Responsive Ad Slot

Slider

Tanaman Herba Yang Boleh Hidup Dalam Air

pokok herba yang mudah ditanam cara menanam pokok herba dalam pasu landskap tanaman herba tanaman yang mudah dijaga tanam sayur di rumah flat
Ikutkan hati, nak je tanam semua jenis jenis pokok herba yang mudah ditanam yang biasa digunakan untuk memasak. Tanam letak kat tingkap dapur. Senang nanti nak masak tinggal petik je. Lagi sedap kot kan dapat guna herba yang fresh dari pokok.

Tapi itu hanyalah angan angan je. Pernah cuba nak tanam pokok herba pudina dan rosemary tapi tak lama lepas tu dia menunjukkan tanda tanda yang tidak sihat dan mati juga akhirnya. 

Setakat ni yang bertahan cuma bayam brazil je yang hidup di tepian tingkap dapur. Tinggal satu pasu yang comel lepas tuaian pertama dapat buat bayam brazil celup tepung bestari.

Sekarang macam bercita cita nak buat tanaman herba yang boleh hidup dalam air. Lagi senang tak perlu gunakan medium tanah untuk hidup.

Tanaman herba yang boleh hidup dalam air adalah :

  • Mint
  • Oregano
  • Sage
  • Basil
  • Thyme
  • Rosemary

kredit : @reducewaterwater

Bagi yang tak suka menanam boleh gunakan cara begini. Bila cakap bercucuk tanam janganlah dok fikir nak kena mencangkul tanah bagai. Mulakan tanaman yang mudah ditanam.

Lagipun duduk di bandar ni tak ada laman yang luas. Jadi, bagi mereka yang suka menanam tu boleh guna kaedah tanaman dalam air. Tak perlu beli tanah dan boleh berjimat membeli. Nak guna petik je. Kan seronok macam tu.

Sebab kalau membeli herba ni sekali jual punyalah banyak. Kadang simpan sampai tak terguna. Nak guna sikit je pun.

Tanaman herba di dapur bukan hanya kegunaan untuk memasak. Sejuk juga mata memandang melihat tumbuhan hijau di dapur. Boleh juga dijadikan sebagai perhiasan.

Herba herba yang mengeluarkan bau jua bakal jadi pewangi semulajadi di dapur. Nice kan bau herba kat dapur. Feel like berada kat ladang herba kaedahnya.

Satu kepuasan dapat tanam pokok dan membesar dengan sihat. Orang yang suka bercucuk tanam je faham perasaan itu. Masalahnya sekarang nak mencari benih pokok herba ni.

Kalau beli kat nursery dah tentu lah kena beli sepasu yang dah sedia banyak. Mostly tanaman herba ni dijual dengan harga RM10 dan ke atas. Kalau menjadi tanam kat rumah, takde hal lah. Tapi disebabkan dah berkali beli beli tapi mati juga, kena  ada cara lain dengan tanam dalam air.

Ada yang dah pernah cuba ke tanam pokok herba dalam air? Atau ada yang lebih berpengalaman. Boleh share dalam kotak komen di bawah. Terima kasih.

8
( Hide )
  1. Alaaa tangan Sis ni tak boleh betullah tanam tumbuhan sayur, kalau dedaun hidup plak, ko bayangkan tanam daun kesum pun kiokkkkk Grrrrr

    ReplyDelete
  2. Betul seronok petik herba tepi tingkap, segar.
    Tanam dengan air sahaja? Baru tahu boleh buat begitu.

    ReplyDelete
  3. Belum pernah cuba lagi heheh btw, nice sharing kak

    ReplyDelete
  4. Kena cuba ni tanam dalam air. Selama ni tanam rosemary dan basil tak pernah panjang umurnya!

    ReplyDelete
  5. Ini selalu orang buat di office. Cuma air kena selalu tukar. Kalau tak, ternak nyamuk pulak

    ReplyDelete
  6. oregano dan basil dh ada di rumah.. mudah nk jaga

    ReplyDelete
  7. tanam ni letak kat dapur hehe.. nak masak petik je..

    ReplyDelete
  8. ooo mint boleh hidup ye..boleh cuba..kdg2 ssh nk cr kat pasar..bila nk guna mint nih..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu