Header Ads

Gulai Ayam Fresh From Kuali Mak

Sedang berfikir fikir nak masak apa untuk malam ni dan whatsapp husband nak makan apa malam ni. Husband bagitau mak (baca : mak mentua) ada bagi lauk ayam gulai. Macam biasa mak kalau masak gulai mesti banyak sebab uwan suka makan gulai ayam.

Kebetulan harini mak dan uwan puasa. Rezeki kami berdua jugalah dapat bekalan gulai ayam dari mak. Gulai ayam fresh from kuali mak dari kampung. Dah lama juga tak makan gulai ayam mak masak. Salah satu lauk favourite. Lain rasa dia kalau masak sendiri kan.

Gulai Ayam Fresh From Kuali Mak

Mangga tu tak tahu lah mangga apa. First time rasa mangga yang tak berapa manis. Tak tahulah mangga apa entah. Alhamdulillah rezeki untuk malam ni. Tak payah masak lauk. Tinggal masak nasi je lah jawabnya.

Jangan tanya kenapa gulai tak ada kuah. Mak masak kering sikit sebab tu tak berapa nak ada kuah dia. Dah dipanggil gulai ayam, kita pun sebut gulai ayam lah juga. Gulai ayam ni sedap kalau guna cili api kampung. Meletop rasa dia!


13 comments:

  1. Sedapnya... kalau air tangan mak mmg special kan? tak kisahlah mak masak apa... tp kalau mak masak lebih mmg niat dia nk bg kt anak² tu.. so yg penerima balik umh masak nasi je lah selalunya

    ReplyDelete
  2. ayam gulai ni jauh benar dari my imagination .. menarik

    ReplyDelete
  3. gulai ayam tu mesti pekat, selalu masak kalau tak banyaak kuah ni dia tahan lama.. dan masak lama sikit

    sedap nengok terus teringin lahai

    ReplyDelete
  4. Bestnya ada kiriman tapau ni. Makan dengan nasi panas bertambah-tambah.

    ReplyDelete
  5. Memang sedap air tangan orang tua. Selera tengok gulainya.

    ReplyDelete
  6. Hadoi.. Air tangan mak ini lain rasanya..
    Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  7. Rasa masam dan pedas. Teringin nak rasa.

    ReplyDelete
  8. Air tangan mak semestinya sedap, dimasak dengan rasa penuh kasih sayang seorang ibu untuk anaknya.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.