Header Ads

Telefilem Tersimpang Ke Alam Bunian

Baru baru ni kecoh dengan cerita seram. Kisah misteri ketuk pintu tengah malam di Sabak Bernam tu. Kita yang jauh pun turut rasa terkesan dengan misteri tu. Mula dah terbayang kalau tiba tiba ada bunyi ketukan pintu di tengah malam.

tuk! tuk! tuk! Heeiii..seram tau kalau terdengar. 

Telefilem Malaysia pun taknak kalah. Nak juga tayangkan cerita seram. Telefilem Tersimpang Ke Alam Bunian akan ditayangkan pada 28 November 2020 di Astro Citra dan Citra HD Lakonan Farid Kamil, Amerul Affendi dan ramai lagi.

Peminat cerita seram, bolehlah layan cerita ni malam esok.

Telefilem Tersimpang Ke Alam Bunian
sumber : Astro Citra



Telefilem : Tersimpang Ke Alam Bunian
Waktu Siaran : 28 November 2020, jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra & Citra HD
Penulis Skrip : Naza Manas
Pengarah : Osman Ali
Produksi : Nuansa Sdn Bhd

Pelakon Tersimpang ke alam bunian

Farid Kamil
Amerul Affendi
Shahidan Izwan
Zack Zabhas
Hana Ameera
Sri Idrina
Naza Manas


Sinopsis Tersimpang Ke Alam Bunian

Duan dan Isa bekerja sebagai badut dan penghibur telah memenuhi jemputan persembahan yang jauh dari kotaraya Kuala Lumpur. Dengan ditemani rakan mereka Lan , mereka yang sedang dihantui satu roh yang tidak tenang telah tersesat dan termasuk ke satu dimensi yang aneh dan bertemu dengan Seroja. 

Persoalannya, dapatkah mereka pulang ke alam biasa?

6 comments:

  1. Haaaa.... kalau alam bunian ni, suka Kak Amie tengok. Antara alam nyata dengan alam ghaib.

    ReplyDelete
  2. Kalau masuk acara larian denai berdebar juga bila kena tinggal kan keseorangan sebab ada tempat feeling macam boleh masuk alam bunian je sebab imaginasi tinggi sangat hehehe...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.