Khasiat Minyak Daun Bidara Asli

Tergerak hati nak beli minyak daun bidara asli sebab terbaca tentang minyak daun bidara asli yang serbaguna ni. Kebanyakkan artikel mengatakan minyak daun bidara asli ni sangat mujarab, salah satunya boleh mengelakkan gangguan jin dan sihir. Adakah ianya benar?

Minyak daun bidara Asli

Minyak daun bidara asli diestrak daripada daun bidara asli yang diproses dengan menggunakan teknologi yang tepat untuk menghasilkan minyak daun bidara asli yang terbaik khasiatnya.

Pengasas minyak daun bidara asli, Ustaz Haji Abdul Hamid Bin Sulaiman merupakan Mantan Bekas Imam Masjid Taman Ria Jaya, Sungai Petani Kedah yang mempunyai Diploma Perubatan Islam.

Minyak Daun Bidara

Khasiat Minyak Daun Bidara Asli

  • Melegakan gatal-gatal
  • Merawat sawan tangis bayi
  • Melembutkan urat saraf
  • Melegakan kesan gigit serangan berbisa
  • Membantu menyelesaikan masalah sukar tidur malam
  • Kembung perut
  • Batuk
  • Gout
  • Gigitan serangga
  • Selesema
  • Migrain
  • Demam
  • Buasir
  • Kencing malam
  • Asma
  • Sengugut
  • Meredakan sakit pinggang dan terseliuh


Cara Menggunakan Minyak Daun Bidara

Hanya perlu sapu di bahagian yang terkena gatal-gatal, gigitan serangga, perut yang kembung, uraf saraf yang sakit dan yang sesuai dengan sakit tersebut.

Cara penggunaan lain hanya calitkan di kening, ubun-ubun, leher, belakang telinga, pelipat tangan dan kaki dan pusat perut.

Minyak daun bidara asli juga sesuai untuk bayi yang mengalami selsema dan kembung perut. Minyak bidara juga boleh dijadikan sebagai aromaterapi. Orang zaman dulu menggunakan daun bidara untuk mandi.

Selain minyak daun bidara asli, banyak lagi rangkaian produk yang berasaskan daun bidara seperti balm bidara, gel mandian daun bidara dan lain-lain lagi. 

Disebabkan tak suka guna minyak gamat, jadi perlu juga ada stok minyak angin atau minyak panas tradisional. Minyak moden, dah tentu Fiza pilih Essential Oil (EO)Young Living. Kalau sakit otot elok guna EO Panaway.

Minyak daun bidara asli ni tak lah sepanas minyak panas yang lain. Bau dia pun best berangin. Nak gunakan sebagai aromaterapi pun sesuai sangat. Bau yang menyenangkan.

Bagus digunakan untuk mereka yang tak suka bau minyak macam minyak gamat tu. Paling Fiza suka dia cepat meresap bila disapu. Mesra kulit saya suka!

Minyak daun bidara asli ni harganya murah je, RM7 untuk satu botol. Beli kat shopee, boleh survey harga juga. Rasanya bukan harga standard. Bergantung pada penjual. 

15 comments:

  1. murah sgt harganya tu fiza. sgt berbaloi dengan byk kegunaannya tu

    ReplyDelete
  2. akak ni ada masalah susah nak tidur malam jugak...Nanti nak try ler sebotol

    ReplyDelete
  3. Harga berpatutan manfaat dijamin 👍🏻👍🏻👍🏻 terbaikkk 🤲🏻🤲🏻🤲🏻

    ReplyDelete
  4. Akk pun tak suka bau minyak gamat. In shaa Allah kalo jumpa boleh beli.

    ReplyDelete
  5. Bidara pun rupanya ada sekurangnya 3 jenis, katanya kalau yang nak hindar benda halus tu ikut jenis. Entah lah Benar atau tidak. Bolehlah cuba untuk manfaat yang di senarai kan tu.

    ReplyDelete
  6. wah betul betul minyak serbaguna.. cukup usapkan ke area yang ingin diobati auto sembuh

    ReplyDelete
  7. kalo untuk buang gangguan makhluk halus, ustaz2 pun akan suruh kita mandi dengan air yang diletakkan daun bidara...

    ReplyDelete
  8. boleh cari ni utk letak kat dlm first aid kit kat rumah

    ReplyDelete
  9. Antara minyak gamat dengan minyak bidara, memang Kak Amie pilih minyak bidara. Dulu-dulu hanya ada minyak gamat saja, belum datang minyak bidara.

    ReplyDelete
  10. Tak pernah ada minyak daun bidarammmmg minyak gamat aje dari kecil. maybe leh try tuko plak.. huhu

    ReplyDelete
  11. Sy pun pengguna mnyk bidara 😬😬😬

    ReplyDelete
  12. Banyaknya kegunaannya.. tak pernah lagi guna ni. Boleh try la lepas ni...

    ReplyDelete
  13. Suka bau apa sahaja produk dari daun bidara nie..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.