Tonton Online Sepahtu Reunion Live 2020 'Norma Baru'

Saturday, November 07, 2020

Baru tahu program komedi Sepahtu Reunion Live 2020 dah beralih hari siaran. Biasanya hari jumaat, sekarang dah tukar hari Khamis, bermula 15 Oktober 2020 hari tu dah bersiaran. Sepahtu Reunion  disiarkan secara lansung di Teater Shah Alam.

Tonton Online Sepahtu Reunion Live 2020
sumber : google
Kumpulan Sepahtu : Jep, Shuib, Rahim dan Pak Ya


Dalam 'norma baru', buat pertama kalinya Sepahtu Reunion Live 2020 beraksi tanpa penonton. Tapi tetap menghiburkan penonton di rumah. Masih mengekalkan 'pikat line' yang lucu lucu dan sweet eh. Ke 'pickup line' ? Mana satu betul?

Sepahtu Reunion Live 2020 Minggu 1 (Wali Tirai Besi)
Artis jemputan : Isyariana, Erra Fazira
Cameo : Yusry KRU

Sepahtu Reunion Live 2020 Minggu 2 (Kau Lupa Janji)
Artis Jemputan : Wanna Ali, Fouziah Gous
Cameo : Roy Azman

Sepahtu Reunion Live 2020 Minggu 3 (Sampai Syurga)
Artis Jemputan : Nadia Brian, Uyaina
Cameo : Dato' Jalaluddin bin Hassan

Sepahtu Reunion Live 2020 Minggu 4 (Aishiteru Cintaku)
Artis : Mak Jah, Alya Iman
Cameo : Ziana Zain

Sepahtu Reunion Live 2020 Minggu 5 (Yang Lebih Kau Cinta)
Artis : Ramona Zam Zam, Afifah Nasir
Cameo : Datuk Nash

Sepahtu Reunion Live 2020 Minggu 6 (Penunggu Penambang)
Artis : Datin Elvina
Cameo : Hazama

Sepahtu Reunion Live 2020 Minggu 7 (Peluang Kedua)
Artis : Riena Diana, Marissa Yasmin
Cameo : Jaafar Onn

Sepahtu Reunion Live 2020 Minggu 8 (Jangan Tinggal Daku)
Artis : Maya Karin
Cameo : Ruminah Sidek

Sepahtu Reunion Live 2020 Minggu 9 (Bilik 808)
Artis : Ruhainies
Cameo : Che Ta

Sepahtu Reunion Live 2020 Minggu 10 (Hipnosis Cinta)
Artis : Oktovia Manrose
Cameo : Mus May

Sepahtu Reunion Live 2020 Minggu 11 (Bapa Mertuaku)
Artis : Salleh Yaacob, Fiza Halim
Cameo : Zamani Slam

Sepahtu Reunion Live 2020 Minggu 12 (Pelesit Cinta)
Artis : Elisha Sandha, Man Raja Lawak
Cameo : Dato' Farid Kamil

Sepahtu Reunion Live 2020 Minggu 13 (Antara Kasih Dan Cinta)
Artis : Ika Nabila
Cameo : Ning Baizura

Sepahtu Reunion Live 2020 setiap Khamis, jam 9 malam secara langsung di Astro Warna (127) dan Warna HD (107). Boleh juga tengok melalui aplikasi Astro GO dan secara strim dengan kemudahan on demand.

Minggu pertama tu paling kelakar lah. Lepas tu rasa kurang kelakar sikit. Atau kurang idea atau dah bosan dengan lawak yang biasa. Mungkin masa tu tak mudah terhibur, bad mood mungkin.

Lawak atau tidak tetap kena teruskan. Bukan mudah nak menghiburkan hati orang ni. Ada masa tu boleh lah layan Sepahtu Reunion ni. Musim PKPB ni tak ada apa nak tengok. Bolehlah berhibur sekejap dengan lawak geng Sepahtu Reunion daripada kebosanan duduk rumah.

9 comments

  1. Hari Khamis baru-baru nih! Mrs. A ada tengok hahahaaa... tak pernah tak kelakar

    ReplyDelete
  2. Dengarnya takde penonton lagi susah nak buat lawak...

    ReplyDelete
  3. Tabik spring kepada pelawak yang boleh buat pecah perut penonton!Kadang-kadang lawak tak menjadi.

    ReplyDelete
  4. Kak belum tonton lagi, anak-anak ni yang control TV.

    ReplyDelete
  5. menarik utk di tonton..gelak ajer la dr awal smpai habis ^_^

    ReplyDelete
  6. aida pendgr setia sinar.fm pepagi.
    dgr celoteh rahim & jep. angah pun ok.
    setakat tu je la fiza. astro warna x langgan.
    tak dpt gelak ketawa dgn sepatu reunion ni.

    aida tabik spring kat jep. dia la, pada aida, pelakon utamanya.
    lawak dia bersahaja. dia bangkitkan setiap situasi tu.
    kelakar!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.