Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, Jom Mengundi!

Bila tarikh PRN Johor 2022 sudah pun terjawab. Keputusan PRN Johor 2022 je belum terjawab lagi. Sebab belum mengundi lagi kan. Tarikh PRN Johor 2022 pada 12 Mac 2022 nanti. Boleh mengundi dari pukul 8:00 pagi sampai 6:00 petang.

PRN JOHOR 2022
sumber : Utusan


Mula mula macam berkira jugak nak balik ke tidak. Ikutkan malas. Bukan apa, risau dengan kes yang semakin meningkat, lepas tu risau jugak kalau kita ni jadi pembawa. 

Memikirkan lama tak balik kampung. Abah pulak call tanya balik mengundi ke tidak. Kita ni tak boleh nak kata tidak kalau mak abah bertanya. Okay, baliklah mengundi kejap. 1 undi tu berharga bukan. Jalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Hak memilih katanya.

Semak siap siap daftar pemilih. Walaupun bukan pertama kali mengundi. Kena semak juga. Kot lah tiba tiba tak ada dalam sistem. 

Semak daftar pemilih : https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih

Masukkan nombor kad pengenalan dan juga captcha, tekan semak.

prn johor 2022 semakan

Lepas tu akan keluarlah segala maklumat kita. Tempat mengundi, waktu dan lain-lain. Mengundi tak jauh mana, sekolah depan rumah je. Jalan kaki beberapa langkah je dah sampai. Senang kerja. 

prn johor 2022 semakan

Tak tahu nak undi siapa, semak siap siap siapa calonnya eh. Kaji dulu, baru mengundi.

Semak calon PRN Johor 2022 : https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/calon

Undi parti apa? Undi biarlah rahsia. Tapi baru-baru ni ada pihak tertentu call, tanya kita undi parti mana. Undi parti mana bagitahu je katanya. Apooo...

Saya pun jawablah "undi rahsia, mana boleh bagitahu". Terus dia kata, takpe lah kak. 

Motip???


24 comments:

  1. Selamat mengundi Fiza...yeayy...boleh balik kampung....

    ReplyDelete
  2. selamat balik mengundi..hati2 di jalanraya & di tempat mengundi..

    ReplyDelete
  3. mama sepatutnya ngundi gak tapi tak balik kampung pun fiza. tahniah berjaya mengundi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? ada hal lain takpelah mamapp.
      Belum mengundi lagi, tunggu masanya nanti :)

      Delete
  4. Selamat mengundi Fizah.
    Kiranya 2 in 1 lah ni. Sambil menyelam minum air, sambil mengundi sempat ziarah keluarga.

    ReplyDelete
  5. Saya tunggu kilang bagitau cmne ni.. sebab hari Sabtu, productioj jalan.. tak semua orang Johor kat tempat kerja ni.. huhu... Nak tak nak.. majikan kena arrange jugak untuk kami rakyat Johor p mengundii.. Gituh.. Selamat mengundi.. Jangan lupa istikharah 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ada kelonggaran tu nanti untuk bangsa Johor mengundi. Selamat mengundi juga :)

      Delete
  6. Undi kan rahsia.. dah kenapa sebok nak tahu pula.. ish ish..
    Selamat mengundi buat semua yang wajib mengundi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Undi rahsia kalau bagitahu tak rahsia dahlah kan.

      Delete
  7. selamat mengundi Fizah. last week pergi JB nampak meriah perang bendera

    ReplyDelete
  8. salah satu keinginan orang lain ialah nak tahu siapa yang kita undi...

    mungkin kesan daripada tagline undi adalah rahsia

    lain kali ...tukar tagline...undi bukan rahsia hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! Better tukar tagline je kan kalau dah macam tu gayanya

      Delete
  9. Selamat mengundi Fiza.
    Ingatkan tempat mengundi Fiza di Negeri Sembilan.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.