Telefilem Janji Jantan Lakonan Fikry Ibrahim dan Marsha Milan

Sunday, November 29, 2020

Kisah misteri ketukan pintu tengah malam tu dah beransur suam ceritanya. Harap tak panas lagi lah. Bila yang kata ada kaitan dengan saka atau hantu raya. Jadi seram juga lah dibuatnya. Cerita orang dulu dulu yang banyak membuat perjanjian dengan makhluk lain.

Sehinggakan 'benda' tu bakal diwarisi oleh cucu cicit. Benda macam ni akhirnya pasti akan memakan diri dan keluarga. Yang suka tengok kisah misteri alam mistik, boleh layan Telefilem Janji Jantan lakonan Fikry Ibrahim, Marsha Milan dan Hariry Jalil.

Telefilem ni sebenarnya dah ditayangkan pada  10 Oktober 2020 yang lepas di Astro Citra dan Citra HD. Yang terlepas boleh tonton dalam video dibawah jika tak di delete.

Telefilem Janji Jantan Lakonan Fikry Ibrahim dan Marsha Milan

Telefilem : Janji Jantan
Waktu Siaran : 10 Oktober 2020 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra & Citra HD
Pengarah : Megat Fauzi Md Isa
Produksi : Kus Semangat Aktor Sdn Bhd

Pelakon Janji Jantan

Fikry Ibrahim
Marsha Milan
Hariry Jalil
Dboy Hamdan
Mior Hashim Manap

Sinopsis Janji Jantan

Mengisahkan perjanjian yang pernah dilakukan oleh Jantan yang membawa padah pada orang sekelilingnya. Berkali-kali mati namun masih hidup kembali. Isteri dan adiknya cuba merungkai masalah yang berlaku namun mereka pula yang bakal menjadi mangsa.

10 comments

  1. Macam cerita Hati Iblis jugak lebih kurang ni 😊

    ReplyDelete
  2. alamak citer seram haha.. i kenot cemni..
    lemah semangat.. kes viral tu pun x baca.. laju2 skip..

    ReplyDelete
  3. aida da tgk.
    citer ni directed / produced by melissa saila.
    maka, unsur teater tu terlalu byk!
    ntah la, aida x minat jalan cerita camni.
    meletakkan fikry utk tarik minat penonton.

    ReplyDelete
  4. Belum tengok lagi drama ni.. Nanti akak donlod la senang. Boleh tengok kat tv je.

    ReplyDelete
  5. Wah.. macam menarik.. Ada ternampak dekat Youtube rasanya..

    ReplyDelete
  6. Amboi..astro citer best2 pulak..haihhh =__=

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.