Pertama Kali Beli Kerang Besar

Saturday, November 21, 2020

Hari sabtu, hari rajin seorang Fiza. Tiba-tiba hari ni macam rajin nak masak ayam rendang. Tapi kerisik pula tak ada. Minta tolong husband belikan kerisik. Alang-alang tu beli sekali bahan-bahan nak buat mee kari sebab teringin makan mee kari juga. Bolehlah buat untuk minum petang dan dinner nanti.

Senang sekali masak dua hidangan bila dah duduk dapur tu. Siap siap tulis dalam list beli kerang. Kerang ni bukan selalu ada. Sejenis seafood terlajak laris. Kalau dapat tu kira rezeki lah.

Balik-balik husband bawa barang ke dapur. "Kerang je dah RM30 lebih", husband cakap. Kenapa mahal sangat? Kerang  besar. Sekali buka plastik, mak aihhh besarnya kerang!

Pertama kali beli kerang besar macam ni. Agak jakun jugalah tengok kerang besar. Patutlah pun harga mahal sebab saiz kerang besar. 1.890 kilogram dengan harga RM31.94.

Kerang Besar

Saiz lebih kurang 5-6cm macam tu. Dapat kerang besar ni mudah juga kerja memasak dan mengopek kulit kerang tu. Nak mencuci kerang pun mudah, guna berus putih terus kerang ni.

Kerang Besar

Masak kerang cara Fiza lepas basuh, masukkan kerang dalam kuali dengan hirisan halia. Tutup kuali dan biarkan kulit kerang terbuka. Itu tandanya kerang dah masak. Letak halia nak bagi kurangkan bau hanyir kerang. Nak letak serai ketuk sekali pun boleh. Sayang serai, malas nak letak. Letak halia je pun boleh.

Bila kerang dah terbuka senanglah kerja keluarkan isi kerang. Isi kerang pun tak melekat pada kulit kerang. Kalau rajin, lepas masak dan nak isi kerang nampak fresh rendam dalam ais. 

Sambil keluarkan isi kerang, sambil tu masuk mulut juga nak merasa kerang besar ni. Sedap rasa kerang besar ni tapi ambil masa juga mengunyah sebab isi kerang agak kental. Mujurlah isi kerang ni berbaloi dengan harga.

Settle masak kerang, masukkan isi dalam bekas untuk rencah mee kari nanti. Sekian hari rajin seorang Fiza. Petang ni hujan lagi, sedang elok panaskan kuah mee kari yang dah siap dan hidangkan untuk minum petang.


16 comments

  1. Mahal sebab kerang besar kalau kecil memang tidak patut.
    Rezeki dapat makan kerang besar. Kitorang tidak jumpa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak, sebab saiz kerang besar. Kulit dia of courselah lebih berat. Alhamdulillah. rezeki selepas lama tak dapat. semoga ada rezeki akak jumpa kerang besar dan fresh nanti. Aaminn

      Delete
  2. lama juga tak makan kerang besar ni, mesti padu rasa mee kari fiza nanti ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru jumpa ni kak. Ikut tekak sendiri padu je lah kak :)

      Delete
  3. Kerang macam ni buat bakaq atas grill pun sodappp....paihtu cicah dengan sos cili thai..🤤😆

    ReplyDelete
  4. Puas hati ni. Betul Fiza mudah nak bsuh dan kopak kerang besar.

    ReplyDelete
  5. Di Sabah biasanya di tamu kerang saiz lebih besar dijual dari Semenanjung. Jauh saiz berbanding dengan kebiasaan di Semenanjung.

    ReplyDelete
  6. kerang ni sekarang mahal harganya.
    Tapi kalau yang besar2 sangat tu liat isinya.

    ReplyDelete
  7. last makan kerang ni bulan lepas sebab buat mi kari kerang jugak, tapi tak dapat fresh macam fiza, beli yang dah siap kopek..mahal wei kerang la ni..:)

    ReplyDelete
  8. Akak lebih suka kerang kecik. Hehe... Tempat akak pun kalau yang besar mesti mahal. Sebab kulit berat kot.

    ReplyDelete
  9. Pernah jumpa kerang bersaiz besar cam ini masa jejalan g Sabah.Pergi pasar kat sana sebab beli barang basah untuk masak. Memang terkejut tengok saiznya

    Bestnya petang-petang hujan cam sekarang ini dapat makan mee kari :)

    ReplyDelete
  10. Besar sungguh saiz kerang tu ye Fiza. Kak Amie pernah beli 2 kg sebab nak buat mee kari. Bila dah rebus, kopek dapatlah sikit. Isinya agak liat sikit, tapi senang kopek.

    ReplyDelete
  11. patutlah mahal ! besat puas makan tu , tk pernah try kerang rendanh teringin pula . tula saya kalau rajin , semua benda nak buat

    ReplyDelete
  12. Susah cari kerang sekarang ni. Lagi-lagi yang besar macam ini

    ReplyDelete
  13. besarnya kerang. puas hati makan.
    sesekali beli apa salahnya.
    tutup mata tengok harga.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.