Drama Isteri Misteri Episod1-10 (Akhir) Lakonan Sharnaaz Ahmad ada 3 isteri!

Drama komedi 'Isteri Misteri' Lakonan Sharnaaz Ahmad, Azira Syafinaz, Tiz Zaqyah, Azar Azmi dan Sharifah Sakinah mula bersiaran semalam, 25 November 2020. Drama Isteri Misteri ditayangkan pada setiap hari Rabu hingga Khamis pukul 6 petang di TV3. Pukul 7malam pula di viu.

Drama Isteri Misteri adalah hasil kerjasama Viu Malaysia dan Media Prima Berhad. Gandingan pelakon yang hebat-hebat ni. Jarang Sharnaaz Ahmad dan Tiz Zaqyah pelakon senior yang terjebak dalam drama komedi ni. Masih dalam mood PKPB ni bolehlah layan drama komedi macam ni.

Drama Isteri Misteri Episod1-10 (Akhir)
sumber : Viu 

DRAMA ISTERI MISTERI

Jumlah Episod : 10
Mula Tayangan : 25 November 2020
Waktu Siaran : Rabu-Khamis, 6:00 petang
Siaran TV : TV3 atau Viu Online
Pengarah : Faisal Ishak & Esham Shahlin
Produksi : Primeworks Studios & VIU

PELAKON DAN WATAK

  • Sharnaaz Ahmad sebagai Rizal
  • Tiz Zaqyah sebagai Emma
  • Sharifah Sakinah sebagai Yatie
  • Azira Shafinaz sebagai Lisa
  • Azar Azmi sebagai Jun

SINOPSIS ISTERI MISTERI

Drama isteri misteri mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Rizal. Seorang kaki perempuan yang menerima ramalan seorang dukun bahawa isterinya ingin membunuhnya. 

Dengan bantuan pembantunya (Jun), dia perlu menyelamatkan dirinya serta menghalang rancangan isterinya. Namun, masalah utamanya adalah dia mempunyai tiga orang isteri!

13 comments:

  1. Wow.. dah tiga isteri Sharnaaz!!! Hehee... Bolehla layan santai santai nih.

    ReplyDelete
  2. Banyaknya bini.... hahahahahahaa! Berkomplot kot ketiga-tiga bininya tu.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Haha..cerita dia kalau tengok mesti lagi kelakar nina.

      Delete
  4. hahaha mesti best gila cita ni! dah la pelakon pun best

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cerita kelakar mesti fun tengok. Pelakon pun hebat hebat semuanya kan.

      Delete
  5. sibbaik 3 isteri, bukan 3 lalat., hahaha oopss

    ReplyDelete
  6. Alamak mcm dah terlepas je nk tgk..kena tonton kat viu la nampaknye ^_^

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.