Masuk Rumah Orang Dalam Keadaan Buta

سلام جمعة
Pernah dengar tak ayat seperti tajuk di atas? atau ayat penuhnya “Masuk rumah orang jadi buta, keluar daripadanya jadi bisu “. Ayat bermaksud tentang 'adab' sebagai tetamu. Adab berkunjung ke rumah orang ini juga boleh digunakan sebagai adab ketika beraya dan juga sebagai adab menumpang rumah orang.

Tak kisahlah jiran ke, kawan-kawan ke atau saudara sendiri, mesti kena ada adab.

Masuk Rumah Orang Dalam Keadaan Buta
kredit pencetus Ummah Rahmat Ikhsan

Masuk menjadi buta : Apabila kita menziarahi rumah seseorang dan ketika itu sedang berada di dalam rumah. Hendaklah kita menjaga penglihatan kita. Pelihara mata daripada melihat barangan yang ada di dalam rumah tersebut. 

Keluar menjadi bisu : Bila keluar dari rumah seseorang yang kita ziarah, tidak perlu lah bercerita tentang keadaan rumah/isi rumah yang telah kita ziarahi kepada orang lain. Itu adalah privasi tuan rumah dan kita juga perlu hormat privasi orang lain dalam menjaga perhubungan sesama manusia. Aib orang jangan dibuka!

Setiap rumah, cara hidup adalah berbeza. Sedangkan timeline kita juga tak sama. Janganlah kerana kita tak suka cara orang, kita boleh jaja cerita tu pada orang lain. 

Pantang sungguh la kalau orang berkunjung ke rumah kita dan membawa cerita buruk tentang kita. Ia secara tak lansung boleh mengubah persepsi orang lain terhadap kita. Tak pasal-pasal kita di cop dengan perkataan yang tak elok. نعوذ بالله من ذلك

Terutamanya hal dalam sebuah keluarga ni. Biarlah hanya keluarga sahaja tahu. Bila dah melibatkan saudara mara, lagi jauh perginya cerita tu kan. Itu yang biasa berlaku selalunya. 

Mulut pun perlu dijaga supaya kita tak terus mengamalkan mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Bab ni kadang kadang terrr..Jadi, kalau dah tersedar sila tukar topik lain. Lebih baik jangan buka cerita yang mencetuskan pengumpatan berlaku. 

9 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. betul! tak yah la comment rumah org kan... diam lebih baik dari berkata2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, diam je tak perlu sibuk dengan hal tuan rumah :)

      Delete
  2. ni helok kasi kat makcik2 bawang ni.. mai rumah orang masuk macam buat rumah sendiri. lepas tu komplen awat sofa kecik la apa la.. cabai mulut kang hahah..

    ReplyDelete
  3. Betul. kita sembunyikan aib orang. InsyaAllah orang pun xakan hebahkan aib kita

    ReplyDelete
  4. ingatan utk diri sendiri jugak., aminn

    ReplyDelete
  5. Pernah dengar tentang perkara ini, butakan mata kalau masuk rumah orang. Bayangkan apa perasaan tuan rumah kalau tetamu umpat keji rumahnya dengan orang lain. Sedihkan.

    ReplyDelete
  6. Bagus nasihat ni Fiza.
    Rasa di Cina pun ada perumpaan sebegini.
    Kekadang melekat baca novel Cina.

    ReplyDelete
  7. Diam-diam tidak payah beritahu apa ada dalam rumah orang itu.

    ReplyDelete
  8. zaman skg ni fiza..dah xde yg mcm tu..semua berbakat nk jd reporter huhuu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال