Cendol dan Rojak Haji Shariff

Monday, November 23, 2020

Semalam bukanlah hari menggantung kuali sangat pun. Masih kena gunakan kuali untuk panaskan rendang ayam dan mee kari. Nak panaskan guna microwave tak berapa nak feel sangat kepanasan dia. Kejap je dah sejuk nanti. Untuk lauk lebih tahan lama, haruslah dipanaskan atas dapur menggunakan kuali. Gunakan kuali non-stick lebih bagus.

Settle dah habiskan lauk rendang ayam. Cuaca semalam kejap panas keja mendung lepas tu hujan. Rasa macam nak makan something sejuk dan ais macam cendol. Mulanya nak order coolblog sebab dekat. Tapi husband kata lebih berbaloi beli cendol. Lagipun dah lama tak makan cendol kan.

Cendol pilihan dah tentunya cendol Haji Shariff yang popular kat Seremban selain cendol songkok tinggi. Pernah rasa cendol songkok tinggi tu. Pun sedap juga tapi Cendol Haji Shariff ni dekat sikitlah nak pergi pun.

Pada Fiza, cendol Haji Shariff ni menepati citarasa. Tak terlalu manis. Cendol pun sedang sedang je kuantiti dia. Tak suka sangat terlebih cendol pun. Beli sebungkus besar RM5. Penuh 1 jug! Puas hati.

Cendol Haji Shariff

Alang alang dah membeli cendol, haruslah kena beli rojak sekali. Rasanya dekat setahun gak tak pergi membeli cendol dan rojak kat Haji Shariff Cendol ni. 

Almaklumlah sejak PKP dan sebelum PKP pun tak kesana. Last year lah minum cendol dan makan rojak Haji Shariff ni.

Untuk Fiza rojak mee, favourite rojak! RM4.50. Portion dia banyak gila. Macam ni makan untuk dua orang pun kenyang tau!

Rojak Mee Haji Shariff Cendol

Husband punya, rojak kuih sebab dia tak makan sangat rojak mee. Tak sesuai katanya makan dengan mee. Untuk rojak berbeza citarasa.

Rojak kuih pun banyak. Kuih goreng dia terasa lah udang dia. Rojak kuih pun RM4.50 juga. Timun dan sengkuang dia banyak juga tu. Jenuh nak menghabiskan. 

Rojak Kuih Haji Shariff Cendol

Tapi kan, kuah rojak dia Fiza kurang sikit lah. Rasanya bukan kuah kacang. Takpun letak kacang sikit atau dia blend halus terus. Macam kuah sambal pekat. Tak tahu pula nak describe kuah kacang ni. 

Lebih prefer sambal kuah kacang sebenarnya. Tapi sambal dia sedap juga lah. Habis juga makan. Banyak kuah dia. Untuk 2 bungkus rojak ni buka sebungkus kuah rojak pun dah cukup.

Kuah Rojak Haji Shariff Cendol

Total untuk sebungkus cendol, 2 bungkus rojak RM14 je. Murah sangat dan mengenyangkan. Patutlah cendol dan rojak Haji Shariff popular. Murah, sedap dan berbaloi.

Kalau bukan waktu PKP, ramai orang sentiasa kedai ni. Parking pun sentiasa penuh. Kalau nak pergi memang pergi naik motor je. Senang nak menyelit kalau parking motor. 

Kalau singgah ke Seremban, silalah cuba cendol dan rojak Haji Shariff.

Address: 44, Jalan Yam Tuan, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan
Hours: 10:30AM
Phone: 06-762 8505

17 comments

  1. sedapnya nampak! camtik cawan tu fiza :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap ikut selera orang yang suka kurang manis sangat.

      cawan tu memang cantik. Saya pun suka guna dalam gambar :)

      Delete
  2. betul kan, klu panas kan lauk guna mirowave tak tahan lama, kena juga panaskan atas api

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. Panas sekejapan je. Panaskan guna dapur lagi terbaik :)

      Delete
  3. Semoga melalui review di sini rojak Haji Shariff semakin banyak pelanggan. Semoga dimurahkan rezeki 🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berapa review sangat ni. Biasa biasa je Dila.
      Apapun ikut tekak masing-masing. Secara tak lansung, boleh juga kongsi kedai cendol yang best.

      Delete
  4. Wah, sedapnya cendol dan rojak! :)

    ReplyDelete
  5. Cantiknya cawan letak cendol tu. Ok nanti kalau lalu Seremban boleh cari ni

    ReplyDelete
  6. rojak kuih tu kalau di penang dh jd pasembur.. heheh
    lama juga tak pekena cendol

    ReplyDelete
  7. di mana ada cendol di situ ada rojak ayam.. selalu jer macam tu... kalau kat kuching ni di mana ada cendol di situ jugak ada meehoon belacan... hanya in kuching jer kot

    ReplyDelete
  8. Nak juga.. Sedapnya cendol dan rojak itu..

    ReplyDelete
  9. Pernah makan di sini 2 tahun lepas. Memang ramai orang.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya rojak! Orang kata sedap rojak kerana kuahnya. Tu pasal kalau makan rojak sedap, licin pinggan tak tinggal kuah. Tiba-tiba teringin nak menyendol!

    ReplyDelete
  11. sedap fiza..shida sebenarnya xpernah lg mkn rojak me..nnt boleh cuba lah..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.