home

Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap

Friday, May 01, 2020

Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap | Awal Ramadhan ni hari-hari hujan. Syukur cuaca sejuk dan kurang sikit ujian berpuasa tu. Biasa kalau tiba waktu hujan, mulalah perut mintak makanan tapi bila kau dah niat berpuasa tu perut terus segan nak mintak makanan. Dalam kepala ni dah berfikir-fikir " Nak masak apa untuk berbuka hari ni?" Okay, stok ayam ada lagi so kita masak rendang ayam je lah harini. Kalau merendang tu kena lah masak awal sikit.

Pukul 5 petang dah terpacak kat dapur tu. Solat asar siap-siap sebelum memasak senang nanti tak kelam kabut. Kalau masak rendang ni tak boleh nak tinggal sangat. Sat lagi tak perati hangus pulak tengah-tengah tu. Sejak berkahwin ni lah baru pandai masak rendang. Dapat jugalah beberapa tips dari mak mertua sikit-sikit.

Masak rendang ayam tu tumis dulu baru sedap. Lepas tu kalau masuk ayam tu, biarkan ayam kecut dulu baru letak santan dan air. Ada tips dari yang lain, letak guna anau macam dalam iklan raya TV tu. Kalau ikut style mak Fiza masak rendang letak kerisik baru sedap rasa rendang. Haa, pening nak aplikasi banyak tips dapur dari mak-mak kita ni. Ada je la petua dia kan.


Kenapa Masak Rendang Lama?
Sebut je rendang, rasa macam malas betul nak masak sebab masak rendang ni ambil masa yang lama untuk masak. Tengok je la persiapan raya masak rendang tu macamana. Tak lama tak sah. Bukan kerana sibuk berborak sampai lupa rendang dalam kuali. Tapi nak masak rendang tu memang ada peraturan dia. Kena tunggu bahan tumis garing, tunggu ayam kecut dan kena tunggu kering dan ayam betul-betul masak.



Bahan-bahan 
*1/2 ekor ayam potong kecil
*1 biji bawang besar
*2 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*2 inci halia
*1 inci lengkuas
*1 batang serai
*1 Genggam Cili Api
3 sudu cili kisar
Kerisik (2 genggam kelapa parut disangrai dan ditumbuk)
Minyak untuk menumis
1/2 kotak santan
1 cawan air
3 sudu kecil garam bukit
1 sudu gula perang
1 keping asam keping
2 helai daun kunyit (Diracik halus)

Cara Masak Rendang Ayam
Blend bahan-bahan yang bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bahan blend tadi. Masukkan sekali cili kisar. Tumis sampai garing sikit dan pecah minyak, baru masukkan ayam. Kacau rata dan biarkan sampai ayam kecut. Masa ni boleh terus letak kerisik dan gaul rata. 

Dalam masa yang sama kena rajin kacau juga supaya tak hangus bahagian bawah tu. Bila ayam dah kecut tu barulah masukkan santan dan air. Kacau rata dan kena rajin mengacau jugalah kalau tak nak kejadian hangus hangit bawah tu. Rosak rasa nanti rendang tu nanti.

Dah masuk santan dan air tu. Masukkan lah juga garam, gula perang dan asam keping. Rajinkan lah mengacau sampailah rendang tu agak kering sikit. Ada orang suka berkuah lebih, ada orang suka kering sikit. Ikut tekak masing-masing. Last sekali barulah masukkan daun kunyit. Masa ni bau dia memang tak boleh tahan dah. Bulan puasa ni tak boleh nak rasa dan adjust rasa dia. 

Tapi kalau tak puasa tu kau orang bolehlah adjust rasa rendang kau orang tu sampai memenuhi kriteria rendang yang kau orang suka. Masak rendang mudah je cuma ambil masa lama sikit nak dapatkan rasa rendang yang sedap. Husband bertambah tambah makan bila masak rendang ni. Sedap katanya sampai terasa-rasa kat tekak sedapnya. Amboiii kemain puji lagi!

Masak rendang ni ada pelbagai cara ikut cara masing-masing. Ikutlah mana yang rasa senang nak di ikut dan paling penting rasa dia sedap. Tanyalah selera sendiri. Bila dah tahu masak sendiri boleh lah masak rendang ayam raya nanti kalau tak dapat balik kampung. Jadi lah kan dapat membangkitkan mood raya dengan adanya rendang ayam. Makanlah dengan ketupat dan lemang segera ada. Makan dengan nasi pun boleh. Janji ada rendang masa raya. Syahdu pulak kalau raya tak dapat balik kampung. Sob sob sobs...



24 comments

  1. Tengok gambar rendang ayam tu, rasa macam dah nak sambut raya.... sedapnya! Memang kena banyak bersabar nak siapkan rendang, orang kata dengan penuh kasih sayang, hasilnya memang cop jempol punya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambil mood raya awal sikit kak. kena sabar baru dapat dapat yang terbaik..hihi cop jempol perginya.

      Delete
  2. Ya Allah sedapnye... Fiz tlg pos sikit.. hahahaha serius nampak sedap sangat walaupun gambar separuh.. hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pos tak sempat sampai ke tangan Lea nanti. Alhamdulillah sedap hasilnya.

      Delete
  3. oohh sedapnya. hari tu dah masak rendang daging, ada rasa nak masak rendang ayam lak ni eh. makan dgn pulut kuning. mabeles!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapnya makan dengan pulut kuning. Lagilah macam raya!

      Delete
  4. betul tu lain orang lain cara masak rendang ni. tapi bahan-bahan lebih kurang sama je kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul lebih kurang sama. Ikut resepi tradisi masing-masing juga

      Delete
  5. Selamat merendang
    Enak buat berbuka puasa

    ReplyDelete
  6. Masha Allah, lezatnya rendang ayamnya.
    Memasak dengan daun kunyit bikin saya terbayang mama saya.
    beliau dulu sering masak pakai daun kunyit, dan jadinya memang lebih enak.

    Saya save resepnya ya, jadi ingin mencobanya di rumah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. tambah daun kunyit penyedap rasa. Selamat mencuba.

      Delete
  7. Assalamualaikum, hmmm lama juga SS tak merendang ni... hm... suka makan dengan lemang atau pulut kuning.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..bertambah sedap makan dengan lemang dan pulut kuning tu.

      Delete
  8. Tengok rendangnya pun dah tahu sedap dik oi

    ReplyDelete
  9. Memang betul, kalau Sis pun letak kerisik baru sedap, masak lelama sampai pecah minyak, baru betul rasa rendang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, memang terbaik rasa dia. Tak sangka boleh masak sedap. Hihi

      Delete
  10. Memang lama kan. Haha tolong tengok dan kacau rendang.

    ReplyDelete
  11. aaaaaa febretttt ni! bulan puasa ni belum masak rendang lagi..nanti nak buat lah!

    ReplyDelete
  12. Sedapnya rendang.. makan pula bersama lemang atau pulut.. pergh... hehehe
    Kat tempat sha nie tiap petang hujan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rendang sentiasa sedap kak. betul, sedap makan dengan menu berpulut.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.