Drama Sepi Tanpa Cinta (Astro Ria)

Tonton Drama Sepi Tanpa Cinta mula bersiaran pada 21 November 2022 setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 11:00 malam di slot MegaDrama Astro Ria, strim di Astro Go dan platform/aplikasi Sooka. 

Drama Sepi Tanpa Cinta, sebuah drama adaptasi novel karya Damya Hanna menampilkan gandingan pelakon Nazim Othman dan Yuna Rahim. Drama Sepi Tanpa Cinta bakal bersiaran di slot MegaDrama Astro Ria.

sepi tanpa cinta

DRAMA SEPI TANPA CINTA

Jumlah episod : 20
Mula Tayangan : 21 November 2022
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, pukul 11:00 malam
Siaran TV : Slot MegaDrama  Astro Ria, Astro GO, Sooka
Novelis : Damya Hanna
Pengarah : Rashid Sibir

PELAKON DAN WATAK

  • Nazim Othman sebagai Fakrul
  • Yuna Rahim sebagai Haziqah (Ziqa)
  • Zul Helmy sebagai Yusri
  • Fauziah Nawi sebagai Aminah
  • Najihah Sham sebagai Sue
  • Asyiqin Zaed sebagai Radiah
  • Maria Farida sebagai Sakinah
  • Fateh sebagai Hafiz
  • Norlia Ghani sebagai Mak Bedah
  • Sheila Mambo sebagai Haryati
  • Fikri Bazli sebagai Amirul
  • Rosnah Mat Aris sebagai Senah
  • Maisarah Sufia sebagai Zura
  • Adam Shadan sebagai Idzham
  • Haeriyanto Hassan sebagai Leman
  • Amy sebagai Faremy
  • Kismah Johar sebagai Mak Doha
  • Zaidi Omara sebagai Fuad

SINOPSIS DRAMA SEPI TANPA CINTA

Haziqah (Yuna Rahim) memasang impian untuk hidup bahagia disamping Yusri (Zul Helmy). Namun, dia tidak menduga di saat hari yang dinantikan itu bakal menjelma, timbul fitnah yang mempersoalkan kesucian dirinya. 

Lantaran itu, pelamin angannya musnah menyebabkan harapannya hancur berkecai umpama terhempas. Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu diteruskan. Apa yang penting, fitnah dapat dihentikan. Biarpun Fakrul (Nazim Othman) tidak pernah dicintai, dia rela menerima lelaki itu sebagai suami asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. 

Malangnya, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan derita yang sedia tergalas di bahunya. Dia dikeji dan digantung tidak bertali! Bagi Fakrul, hatinya telah tertutup untuk mencintai setelah Azura, gadis pertama yang disayanginya bertindak curang. 

Dia benci kepada perempuan yang tidak setia. Maka, apabila dipaksa menerima Haziqah sebagai isteri, kebenciannya seakan-akan menggunung. 

Tidak langsung Fakrul menyangka, pertemuan kedua antara dirinya dan Haziqah membuatkan dia tiba-tiba merasakan bahawa Haziqah telah ditakdirkan untuknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz, sepupunya.

Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali. Terasa kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali dia dilukai.

OST DRAMA SEPI TANPA CINTA

Lagu : Sepi
Penyanyi : Aina

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.