Hidangan Hari Sabtu, Rendang Ayam Dan Mee Kari

Saturday, November 21, 2020

Sambil melayan qualifying Moto GP, sambil tu menaip untuk entri santai santai di malam minggu ni. Tak sempat nak update awal, harini serba sibuk sebab terajin punya pasal kan. Tengahari dah sibuk kat dapur masak rendang ayam. 

Inilah rupa rendang ayam, kuah pekat dan likat. Berbaloi menunggu lama sikit. Tunggu ayam kecut sikit, baru letak air dan santan. Air pun tak letak banyak sangat. Guna sekotak santan rasaku pun dah cukup dah. 


Rendang Ayam

Sambil masak rendang, masak sekali mee kari untuk hidangan petang dan malam kononnya. Tapi disebabkan kenyang makan rendang ayam tu, petang masih kenyang. Makanya, mee kari buat untuk makan malam je. Alhamdulillah...

Mee Kari


Rencah terlampau banyak sangat kat atas, mee pun tersorok kat bawah tu. Kerang besar yang beli tadi pun fresh semuanya. Tak ada satu pun yang tak elok. Tapi nak mengunyah dia tu ambil masa jugalah. Kenyal betul!

Esok akan jadi hari yang malas. Kedua dua hidangan ni kita repeat untuk esok dan perlu dihabiskan esok juga. Simpan lama-lama nanti rasa dia akan berubah. Lagipun memang buat stok untuk 2 hari je. Jadi, esok boleh lah buat kerja mengemas rumah apa yang patut.

Sesekali je lah kita buat hidangan special sikit dari biasa bila datang mood rajin. 

19 comments

  1. Replies
    1. boleh cuba masak zumal. takpun, order je by foodpanda or grabfood :)

      Delete
  2. Lama dah kak tak buat mee kari, teringin pula bila tengok kelazatan mee kari Fiza yang buat mengidam.
    Memang kalau saiz besar isinya tu kenyal, tu yang suka saiz sedang sedang aja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila mengidam kita layankan je tekak ni kak, gigih memasak. Samalah suka yang sedag sedang je tapi dah tu je yang kerangnya, husband beli jugalah.

      Delete
  3. Nampak sedap dan menyelerakan.
    Selamat menjamu selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap dan berselera makan wak. Terima kasih :)

      Delete
  4. Dua dua nampak sedap! Kerang besar macam best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua dua kalau favourite memang sedap Cik TK :)
      ya, rezeki dapat kerang besar gitu

      Delete
  5. Lama dah akak tak buat rendang. Tetiba terasa teringin pulak nak buat. Sedap tu makan dengan kelupis atau lemang. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali teringin kak, gigih lah memasaknya. Memang sedap tu kalau ada lemang. Kelupis tu apa ye?

      Delete
  6. Wah sekali buat 2 hidangan berat tapi oklah hari ini gantung kuali dan periuk. Hari ini untuk mengemas dan bermalas-malasan pula. Selamat berhujung minggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang kak. hari ahad gantung kuali dah boleh buat kerja mengemas pulak. Happy weekend kak wina :)

      Delete
  7. Mee kari tu menggoda sangat bila ternampak sang kerang di belakangnya tu. Saya pun selalu tenggelamkan watak utama dalam hidangan, seronok sangat bubuh aksesori.... ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerang tu kalau tak ada kurang rasa sedap mee kari melainkan kalau tak makan kerang. hihi
      itulah kan kak, aksesori terlebih sudah :)

      Delete
  8. uish teringin pula mee kari dengam rendang , selalu makan rendang kalau ada perayaan je 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasni boleh cuba masak, anytime boleh makan kalau teringin :)

      Delete
  9. Perghhhh, mantop toppppp gituh! Sy pun x pernah makan mee kari with rendang.. hoho. mi kari tetap ngn kari.. lol. Hhahaha

    ReplyDelete
  10. rindu mee kari.
    haish bilalah nak buat ni...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.