Filem Belaban Hidup: Infeksi Zombie (Astro Citra)

Tonton Filem Belaban Hidup: Infeksi Zombie ("Perjuangan Hidup: Jangkitan Zombi" atau "Zombie Infection: Fight For Life") bersiaran pada hari Sabtu, 19 November 2022 pukul 9:00 malam di saluran 108 Astro Citra.

Belaban Hidup: Infeksi Zombie sebuah filem indie seram yang menampilkan pelakon pelakon hebat beberapa buah negara termasuklah Malaysia dan Indonesia.

Filem Belaban Hidup: Infeksi Zombie berjaya dicalonkan dan merangkul 20 anugerah filem terbaik kategeri filem paling , filem seram terbaik, pemilihan rasmi di pesta filem di seluruh dunia seperti di Singapura, Jepun, Mexico, India, Rusia, Amerika Syarikat, Australia, Sepanyol, Filipina dan Sabah.

Filem Belaban Hidup: Infeksi Zombie (Astro Citra)

FILEM BELAPAN HIDUP: INFEKSI ZOMBIE

Waktu siaran : Sabtu, 19 November 2022, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra (CH108)
Pengarah : Ray Lee
Penulis skrip dan Idea Asal : Ray Lee & Misha Minut
Produksi : Hornbill Films Harry Aziz Entertainment
Genre : Seram

PELAKON DAN WATAK

  • Puteri Adrianna sebagai Sona
  • Altimet sebagai Sukma
  • Pablo Amirul sebagai Gadang
  • Faha Azhar sebagai Farish
  • Reyza Fenge sebagai Rey
  • Katrina Grey sebagai Christina
  • Cast Kazama sebagai Ichai
  • Ray Lee Voon Leong sebagai Kunyo
  • Ichak Mandie sebagai Lenggit
  • Leighton Manjah sebagai Apai Ujang
  • Anna Melissa sebagai Jawai
  • Nelissa Nizam sebagai Ayu
  • Hakim Nordin sebagai Hakim
  • Priscillia Olivia sebagai Zombie
  • Sharlene Ormilla sebagai Mayang
  • Cassidy Panggau sebagai Sidi
  • Misha Minut Panggau sebagai Ibu Rey
  • Tegar Septian sebagai Jokowi
  • Weeam Shawaheen sebagai Dr. George
  • Noel Tony sebagai Engkule
  • Pekin Ibrahim sebagai SWAT
  • Yuyue Madius sebagai Kina
  • Zeina Debo sebagai Isteri Dr.George

SINOPSIS BELAPAN HIDUP: INFEKSI ZOMBIE

Kisah tentang eksperimen biologi secara haram oleh sekumpulan penganas orang asing telah mengakibatkan malapetaka besar apabila bumi Borneo berada dalam keadaan kronik selepas penduduk di situ diancam virus ala fenomena zombi.

Keadaan menjadi epidemik selepas wabak ini merebak dengan pantas dan gagal dikawal. Pencetus eksperimen itu, Dr George (Orang Russia) dan kumpulannya memindahkan operasi mereka dari Pulau Comoros ke Pulau Borneo.

Sekumpulan anak yatim dan orang asli telah diperdaya oleh Dr.George dan dijadikan bahan ujikaji mereka. Namun, selepas mengetahui bahawa ada kemungkinan mereka akan dibunuh, mereka cuba melarikan diri ke dalam hutan untuk mendapatkan pelindungan daripada puak-puak Iban yang menetap di pendalaman.

Malangnya, kedatangan mereka itu mengundang syak wasangka apabila penduduk Iban di dalam hutan itu turut menjadi mangsa serangan mayat hidup itu.

2 comments:

  1. makna belaban hidup lebih accurate is berlawan untuk hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh begitu maksud yang lebih tepat. Terima kasih untuk penerangannya.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.