Label Kreatif Untuk Barang Dapur

Hujung minggu, kalau bosan tak ada apa nak buat boleh lah buat label untuk barang dapur. Nampak kreatif betul buat label barang dapur dengan cara macam ni. Paling mudah dan kreatif. Yang penting rajin! Kalau malas memang tak jadi apa lah.

Siapa punya idea ni? Anda memang seorang yang kreatif. Kalau malas nak DIY sticker label transparent, boleh tiruvasi idea macam ni kalau suka nak dekorasi dapur Nampak lebih menarik sebab menggunakan label asal produk.

Hanya perlu guntingkan label dan logo, kemudian tampal pada bekas barang dapur. Mudah bukan?

Label Kreatif Untuk Barang Dapur
kredit : to the respective owner


Kalau nak tambah lagi menarik, gunakan bekas yang sama. Dia akan nampak lagi kemas dan tersusun. Macam dalam di atas cuma beberapa bekas je sama.

Fuhh hari ni letih betul mengemas rumah, bersihkan aircond, trim pokok pokok, asingkan sampah (plastik, kaca dan lain-lain) dan macam kerja lagi. Kat sini, setiap hari selasa lori kitar semula akan kutip barang-barang kitar semula. Dulu katanya kena asingkan sampah plastik, kaca dan sebagainya. Tengok orang lain tak asingkan pun.

Takpe, kita jangan ikut orang. Kita asingkan je sampah sampah yang boleh kitar semula dan asingkan siap-siap untuk memudahkan kerja orang lain. 

26 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Cantik dan kemas je buat macam ni. Mungkin kena tambah satu lagi iaitu expiry date.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..nampak kemas. Ye, betul tu kena tambah expired date.

      Delete
  2. Bagus idea label barang dapur tu, boleh jadi sumber ilmu juga. Asingkan sisa pepejal satu amalan terpuji. Tapi saya selalu lupa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah untuk isi rumah tahu barang barang dapur juga kan kak amie. Alhamdulillah setakat ni berjaya asingkan setiap sisa pepejal dan sisa makanan.

      Delete
  3. saya pun mmg buat camni..cuma bekas tu caca marba la. campur saiz. senang nak ingat jenama bila nak beli lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut apa yang ada je kak. pandai susun mesti nampak kemas nanti :)

      Delete
  4. menarik daan kreatif., kalo rajin laa., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda benda kreatif ni selain kreatif kena rajin, itu penting tu :)

      Delete
  5. Ehh, very nice! Memang nampak kemas dan cantik elok tersusun... Hehe..

    ReplyDelete
  6. Bagusnyaaaaa.... Thanks sharing.. hihi

    ReplyDelete
  7. siapa yg pandai manage dapur kan , org tu mmg creative

    ReplyDelete
  8. hari sabtu tu nk buat mcm ni la tapi terpikir kalau setakat sebotol 2 je x cantik jugak so trs carik tupperware lg simpan stok... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna tupperware lagi cantik tu kakmim :)

      Delete
    2. yg ni aida setuju, kakmim.
      itu yg aida gigih gunakan tupperware utk byk item.
      then letakkan kat rak.
      tupperware tak sama warna, tak sama saiz. ikut brg.
      colourful :) tak seragam, tapi aida suka.

      Delete
  9. Replies
    1. tersangatlah menarik idea kreatif ni kak. sila cuba :)

      Delete
  10. akak buat gini, fiza. tempek kan je kat tupperware.
    pada akak lebih nice. akak siap-siap tampal expiry date kat plastik tu.
    senang la nak refer nanti. dan jelas :)
    sebab kita da familiar dgn pek nyer tu. so nak cari barang, lebih mudah.
    tak perlu baca pun. lihat sekilas da tau - milo, tepung, nestum, oat, kopi...
    lom sempat buat entry pasal dapur akak lagi. masih dlm peringkat ubah suai.

    ReplyDelete
  11. Sha pun buat macam nie.. senang.. hehehe.. Tak yah nak print2.. gunting je label asal dan bubuh dekat balang..

    ReplyDelete
  12. Kitorang pun asing sampah tapi jual barang kitar semula di kilang.
    Terikut-ikut dengan mak. Sisa makanan buang tepi pokok.

    ReplyDelete
  13. ehh bagus idea ni...nak buat jugak la kat segala balang kat rumah nun..hahahah...mekasih fiza!!!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال