Drama Hati Yang Tersakiti Episod 1-Akhir 1-15 (Akhir). Lakonan Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana.

Hati Yang Tersakiti drama melayu di slot Samarinda TV3 telah menjadi buah mulut netizen bila drama ni dikatakan sama dengan drama adaptasi atau remake Drama Popular Korea, The World of The Married (TWOTM) menggunakan jalan cerita yang sama. 

Sama ke? Minggu ni minggu akhir drama hati yang tersakiti. Mesti tak sabar nak tahu ending cerita ni kan yang buatkan ramai yang sakit hati dengan jalan cerita drama ni.

Kawan..kau hanya perampas bahagia

 

Drama Hati Yang Tersakiti Episod 1-Akhir 1-15 (Akhir)
sumber : TV3 Drama sangat


Lepas tu kecoh pula netizen mendakwa poster drama hati yang tersakiti ni pula meniru poster drama Thailand. Jika di lihat dari kedua-dua poster tersebut, style bergambar dan warna baju lebih kurang sama. 

Biasalah bab design ni tak kemana. Pusing pusing dalam circle tu juga sebenarnya. Itu biasa.

oster Drama Hati Yang Tersakiti ni pula meniru poster Drama Thailand
sumber : google

Bukan Drama adaptasi

Drama Hati Yang Tersakiti ini bukanlah drama adaptasi novel atau remake mana mana drama luar katanya. Drama hati yang tersakiti sebanyak 15 episod ini merupakan idea asal terbitan oleh Art Ornament Sdn Bhd, skrip oleh Azril Hamzah dan diarahkan oleh Feroz Kader.

Drama hati yang tersakiti menceritakan kisah tentang konflik yang berlaku dalam sebuah perkahwinan. Dilakonkan oleh Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana. Mula ditayangkan pada 15 Oktober 2020 setiap isnin hingga khamis, jam 10 malam di TV3. 

Tonton online drama hati yang tersakiti Episod 1-15 (Akhir)


Drama : Hati yang tersakiti
Jumlah Episod : 15 Episod
Tarikh Tayangkan : 15 Oktober 2020
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Siaran TV : Samarinda TV3
Karya : Shida Zali
Penulis Skrip : Azril Hamzah
Pengarah : Feroz Kader
Penerbit : Art Ornament Sdn Bhd

Pelakon Drama  Hati Yang Tersakiti 

Remy Ishak sebagai Haris
Nad Zainal sebagai Mona
Mimi Lana sebagai Farah Azira
Riz Amin sebagai Adrian
Husna Mustaffa sebagai Nina
Meor Mohd sebagai Ihsan
Fad Anuar sebagai Latif
Ainina Ahmad sebagai Puan Aminah
Rahim Jailani
Sharifah Anthash

Sinopsis Hati Yang Tersakiti

Mona dan Farah berkawan baik sejak mereka belajar di kolej. Selepas beberapa tahun, mereka berdua bertemu kembali. Mona kini hidup bahagia dengan suaminya, Haris walaupun belum dikurniakan cahaya mata. Namun, rumah tangga yang dibina berdasarkan kepercayaan mulai tergugat. Mampukah ia diselamatkan dan persahabatan yang terjalin lama dimuliakan? Atau bakal ada hati yang tersakiti ?

Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat. Berkat usahanya, dia kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT). Mona (Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis.

Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi. Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya. 

Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis perkahwinan Mona dengan alasan bekerja. Selepas berkahwin dengan Adrian (Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita. 

Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan. Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian. 

Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu. Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah.

Akhirnya, Haris akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya. Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya. Lama-kelamaan, dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya.

Lagu Tema OST Drama Hati Yang Tersakiti

Tajuk : Hati Yang Tersakiti
Penyanyi : Hariz Fayahet & Anna Hanifa
Komposer : Nurzaidi Abd Rahman

Lirik Lagu Hati Yang Tersakiti

Gelora yang melanda jiwa
Bila teringat salahku yang sudah sudah
Getar hati ini hanya dia yang mengerti
Maafkanlah aku sekali ini

Tak akan ada ruang lagi
Setelah hati ini remuk kau sakiti
Kanku pertahankan walau seribu alasan
Seluruh cinta telah ku padamkan
Maafkan aku yang tak mampu terima
Sesal darimu yang terlalu ku cinta
Aku lena dibuai yang indah indah
Tak pernah tersedar terkhayal terleka

drama yang tersakiti drama melayu
drama hati yang tersakiti
sinopspis hati yang tersakiti drama
sinopsis hati yang tersakiti

Oh... Oh... Oh...

Maafkan aku yang tak mampu terima
Sesal darimu yang terlalu kucinta
Aku lena dibuai yang indah indah
Tak pernah tersedar terkhayal terleka

Ini suratan kita
Merawat hati yang terluka
Biarlah ku bawa diriku setelah kasih
ini engkau khianati
Maafkanlah aku sekali lagi
Izinkan aku pujuk hatimu sekali lagi
Agar cinta kembali
Moga kasih bersemi

7 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Akak tak ikut siri ni...akak ikut citer Perempuan Tanpa Dosa tu...menyirap- menyirap darah tengok citer tu

    ReplyDelete
  2. Kak nampak iklan nya sahaja belum tonton.
    Bila perasaan cemburu datang bahaya.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya bila dengar kononnya adaptasi drama TWOTM, I have a really high expectation on it tapi bila tengok.. hmm... memang tak sama langsung, character je lebih kurang.

    Satu je yang tak suka cerita ni, Mona tu care pasal Farah macam Farah tu budak kecik, risau tinggal kat mana, keluar rumah takde tempat nak tuju etc pastu suka marah mak dia, senang cite Mona ni baik tak bertempat. Nanti cakap padan muka kang dosa pulak hahahaha geram betul tengok cerita ni. Tapi tak sabar nak tunggu habis.

    ReplyDelete
  4. Bila hati rasa sakit, dendamlah yang tersimpan di dalamnya!

    ReplyDelete
  5. layan juga lately..tgk lakonan nad zainal mengamuk nmpak real..ooo

    ReplyDelete
  6. Owh.. ada novel dengan tajuk yang sama ye..
    Drama tu memang tak tengok..

    ReplyDelete
  7. Ahhhhh. sakit hati . dah tamat pun.. mmg sakit hati sangat yakmat.. uuuu... last last.. kena jaga jugak anak tiri dia tu.. sobss

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال