.

Di pentas akhir Awesome Raja Lawak 2022, Kumpulan Mabo menjadi peserta bertuah kerana selepas tersingkir mereka diserap masuk semula secara 'wild card' sekali gus dapat berentap di gelanggang akhir Awesome Raja Lawak bersama lima peserta Awesome Raja Lawak yang layak lain iaitu kumpulan Se'eh, Sedare, Soda, Manja dan Azhar.

Hadiah disampaikan oleh Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli. Juga turut hadir menyaksikan persembahan peserta akhir ARL ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Profesor Dr Md Nasir Ibrahim dan isteri.

Persembahan akhir Awesome Raja Lawak turut dimeriahkan dengan kehadiran alumni Raja Lawak seperti Tauke Jambu, Atu Zero, Ajak Shiro, Issey dan Ammar Titan.

sumber :  hmetro

6 comments:

  1. Tahniah dan moga terus maju jaya buat Soda

    ReplyDelete
  2. sy tak tgk rancangan ni tp knape hadiah kemenangan x byk? bkn dulu dpt rm100 000 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin Anies maksud Maharaja Lawak kot? Yang ni Awesome Raja Lawak musim 1. Baru musim 1 tahun ni, bukan Astro tapi Awesome TV.

      Delete
  3. eh eh baru tgk separuh dh tamat rupanya. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah tamat sudah. Bolehlah maraton tengok sampai finale :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.