Header Ads

Pre Birthday Celebration Dengan Anak-Anak Buah Dan Cucu Buah


Birthday hari Selasa 7 Februari, tapi hari Ahad 5 Februari sambut birthday awal dah! pre birthday celebration lah kiranya kan. Anak-anak buah berpakat sama-sama nak datang rumah sambut birthday Ucu dorang ni. Ini baru betul sambut birthday awal tak kalut!. Nanti tak kalut nak wish atau bagi hadiah kan.

Ucunya pun sekali kalut bila anak-anak buah nak datang rumah bersama menantu-menantu buah dan juga cucu buah. Menantu buah? Cucu buah? Ada ke istilah menantu buah? Main hentam je kan! Anak buah dua orang dah kahwin. Jadi bawalah pasangan masing-masing. Sorang lagi dah jadi mak budak. Jadinya, cucu buah pun datang juga lah.

Meriah betul! Disebabkan mereka ni datang sekali dan jarang dapat berkumpul bersama. Saya pun masaklah rendang ayam dan sayur kailan ikan masin. Macam tak kena je gandingan lauk tu. Tapi apa ada hal. Tetap berselera makan. Sayangnya saya tak ambil gambar makanan. Tahu-tahu je mereka sampai.

Sampai-sampai je terus makan tengahari sebab sampai waktu makan tengahari dah pun. Lepas tu barulah acara memotong dan makan kek birthday. 

Brownies Secret Recipe
Brownies Walnut dan Carrot Slice

Bukan sekadar kek je mereka bawa. Siap sekali hadiah untuk ucu. Alhamdulillah..terharu dan hati berbunga-bunga mekar. Sorang bagi kek, sorang bagi hadiah Body & Bath Works dan sorang lagi bagi hadiah baju Uniqlo. Nampak paper bag Zara tapi dalam dia Uniqlo. 

hadiah birthday ucu

Alhamdulillah..Ucu super duper happy! Datang rumah dan bagi macam-macam. Bukan senang nak ada masa berkumpul dan mencipta kenangan. Sambut birthday simple simple pun dah rasa bahagia.

Anak-anak buah dan mak buah tak jauh beza kan. Macam sebaya gitu. Paling jauh beza pun, 8 tahun. Kira tak jauh beza sangat lah kan. Nak juga kira sebaya..Haha...

happy birthday celebration

Umur 3+ dah jadi nenek muda dah. Huhu..apa ada pada umur kan. Janji hidup sihat, ceria, bahagia. Syukur...

Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan untuk mereka semua serta dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan dan berpanjangan. Aamiin...

12 comments:

  1. Seronoknya ramai- ramai sambut birthday...teringin plak carrot kek tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..sesekali dapat berkumpul bersama. Haa..jangan lupa beli nanti.

      Delete
  2. Hepi besday.. Semoga bahagia dunia dan akhirat.. seronoknya sambut ramai2 dgn kek lagi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..Terima kasih untuk doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
      Alhamdulillah..meriah bila beramai ramai macam ni.

      Delete
  3. Happy Belated Birthday Kak! Semoga Allah kurniakan kesihatan, kebaikan Dan Kekuatan untuk mengharungi sisa hidup yang Masih ada ni... InshaAllah.. ๐Ÿ’•

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..Terima kasih Nona. Semoga Allah membals dengan segala kebaikan.

      Delete
  4. Seronok keluarga sambut birthday sekali. Baru meriah. hehe

    ReplyDelete
  5. Hehe akak dengan pakcik, adik emak yang bongsupun beza 4 tahun. Sebaya dengan sepupu emak malah ada lagi muda.
    Fiza memang peminat Bath & Body Works. Hehe alhamdulillah semua sayang Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh samalah kita lebih kurang. Ada anak sepupu pun dah sampai bercicit. Orang memberi, bertambah koleksi kita. Alhamdulillah :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.