Header Ads

Cara Simpan Sayur Tahan Lama, Bungkus Dengan Aluminium Foil Je.

Sayur, barang dapur yang patut ada dan wajib ada dalam setiap hidangan. Tak ada lauk sayur, ibarat macam tak lengkap hidangan tu. At least ada ulam pun dah cukup. Itu kata kata seorang pencinta sayur macam Fiza. Yang tak suka sayur, tak ada hal takde sayur ni. Tak menjadi masalah bagi mereka. Betul tak?

Jenis yang membeli lauk dan barang dapur untuk stok seminggu ke atau dua minggu ke mesti kena beli sayur pelbagai jenis. Jenis beli hari hari tak kisah pun nak simpan sayur. Kita yang jenis beli stok untuk tempoh yang lama, nak tak nak kena simpan sayur dengan betul untuk tahan lama.

Cara Fiza simpan sayur bagi tahan lama, Fiza asingkan dalam dalam plastik ziplock. Untuk lengkuas yang jarang pakai simpan dalam bekas berisi air dan simpan dalam peti ais.  

Tertarik dengan cara simpan sayur supaya tahan lama dengan menggunakan kaedah bungkus guna aluminium foil dari perkongsian Puan Eyfa Emir ni. Cara simpan sayur bungkus guna aluminum foil ni paling berkesan untuk kekalkan sayur tahan lama dan segar.

Ada yang gunakan aluminium foil dan juga kertas tisu. Tapi Puan Eyfa ni hanya gunakan aluminium foil pun dah memadai katanya. 

Cara Simpan Sayur Tahan Lama Dengan Aluminium Foil

1. Sayur yang baru dibeli, jangan dibasuh.
2. Potong aluminium foil ikut saiz dan jumlah sayur
3. Masukkan sayur, lipat aluminium foil elok-elok dan labelkan (nama dan tarikh pembelian)
4. Simpan dalam peti ais bahagian bawah (chiller)
5. Bila nak guna baru basuh sayuran tu , lebihan yang tak guna boleh simpan semula dan bungkus elok elok.

Cara Simpan Sayur Tahan Lama, Bungkus Dengan Aluminium Foil Je.
kredit : Eyfa Emir

Cara ni membuatkan sayuran tahan lebih dari seminggu dan masih kekal segar. Nampaknya macam menarik untuk di pratikkan cara macam ni. Bila beli sayur banyak tu boleh juga asingkan siap siap kuantiti untuk sekali masak.

Aluminium foil tu kalau bungkus elok-elok dan tak koyak boleh digunakan semula. Bila sayur boleh tahan lama, tak membazir lah kalau lama tak masak. Jimat pun jimat tak perlu asyik nak membeli sayur je. Sayur pun dah mahal sekarang. huhu

17 comments:

  1. wahh petua baru nih.. ๐Ÿ™„๐Ÿ™„๐Ÿ™„

    ReplyDelete
  2. Wah! Belajar petua baru ni.. Thanks Fiza

    ReplyDelete
  3. wah..baru tau, menariks ni. tq for sharing!

    ReplyDelete
  4. betul tu..musim pandemic macam ni la klo boleh semua bende nak tahan lama je

    ReplyDelete
  5. Ok boleh praktikkan ni. Alhamdulillah, terima kasih Fiza perkongsian. Jimat oii. Syukur.

    ReplyDelete
  6. petua ni tak pernah tau.. thank you sharing :) boleh jimat lepas ni

    ReplyDelete
  7. Bagusnya idea ni. Kami memang selalu beli sayur banyak. Setiap dua hari sekali kalau rajin memang periksa kalau ada sayur yang layu atau buruk dalam peti sejuk. Kalau bungkus dengan aluminium foil memang kena tulis nama isinya, takut nak ambil lain, terambil lain pula.

    ReplyDelete
  8. lagi menarik la teknik ini...

    sayur kalau tidak disimpan dengan baik..akan mudah rosak

    ReplyDelete
  9. Petua baru. Sesuai la kan musim virus ni tak elok ke pasar dengan kerap. Beli stok banyak2 kemudian simpan

    ReplyDelete
  10. baru tau boleh guna aluminium foil jugak.. boleh try la nanti..

    ReplyDelete
  11. Wah.. ohsem ini.. Petua yang sangat berguna.. tq share..

    ReplyDelete
  12. Idea baru. Cuma kena beli kerajang aluminium.

    ReplyDelete
  13. ohhh kat rumah ada banyak aluminium foil bekas bungkus kek lapis, boleh la pakai mana2 yang belum koyak lagi

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.