Tutorial Disable Highlight Text. Perlu Atau Tidak Letak Disable Rightclik Dan Highlight Text?

Perasan tak ada sesetengah blog tak boleh right click. Lepas tu keluar lah pesanan ringkas, haippp nak tiru ke tu? Contoh lebih kurang begitu. 

Trend blogger letak disable right click tak nak bagi copy paste entry kononnya. Tapi tahu tak sebenarnya disable right click tak menjaminkan entry tidak boleh di copy. 

Tutorial Disable Highlight Text

Tetap boleh copy dengan cara highlight text kemudian tekan ctrl + c. Jadi macamana cara yang terbaik untuk mengelakkan entry di copy? Silalah disable highlight.

Tutorial disable highlight blogspot

Login blogger dashboard

Pergi ke Layout 
>> Add a Gadget
>> pilih HTML/Javascript

(klik sini untuk copy ko di bawah) dan paste dalam kotak gadget html tadi. 
<script type="text/javascript">
//form tags to omit in NS6+:
var omitformtags=["input", "textarea", "select"]
omitformtags=omitformtags.join("|")
function disableselect(e){
if (omitformtags.indexOf(e.target.tagName.toLowerCase())==-1)
return false
}
function reEnable(){
return true
}
if (typeof document.onselectstart!="undefined")
document.onselectstart=new Function ("return false")
else{
document.onmousedown=disableselect
document.onmouseup=reEnable
}
</script>
Dan save. Gadget tu ikut suka nak letak mana. Janji code tu terletak elok dalam blog. Okay bila dah save, boleh try samada boleh highlight text dalam entry atau tidak. Jika bertanya, tahniah!

Perlu atau tidak letak disable right click dan highlight text?

Jika blog ada tutorial, selalu buat giveaway, segmen yang memerlukan copy paste code rasanya tak perlulah letak disable right click mahupun disable highlight text. Ia akan menyusahkan blogger lain untuk join segmen tu. 

Elok elok semangat nak join, tiba tiba susah nak copy jadi malas pula. Begitu juga dengan tutorial, jika berkongsi tutorial ke apa, berbalik pada niat. Niat nak share tutorial kan, jadi permudahkan mereka yang nak mencuba tutorial blog dengan boleh copy. Bukan tak bagi copy. 

Dulu pernah juga bercita-cita nak letak. Nak kunci ketat-ketat tak nak bagi orang lain copy. Tapi memikirkan ada tutorial ada segmen tak jadi nak buat. 

Perlu jika...

Kalau seorang penulis novel online, pemilik sebenar resipi, tutorial dan penulisan asli dari diri sendiri. Nak menjaga hak penulisan, letaklah jika dirasakan perlu.

Tanya diri sendiri. Bila dah menulis berkongsi, bermakna kita sedia maklum yang apa yang kita tulis tu kita tak boleh kawal kemana perginya selepas di publish.

Begitu juga dengan gambar, once dah upload tak dapat nak undur dan kawal. Apapun ikutlah apa yang terbaik untuk blog masing-masing.
Blog bukanlah hak milik kekal -tigalalat
Selain disable highlight dan disable right click, satu lagi boleh disable page source. Tapi kalau disable page source tak mesra javascript. Nanti javascript tak function. Itu apa yang saya pernah baca lah.

Harap blog saya mesra pembaca dan mesra pengguna.


7 comments:

  1. i buat these too sbb pernah gambar kena curi and so on .. next nanti klu i buat GA hopefully org ada idea untuk screenshot photo utk repost instead of copy

    ReplyDelete
  2. sekarang ni tengah letak disable highlight text tu..tapi tu lah, pernah gak fikir nanti pembaca yang nak copy resepi atau maklumat tertentu yang penting, susah nak copy..tapi kalau bukak kat iphone, still boleh highlight tau..tak guna juga..hahahahah

    kadang2 diri sendiri pun jadi susah nak copy...kahhhhh...nak remove la lepas ni..

    ReplyDelete
  3. Tapi kan fiza, tak semua browser berfungsi. Ada jugak sesetengah browser even dah letak html tak boleh copy, tapi still boleh copy.

    Haha... Akak tak letak pun. Nanti byk sangat javascript boleh lambatkan loading blog.

    ReplyDelete
  4. xde apa yg org nk plagiat kt blog kakmim... mcm online diary je.. hehehehe... blog picisan

    ReplyDelete
  5. Blog Fizah mesra pengguna. Akak tak letak pun disable right click di blog.

    ReplyDelete
  6. tk letak tp gmbr pernh kena curi juga..org guna utk marketing

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.