Header Ads

Tahap Pedas O-Meter Mengikut Negeri di Malaysia

Bagi seorang Fiza, kalau makanan tak pedas. Tak laju nak menghabiskan makanan. Rasa 'dull' sungguh makanan kalau tak pedas. Orang Johor kan! Dah terbiasa makan pedas dari kecil. Lepas tu kahwin dengan orang negeri sembilan yang memang kuat pedas. Double pedas gitu!

Tahap Pedas O-Meter Mengikut Negeri di Malaysia
kredit : google

Tahap pedas-o-meter mengikut negeri di Malaysia

  1. Negeri Sembilan
  2. Melaka
  3. Johor
  4. Perlis
  5. Penang
  6. Selangor
  7. Kedah
  8. Perak
  9. Sabah
  10. Sarawak
  11. Pahang
  12. Terengganu
  13. Kelantan

Betul ke tahap pedas kau orang mengikut kenegerian ni? Ini cerita dari zaman dulu lah kot kan. Generasi sekarang kebanyakkannya kurang makan pedas. Betul ke? Ada juga orang johor tak makan pedas. Begitu juga sebaliknya di negeri lain yang kurang pedas.

Ada yang kata makan pedas ni bagus untuk meningkatkan tahap metabolisma badan. Kandungan capsaicin dalam cili dikatakan mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas memakannya. Capsaicin juga merupakan kompoun bahan kimia yang terdapat dalam semua jenis cili memberikan rasa Pedas.

Mahu tak terbakar makan cili. Menjejes peluh keluar. Tak semua orang boleh tahan pedas. Jadi jika memudaratkan lebih baik lupakan saja makan pedas. Makan pedas kenalah ikut kesesuaian tahap pedas masing-masing.

Cili yang popular ditanam di Malaysia

  • Cili Besar (Capsicum annum)
  • Cili Bengala (C. annum)
  • Cili Padi (Capsicum frutescens)
Kepedasan cili di ukur dengan unit SHU (Scoville Heat Unit) untuk peringkat antarabangsa. Kaedah pengukuran kepedasan tahap cili ini di cipta oleh Wilbur L Scoville pada tahun 1912. Ianya melibatkan beberapa orang yang berani menjadi penilai ukuran kepedasan cili. 

Hasil dari kajian saintis di Chile mendapati :

  • Jenis cili atau capsaicin yang paling pedas di dunia adalah dari veriety Red Savina (Guiness World Record) dari negara Chile
  • Bagaimana pun kini telah pun terdapat jenis cili baru yang didakwa mempunyai 2 kali ganda kepedasan iaitu Naga Morich (Didakwa mempunyai capsaicin mencapai 970,000 SHU).
  • Red Savina Habanero mempunyai kepedasan pada 577,000 Scoville Heat Unit antara jenis cili yang terpedas didunia yang dikaji secara saintifik. 
  • Di India pula terdapat jenis Naga Jolokia atau Tezpur yang didakwa mempunyai tahap kepedasan sehingga hampir menyamai Red Savinaa. 
Bayangkan lah tahap kepedasan yang melebihi tahap kepedasan normal 16,000 SHU sahaja. Tak sanggup nak telan pedas tahap pedas terlampau tu. 

Tahap kepedasan capsaicin yang telah dibuat kajian saintifik:

  • C. chinensis - 970,000 SHU
  • C. frutecens - 150,000 SHU (Ini jenis cili padi)
  • C. annum - 100,000 SHU ( macam jenis Cili Kulai)
  • C. pubecens - 50,000 SHU
  • C. baccatum - 30,000 SHU
Suka makan pedas masakan tradisional. Tapi yang ramen pedas tu memang tak boleh tahan lansung tahap pedas dia. Berapi mulut!

kredit info : http://animhosnan.blogspot.com/2010/05/capsaicin-yang-pedas.html

10 comments:

  1. Maggi pedas giler 2X pun akak tak boleh makan, Fiza. Maggi pedas giler yang biasa ok lagi. Fiza pernah try tak? Hui, meleleh ayor hidung. Hehe...

    ReplyDelete
  2. saya orang Selangor tpi tekak mmg kenot pedas2 hahaha..

    ReplyDelete
  3. Betul itu makan pedas laju bertambah makan.
    Tidak sangka Melaka tangga je-2. Mula-mula ingat gambarajah pasal susunan cili mengikut kepedasan rupanya negeri.

    ReplyDelete
  4. mesti ada sambal atau benda pedas kalau nak makan bertambah.. hee

    ReplyDelete
  5. Orang kelantan paling takut pedas.
    sampai jadi manis.

    ReplyDelete
  6. Wah! Tahap kepedasan Kak Amie ranking ke 6! Kira tahap sederhanalah tu...ahaks!

    ReplyDelete
  7. Sejak duduk kat Sabah ni dah kurang sikit tahan pedas berbanding bila duduk kat Semenanjung yg tahap pedas orang negeri.
    Perut pun pandai berubah.

    ReplyDelete
  8. saya suka makan pedas tapi level sederhana je la..hehe

    ReplyDelete
  9. Nismilan mmg kaya dgn tahap kepedasan dlm masakan..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.