Header Ads

Cheesy Poopers Pizza Hut

Lately kerap betul ber fast food. Insof Fiza insof! Gara gara selera berubah tak lalu nak makan masakan sendiri apatah lagi nak masak. Tambah lagi dengan banyak benda yang merunsingkan.

Mood kacau bilau sampai melarat ke selera makan. Dalam pada nak jimat, kelaut dalam penjimatan tu terus berlalu pergi. Apapun bersyukurlah atas nikmat rezeki yang ada.

Kali ni ikut selera husband. Kononnya nak masak simple maggie goreng je. Tiba tiba dia nak makan pizza pan pizza hut macam haritu. Rasa sedap pula katanya. Mana tak sedapnya bila dah lama tak makan pizza hut, asyik berdominos je.

Dalam memilih menu, tertarik betul dengan menu baru pizza, cheesy poppers. Wow! Bende ber cheese ni memang laju nak memilih. Pilih cheesy poppers dan takeaway combo 2 dengan free 2 side dish.



Sebelum ni untuk takeaway combo 2  tu pilih garlic bread dan mushroom soup. Disebabkan kecewa dengan garlic bread dia, kita pilih onion rings dan mushroom soup pula lah.

Cheesy Poopers

Macam biasa dalam iklan memang menarik tertarik, cheese boleh tarik tarik sampai boleh menari lah lepas suapkan ke mulut. Bila beli, lansung tak ada tarik menarik berlaku. Itu biasa...Walaupun
Pull
Dip
Pop
& Enjoy!
katanya! Tak ada adegan tarik menarik cheese dan pop yang berlaku. Jadi, kita redha dan menikmati cheesy poppers dengan rasa cheese yang sedap. Topping dia siap ada fishball lagi. Dapat pula extra cheese untuk dip. Laju habiskan sekotak pizza cheese poppers. Sedaplah tu tandanya kan.

Onion Rings

Dalam takeaway combo 2 ada regular pizza pan, pilih chicken sensation, mushroom soup dan juga onion rings. Kalau beli onion rings pizza hut ke A&W ke tak pernah mengecewakan. Crunchy dan sedap! 

Tapi onion rings ni, 5-6 pcs pun kat mana mana harga lebih kurang je. Harga tak berpatutan sangat. Dapat free kira okaylah.

Kalau rajin boleh buat sendiri ni onion rings. Tapi tak samalah dengan yang dijual. Macam menarik je untuk dicuba ni. 

So far cheesey poppers tu sedap. Sebelum ni pun pizza hut pernah keluarkan cheesy poppers macam ni juga yang ada udang tu kan kalau tak silap. 

Okay dah boleh stop makan fast food dah. Lepas ni harap harap ada lah mood dan selera nak makan masakan sendiri. Mood, awak jangan permainkan perasaan saya tau!

11 comments:

  1. menarik & tertarik cheesy poopers nih...nak try jg lah..

    ReplyDelete
  2. Camana boleh sama ni? Akak semalam pun order pizza juga. :) At least onion ring Fiza masih rupa onion ring. Kita orang punya, tepung salutnya dah tertanggal. Bawang je tinggal. Agaknya laju bebenor rider bawak motor. :D Tapi takpe, rezeki, makan je.

    ReplyDelete
  3. Parah juga tu nak melayan selera fast food ni hehe... Tapi selagi tak membaziaq (dan mampu), teruskan hihi...

    ReplyDelete
  4. Wah menu baru kat pizza hut ni.. Cheesy, nyum nyum nyum!

    ReplyDelete
  5. Kalau bab makan sedap ni saya pun sudah nak insof hahahaaaa.

    ReplyDelete
  6. Semua sedap!!!!! Fuhhh! Leleh ayaqliuq

    ReplyDelete
  7. Sha dah beli.. tak ada pun tarik tarik tu.. hahaha..

    ReplyDelete
  8. Takpelah sekali-sekala. Hehe akak pun minggu lepas balun makan keju terbakar (burned cheese cake), tat Portugis dan krim paf sekali makan.

    ReplyDelete
  9. jeles nengok...teringin pulak...lama dah tak makan pizza hut..

    ReplyDelete
  10. Kalau dgn husben..shida baru sekali mkn dgn dia kat pizza hut..bila dah PKPB ni lg xberani nk ke sana sini sgt..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.