Drama Cinta Sekali Lagi Full Episod 1-28 (Akhir)

Cinta Sekali Lagi drama TV3 terbaru slot Akasia dah mula ditayangkan hari ni, 4 November 2020. Gandingan pelakon hebat Nelydia Senrose, Shaharul Ridzwan dan Hannah Delisha.

Jangan terkejut tengok Hannah Delisha tak bertudung dalam drama ni. Dia bukan free hair semula ye, ini cerita lama sebelum dia bertudung.

Drama cinta sekali lagi TV3 sebanyak 28 episod ini akan bersiaran setiap hari isnin hingga jumaat jam 7:00malam. Diarahkan oleh Pali Yahya dan skrip oleh Nieza Nahar.

Drama Cinta Sekali Lagi Full Episod 1-28 (Akhir)
sumber : TV3 Drama Sangat

Sinopsis Cinta Sekali Lagi

Mengupas kisah hidup dua adik-beradik iaitu Amanda (Nelydia Senrose) dan Amani (Hannah Delisha). Amanda sentiasa dipersalahkan oleh Amani kerana menyebabkan Amani mempunyai parut kekal di tangannya. Rentetan daripada kejadian itu, Amani sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal.

Amanda baru dilantik sebagai ‘jewellery designer’ di Anggun Jewels. Dia mempunyai masalah dengan Fahad Iman (Saharul Ridzwan), pengurus di situ. Ibu Fahad, Ungku Nadrah (Dilla Ahmad) berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah dia mendapat tahu mengenai sengketa anaknya dengan Amanda. 

Amani pula sibuk nak berkahwin dengan Ungku Mukhlis (Raja Afiq), sepupu kepada Fahad bagi memenuhi impian ‘Cinderella’nya untuk hidup senang walaupun dia masih belajar.

Ibu Amanda dan Amani, Puan Nazira (Haleeda) mengenakan syarat iaitu Amani perlu menamatkan pengajiannya dahulu dan pastikan Amanda juga menikah pada hari yang sama. Amani menganggap syarat tersebut sebagai penghalang. 

Amani lebih berminat dengan rumah banglo keluarga Mukhlis dan tidak tahu mengambil hati orang tua Mukhlis.

Hubungan Fahad dan Amanda semakin buruk dengan hasutan Muiz (Iman Zulkarnain), rakan sekerja mereka yang sentiasa iri hati dengan Fahad. Keadaan menjadi gawat apabila Fahad digantung kerja. Amanda mula menyedari kejahatan Muiz. 

Dia telah bekerjasama dengan Taqiudin sehingga Muiz tertangkap dan Fahad kembali bekerja. Sejak hari itu, Fahad dan Amanda menjadi rapat. Ungku Nadrah telah melamar Amanda untuk Fahad.

Amani mengimpikan majlis perkahwinan yang gah. Dia amat kecewa apabila keluarga Mukhlis hanya mengadakan majlis secara bersederhana. Impiannya untuk hidup senang bagai Cinderella telah hancur kerana Mukhlis hanyalah lelaki biasa. 

Amanda dan Amani telah mengandung anak pertama. Amanda dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Fahad manakala Amani dan Mukhlis sering dilanda masalah.

Selepas tujuh tahun, Amanda dan Fahad bahagia dengan dua orang anak dan berpindah ke rumah baharu bersama Mak Wan, orang gaji di rumah Fahad. Amani cemburu apabila Mukhlis masih simpan hati pada Farhana sehingga akhirnya dia menyerang Mukhlis di rumah Ungku Nadrah. Amani diceraikan Mukhlis! 

Amani dan Mukhlis menghilangkan diri selepas bercerai, meninggalkan anak mereka, Fizri di bawah jagaan Fahad dan Amanda.

Amani kembali dan dalam diam, dia menggoda Fahad kerana ingin merampas kebahagiaan milik Amanda. Fahad pula dibutakan dengan nafsu dan terperdaya dengan fitnah yang dibuat oleh Amani. 

Adakah kejahatan Amani akan terbongkar? Masihkah ada peluang bagi Fahad untuk merayu ‘CINTA SEKALI LAGI’ daripada Amanda?

Pelakon Drama Cinta Sekali Lagi

Saharul Ridzwan sebagai Fahad
Nelydia Senrose sebagai Amanda
Hannah Delisha sebagai Amani
Raja Afiq sebagai Ungku Mukhlis
Ezzaty Abdullah sebagai Farhana
Haziq Fadhullah sebagai Amar
Luqman Hafidz sebagai Dr Izamel
Dilla Ahmad sebagai Ungku Nadrah
Haleeda Mazlin sebagai Puan Nazira
Iman Zulkarnain sebagai Muiz
Zara Shelby sebagai Danisha Dania
Alessandra Alyssa sebagai Daniya


Tajuk : CINTA SEKALI LAGI
Jumlah Episod : 28
Mula Tayangan : 4 November 2020
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Siaran TV : Slot Akasia TV3
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Pengarah : Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Pelakon : Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha, Raja Afiq, Ezzaty Abdullah, Haziq Fadhullah, Dilla Ahmad, Haleeda Mazlin, Arash Mohd, Luqman Hafidz, Elnisa Ryun, Mustaqim Bahadon, Iman Zulkarnain, Isaac Iman, Tengku Zara, Zara Shelby, Alessandra Alyssa

Lagu Tema/OST

Lagu : Tanpa Rela
Penyanyi : Misha Omar
Komposer : Misha Omar / Sze Wan
Lirik : Misha Omar, Slen Fadzil, Zul Husni 

Lirik lagu Tanpa Rela-Misha Omar

Saat engkau pergi
Dan tinggalkan cintaku
Terbiar hatiku hanyut tak terpujuk
Semua terjadi atas kemahuanmu
Memadam hatiku dan hadiahkan ku sepi
Sayang tak pernah kuduga
Keegoanmu mematikan rasa
Cinta yang ku puja
Terhapus dimamah dusta
Teganya kau mengakhiri
Dan memilih dia
Hanya aku dan diriku
Sendirian didera waktu
Melara dihukum kecewa
Tanpa relaku
Semua terjadi atas kemahuanmu
Memadam hatiku dan hadiahkanku sepi, oo-ho
Sayang tak pernah ku duga
Keegoanmu mematikan rasa
Cinta yang ku puja
Terhapus dimamah dusta
Teganya kau mengakhiri dan memilih dia
Hanya aku dan diri ku
Sendirian didera waktu
Melara dihukum kecewa
Tanpa relaku
Berakhir kisah duka antara kita
Hanya Tuhan yang tahu segalanya
Sayang tak pernah ku duga
Keegoanmu mematikan rasa
Cinta yang ku puja
Terhapus dimamah dusta
Teganya kau mengakhiri
Dan memilih dia
Hanya aku dan diri ku
Sendirian didera waktu
Melara dihukum kecewa
Tanpa relaku

Source: Musixmatch

15 comments:

  1. alamak ni semua pelakon2 kegemaran..tapi malangnya takde tv dan tak rajin nak tengok online..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang semua online je. senang nak layan anytime bila free.

      Delete
  2. Lengkapnya sinopsis, siap dengan soundtrack lagi. Memang bermanfaat pada mereka yang miss tengok. Thank you, ye, Fiza. :)

    ReplyDelete
  3. suka sgt tgk Hannah Delisha. very cantik

    ReplyDelete
  4. Kalau terlepas kat TV3, korang boleh tengok kat app iQIYI. Dia kuar lewat sejam lepas kuar kat TV

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul. Yang malas nak download boleh terus tengok dari Link iQIYI yang disediakan di atas.

      Delete
  5. tak semua episod boleh tgk tp hannah memang lawa lepas pakai tudung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? baru bermula 2 episod. Dua dua boleh tengok lagi tu :)

      Delete
  6. Layan online je citer ni sebab kat rumah jarang on tv waktu malam :)

    ReplyDelete
  7. Sedih tau.. tapi best.. cerita ni best!! Sebab pelakonnya pun best.. hehe..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.